Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Ogos 2014

13 Adun PAS Tidak Akan Tandatangan SD Sokong DSWA Sebagai MB - Mustafa Ali


Apa benda tah korang.

Mustafa cakap ;

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, 13 Adun tersebut tidak menandatangani sebarang SD menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah seperti yang dilakukan oleh Adun PKR dan DAP.
"Tidak, perkara itu tidak berbangkit," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas ditanya mengenai SD tersebut.

Perlu ke hebohkan perkara ini di hadapan media? Bukan hanya PAS aje. Bahkan yang bocorkan maklumat ini juga. Tak semestinya dari pihak PAS. Boleh jadi ada pihak yang sentap sebab adun PAS tak sign SD untuk sokong DSWA. 

Sebelum itu kalau korang ada baca. Shaari Shuib siap buat kenyataan. Dia sokong untuk tukar MB tapi tak bermaksud dia sokong DSWA. Tue dia.

Dia sokong untuk elakkan wujudnya kerajaan UG di Selangor. Tapi sekali lagi. Untuk apa hebohkan perkara2 remeh begini di hadapan media? Apa permainan parti2 politik ini agaknya?

Sekarang neh aku tak faham sangat permainan PR di Selangor. Apa yang dorang cari. Kalau ko nak tukar MB, ko tukar aje la ikut protokol. Apasal nak kecoh2 satu Malaysia pula. Aku rasa ramai kot dah naik boring dengan drama dorang. Kejap macam tue. Kejap macam neh. Yang terkini ramai pula p sebar satu dokumen yang PAS serahkan keputusan untuk melantik MB atas budi bicara sultan Selangor. Ada yang puji. Ada yang kutuk. Ada yang sentap. Ada yang emosi.

Rasa macam nak maki pun ada.

Apa kata setiap dari pimpinan PR jangan buat satu kenyataan pun isu MB depan media. Semua take 5 dan bertenang sudah. Celaru dah aku tengok dorang. Mengelirukan. Yang aku nampak dorang neh tengah bergaduh sesama sendiri guna media. PKR cakap macam neh kang PAS cakap macam tue. Nanti PAS cakap begini, PKR pula respon begitu. Bila la agaknya benda neh nak habis? Lagipun lantak la sapa2 sign SD ataupun tak sign SD yang penting ialah bila agaknya krisis MB Selangor boleh diselesaikan dan seterusnya pihak kerajaan negeri boleh mentadbir Selangor macam biasa? Tak fikir ke banyak urusan yang terganggu disebabkan krisis MB neh?

Nak tukar MB macam nak berperang. Nama aje pemimpin tapi attitude nak menyelesaikan semuanya hampeh nak mampos. Esok TSKI hadap sultan. Dan kemudiannya DSWA. Adakah SD itu akan digunakan sebagai hujah bahawa DSWA tak mendapat sokongan majoriti? Adakah kenyataan Shaari Sungib akan dijadikan point bahawa DSWA tak mendapat majoriti disebabkan dia sign SD hanya untuk setuju tukar MB bukan tukar MB dari TSKI kepada DSWA? Adakah itu sebabnya perkara ini diheboh2kan bagi memberikan tekanan kepada pihak tertentu? Yang pihak tertentu pun kenapa tak bersetuju? Korang bukan PAKATAN RAKYAT YANG BERPAKAT LA SANGAT tue ke sekarang? Ke sembang kencang berlakon depan media aje? DASAR HIPOKRIT. APA PUN TAK BOLEH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...