Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 9 Mac 2014

Wan Azizah Ganti Anwar Di Kajang.

Terkini dari Kajang.

Wan Azizah disahkan akan bertanding bagi kerusi Dun Kajang mengantikan Anwar susulan dari kes liwat yang menyabitkan Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman bersalah dan bakal berdepan hukuman penjara 5 tahun jika gagal mengenepikan hujah pendakwaan dalam proses rayuan yang dijangka akan difailkan dalam minggu ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dipilih sebagai calon untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini.
Dalam satu sidang media di pusat operasi PKR pada Ahad, Anwar yang juga suami kepada Wan Azizah berkata keputusan itu dibuat selepas rundingan dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
"Selepas mencapai persetujuan dengan beberapa rakan dalam Pakatan Rakyat , kami bersetuju memilih Wan Azizah sebagai calon baharu," katanya.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba pada Januari lalu.

Adakah kehadiran Wan Azizah dalam Dun Selangor akan dapat menyelesaikan pertelingkahan dalaman antara sesama pemimpin PKR?

Tunggu dan lihat.

Aku rasa kemungkinan besar Wan Azizah boleh menang. Kali neh 50-50. Antara BN dan PR. Segalanya mungkin berlaku.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...