Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Januari 2014

Pusat Giat MARA Selayang - Apa Isunya?

Mula2.

Orang UMNO dok sebarkan satu surat. Dan mereka kata PGM diarahkan tutup atas faktor tanah haram. Apa surat itu?

Rujuk ;


Ada sesiapa dari Selangor menafikan kandungan surat neh? Ada sesiapa dari Selangor menafikan ketulenan surat neh? Jawapan dia tiada.

Maka kita anggap aje la surat ini benar. Dan seperti yang tertera dalam surat tersebut, notis arah pindah ini berusia setahun. Maksudnya dalam masa setahun PGM Selayang perlu berpindah ke lokasi lain. Kenyataan ini sama seperti yang dilaporkan dalam sidang media Khalid Ibrahim yang berlangsung semalam.
 
Seterusnya.

Sidang akhbar ;


MB Selangor kata ;

1. Tiada arahan penutupan.

2. Tanpa menafikan bahawa wujud arahan perpindahan.

3. Sebenarnya penutupan dan perpindahan membawa maksud yang berbeza.

4. Tutup, bermaksud tutup terus. Pindah bermaksud pindah ke lokasi baru. Tetapi PGM Selayang masih ada cuma berpindah ke lokasi baru yang difikirkan bersesuaian.

5. Alasan yang menyebabkan kerajaan negeri keluarkan surat tersebut adalah disebabkan prasarana dan keadaan premis yang dikatakan sudah 'teruk'.

6. Sebelum neh konon2nya isu sewa la, cukai tanah la, tanah haram la dan blabla dimainkan. Nampaknya ia tak terkeluar langsung dalam sidang media semalam. Nak salahkan Khalid pun tak boleh. Ini kerana bukan Khalid yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Hanya kenyataan Khalid yang boleh digunapakai dan di anggap kenyataan rasmi merujuk kepada isu PGM.

7. Kerajaan negeri bagi tempoh masa setahun untuk PGM perbaiki kemudahan mereka, jika engkar tanah itu akan diambil semula dan berikan peluang kepada pihak lain.

8. Namun kerajaan negeri dikatakan akan membantu menyediakan tapak baru (yang lain) andaikata PGM Selayang perlu berpindah **sumber sendiri. Maklumat perlu disahkan dengan Khalid Ibrahim.

Rujukan : http://beta.malaysiakini.com/news/251866?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Pendapat aku.

1. Tanah haram ke, sewa tak bayar ke cukai tertunggak ka bendera UMNO ka apa ka nampaknya langsung tak terkeluar dalam penjelasan di atas. Maka automatik anggap la penjelasan2 seperti ini tak valid. Atau lebih tepat, fitnah dan cakap2 mengarut je sehingga terbukti sebaliknya.

2. Prasarana apa? Kemudahan apa? Kalau mahu mereka repair bangunan, keluarkan surat arahan repair. Notis arahan berpindah neh bukan saja keras bahkan langsung tak kena dengan situasi. Bangunan rosak = surat arahan agar baiki bangunan lebih relevant. Bukan arahan pindah.

3. Dah la arah pindah lepas tue cakap akan bagi peluang pada syarikat lain. Ini bermaksud perancangan ke arah itu sudah ada. Jangan2 nak halau yang sedia ada untuk memberikan laluan kepada pihak lain.

4. Pada aku arahan pindah tak semestinya negatif. Itupun andai benar kerajaan negeri akan sediakan tapak baru. Jika tempat yang diarahkan berpindah itu lebih baik dari yang sedia ada, memang bagus. Tetapi jika tempat baru itu tidak dapat disesuaikan dengan situasi tenaga2 pengajar dan mereka2 yang sedang belajar, ini menyusahkan.

5. Walaupun PGM tak la segah macam Universiti Malaya bagai, tetapi at least ada la juga tempat untuk mereka2 yang tercicir, kurang berkemampuan untuk belajar kemahiran2 tertentu. Daripada melelok sana sini, merempit ka mengkangkung ka membohsia ka at least baik belajar kemahiran melalui PGM neh.

6. So jangan suka2 nak buli orang walaupun pihak minoriti.

Walaupun tak suka dengan cara ulasan orang2 UMNO yang suka spin dan lari isu, racist tak tentu hala, tak pandai mengolah dan cari point tetapi isu arahan pindah PGM ini memang tak bersesuaian langsung dengan sikap kerajaan negeri yang memanifestokan pendidikan adalah hak milik setiap insan.

Jika mahu berikan laluan kepada pihak baru, cakap terus terang.

Jika perlu sangat memaksa mereka berpindah pun, cakap terus terang.

Apa2 isu, jika cakap terus terang lebih baik. Senang kita nak selesaikan masalah daripada cakap belit2. Kejap aku cover untuk kau. Ah kantoi pula. Cover macam neh pula. Ah kantoi lagiii.. oke cover begini ah.. ahh sudah kantoiii !! kantoii !!! kantoii !!!

Menyusahkan. Tak pasal2 rakyat vs rakyat = pemimpin tetap relaks di kerusi mereka.

Lebih baik jawab terus kepada isu, buat satu penyelesaian yang menyeluruh, tutup isu tersebut dan move on kepada masalah yang lain pula. Neh ko tengok la. Mao setahun tv3 main karang.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...