Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Januari 2014

Insiden Polis Mabuk - PDRM Ambil Tindakan Tegas.

Pongpangpang admin fitnah. Pongpangpang admin cuba jatuhkan kredibliti pihak polis. Woitt admin tue senjata lain tu.. aku pun tak suka polis gak blablabla.. tapi jangan fitnah.. blablablanla..

BTW, aku tak pernah pula tak suka polis. 

HAHAHAHAHAH.. 

Situasi sebenar.

Suatu hari ada seorang blogger telah membuka handphone nya. Kemudian dia melihat ada beberapa gambar polis yang dikatakan mabuk telah menjadi bahan cerita di dalam satu group wassap. Gambar2 itu rupanya telah tersebar dari satu ke satu group. Maka ramai la group2 wassap mendapat gambar tersebut. Lalu, untuk mendapatkan kesahihah cerita dari pihak polis (lebih baik tanya depan2 dari sembang belakang2 la kan) maka dia pun upload gambar tersebut di facebook, tag PDRM dan tanyalah soalan secara terus terang. Semua keterangan yang disebarkan bersama2 gambar itu diletakkan sekali. Kot2 boleh membantu siasatan polis. Dia tidak menamakan jenis senjata. Senjata dinamakan oleh pihak yang menyebarkan. Dia, menulis semula jenis senjata tersebut. Sebab dia memang HARAM tahu apa jenis senjata tersebut walaupun dulu semasa bersekolah dia ialah kadet polis.

A tanya B, C yang kecoh.

Macam tue la ibaratnya. Biarlah polis sendiri yang jawab. Pongpang2 cakap fitnah la, gambar edit la, latihan la, isu politik la, nak cemarkan kredibliti polis la apa la. Apa benda yang KORANG SEMUA MEREPEKKAN neh hah?

Yang pandai2 jawab cakap itu latihan yang mencemar kredibliti PDRM. Biarlah PDRM jawab bagi pihak mereka dulu. Tak fikir ka jawapan macam neh boleh menyebabkan orang mengejek2 PDRM di kemudian hari? Apatah lagi gambar2 yang disebarkan secara jelas memaparkan lokasi, no plat, keadaan anggota berserta tin arak. Ada ke pegawai polis akan membiarkan gambarnya bersama tin arak ditangkap oleh orang awam? Apa benda la lue orang neh. Counter attack tak kena gaya. Orang tanya polis elok2 aje kot. Korang pula sentap gile. Apa benda?


Apa pun ini respon PDRM sendiri.

Rujuk ;


Maksudnya, gambar anggota mabuk itu adalah gambar yang sahih lagi terbukti tulen. Itu sebab mereka mengambil tindakan tegas. Baguslah PDRM. Tetapi aku harap jangan hanya tahu menghukum aje. Sesi kaunseling juga perlu. Anggota2 kat luar negara aku tengok ada sesi kaunseling. Anggota2 polis juga manusia oke. Kadang2 tertekan dengan masalah hidup. Aku berharap proses ini tidak berhenti setakat dihukum semata2. Perlu ada tindakan susulan seperti kaunseling untuk membantu pegawai2 yang bermasalah menyelesaikan masalah hidup mereka dengan cara yang betul. 

Pun begitu tindakan dihukum itu memang perlu. Sebab ia membahayakan keselamatan diri dia, keselamatan orang awam, melakukan kecuaian yang membabitkan senjata, kenderaan polis, ini membabitkan wang pembayar cukai dan juga membabitkan nama baik PDRM itu sendiri. Tak elok orang awam tengok polis mabuk2, dengan baju polis. Tak pakai baju polis takpela. Kalau pun bukan time kerja still tak boleh mabuk2 dengan uniform. Nak mabuk2, pergi buka uniform sana. Jangan bawa senjata dan kereta polis. Lantak ko le disitu. Semoga ini dijadikan pengajaran buat polis2 yang terlibat.

Terima kasih atas respon pantas dan tegas polis.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...