Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 31 Mei 2013

Mana Wang Zakat Kami Wahai Barisan Nasional..

Mana?


Oke. Jangan tanya pasal MANA dulu. Sekarang aku citer dulu kenapa persoalan di atas timbul. Lihat berita kat bawah neh sat ;

Bayi lima bulan, Muhammad Asyraf Zaili yang menghidap penyakit Hipolglisemia masih memerlukan RM200,000 untuk kos rawatannya di luar negara.

Bapanya, Zaili Dollah, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media, jumlah bantuan yang berjaya dikumpulkan setakat ini adalah RM62,000.

“Doktor memaklumkan anak kami perlu dibawa ke luar negara untuk rawatan pada 16 Jun ini, namun wang yang kami perlukan masih tidak cukup.

“Kami masih mengharapkan keprihatinan orang ramai menghulukan sumbangan bagi membantu anak kami pulih,” katanya.

Zaili berkata, sekiranya jumlah wang masih tidak cukup, dia dan isteri, Rasidah Ardani, 41, terpaksa mencari alternatif lain.

“Kami mungkin terpaksa menjual apa sahaja yang kami ada untuk menampung kos terbabit,” katanya.

Sinar Harian pada 16 Mei lalu menyiarkan kisah Muhammad Asyraf yang memerlukan kos RM250,000 untuk menjalani rawatan yang hanya boleh dilakukan di luar negara.

Muhammad Asyraf menghidap penyakit kekurangan gula dalam darah atau Hipolglisemia sejak lahir dan kini di tahap kritikal.

Orang ramai yang ingin membantu boleh memasukkan sumbangan ke dalam akaun Maybank Rasidah Ardani bernombor 156141307260 atau menghubungi mereka di talian 0199321566 atau 0199882647.

Kali neh aku bagi punca dan kaedah. Kalau la ada sesiapa kat sini ialah UMNO, BN dan Pusat Zakat tolong take note. Bawa la idea2 neh kat sesiapa sekalipun yang korang yakin boleh bantu laksanakan ia.

Punca.

Tiap2 tahun aku baca berita. Lihat berita. Aku tengok dan tonton ada banyak jenis pusat zakat negeri umumkan pelbagai kutipan zakat. Mereka annoucekan jumlah zakat. Banyak. Maksudnya tiap2 tahun mereka sebenarnya berjaya dapat banyak duit zakat. Melihatkan kepada angkanya aku terfikir, eh kutipan zakat bertambah tiap tahun, orang islam still ada yang merempat gak, kenapa?

Aku tertanya. Aku berfikir. Ini tak betul. Aku pernah terbaca kisah pemerintahan Umar. Kutipan zakat ketika dia mentadbir negara juga tinggi. Tapi kenapa sepanjang dia mentadbir negara, dari era orang susah bersepah2 kepada orang susah mustahil untuk dijumpai?

Dia ada amalkan satu sistem. Setiap zakat yang dicukai, harus terus diagihkan kepada pihak yang memerlukan. Tak payah tunggu orang minta, zakat sampai dulu depan pintu rumah.

Oke. AKu minta maaf. Khalifah kita dah takde. Untuk aku mengharapkan orang lain mencontohi sikap khalifah2 agung kita seperti zaman dulu, aku gila. Tak normal. Sakit hotak. Ia mustahil dibuat oleh kebanyakkan pemimpin zaman sekarang. Ada, memang ada, tapi jumlahnya kurang dari 10 jari yang aku miliki neh.

Berbangga. Dengan kutipan yang tinggi ini mereka berbangga canang satu dunia. Aku takde masalah kalau niat mereka nak umumkan kutipan zakat. Tetapi sejauh mana mereka perform, buat kerja, lakukan agihan kepada golongan sasaran, mencari orang susah? 

Aku, tak percaya mereka buat kerja sehinggalah orang susah datang mencari dorang. Itupun aku tak percaya mereka bantu semua orang yang memerlukan. Biokrasi. Takut sangat kena tipu. Antara alasan yang aku sering dengar dari pelbagai pihak. Karenah biokrasi tue aku tak pernah setuju. Sebab tue aku sarankan, ko keluar dan cari orang susah. Bila ko sendiri keluar cari orang susah risiko untuk ko kena tipu pun margin rendah, sebab apa? Sebab ko lakukan siasatan ma. 

Tak betul meh?

Bila ko ada inisiatif untuk keluar dari pejabat selesa tue, automatik ko mengurangkan karenah biokrasi. Dah berapa kali aku nak korang faham. Kita tak boleh berfikir seperti mana keadaan kita. Kalau orang tue dah susah, usah kata motor, silap2 dorang sendiri pun tatau eh pusat zakat ada, rupanya kita boleh mohon bantuan melalui mereka.

Faham tak?

Penyelesaian.

Keluar. Bukan hanya teknologi je dah maju, dah moden, berubah ikut arus, kita sendiri kena ubah cara kita buat kerja. 

Keluar. Keluar cari orang susah. Tak perlu tunggu panggilan. Tak perlu tunggu aduan. Buat satu team. Team melancong cari orang susah. Jalan2. Pergi satu malaysia. Jejak semua tempat. Cari. Fahami. Dengar cerita mereka. Tengok apa jenis kesusahan yang mereka alami. Dengar. Tengok cara mana ko boleh nasihatkan mereka, tengok cara mana ko mampu bantu mereka dengan segala kudrat dan kemampuan yang ko ada.

Buat satu team. Beli semua jenis paper. Tengok kot2 ada rakyat yang mengadu kesusahan ke apa pada hari tersebut. Amek, kaji, analisa dan bantu setakat mana yang patutnya korang bantu.

Ubah. Ubah cara kita buat kerja. Ingatlah, zakat bukan perhiasan dalam bank tue. Takutlah. Semakin dia banyak dan berkembang, semakin ramai orang susah, kita sebenarnya sedang amalkan sistem yang salah. Kalau dia banyak dan berkembang dengan rakyat yang mewah bersepah itu takpe. Ini dia banyak dan berkembang dengan orang susah bersepah, wajar ka?

Audit. Perlu ada audit terbuka untuk semua jenis pusat zakat negeri yang wujud. Harus boleh dicapai oleh wakil rakyat untuk jadi rujukan dan perdebatan dalam dewan parlimen. Rakyat berhak tahu bagaimana mereka menguruskan wang zakat tersebut. Adakah sampai kepada golongan sasaran ataupun wujud unsur2 penyelewengan seperti yang pernah dibuat oleh Jamil Khir yang kemudiannya di halalkan menggunakan nama Islam. 

Ya Allah, Islam bukan alat untuk ko halalkan salah laku. Ya, ko dah ubah dan bersihkan, tapi jangan lupa, ko tak pernah akui kesilapan. Itu tak pernah betul, meskipun ko dah ganti balik duit tersebut.

Sakit ahti. Ya. Kadang korang marah, kecam dan sakit ahti. Melihat umat islam dibantu oleh kristian. Then korang kutuk orang kristian. Tapi korang tahu bagaimana entiti kristian neh buat kerja? AKu pernah masuk gereja. Dorang ada buat lelongan dan jualan amal. Then aku tanya. Untuk siapa? Untuk orang2 tua. Untuk kanak2 istimewa. Tak kira bangsa dan agama. 

Mereka tiada bantuan / dana tetap. Tetapi sejauh neh mereka usaha untuk tolong orang. Neh, kita ada zakat. Sistem kita tersusun. Besar. Tapi kita kalah dengan sistem kecik. Sebab apa? Sebab kesungguhan dan keikhlasan mereka mengatasi kita. Sakit. Sakit dada aku memikirnya. Apa salah umat islam di malaysia untuk mendapatkan pemerintahan seperti neh?

CUKUP. 

Tolong la pusat zakat. TOlong la. Tolong la keluar. Tolong la bantu orang susah. Tolong la. Aku tak boleh bantu semua orang. Aku bukan orang kaya. Aku tak sanggup lagi baca cerita2 macam neh di dada akhbar. Jadi tolong la. Tolong la ubah cara korang buat kerja. Tolong la. Tolong la buat sepertimana yang digariskan dalam Islam. Tolong la cedok bagaimana khalifah2 agung kita buat kerja. Tolong la.

KPN Cadang Larang Motor Masuk Bandar.

Idea neh aku tolak. Aku ada sebab2 tertentu kenapa aku tolak idea neh. Bukan kerana yang bagi idea neh KPN maka aku membuta tuli tolak. Jangan salah faham. Tapi aku ada sebab2 tertentu yang bakal aku explain kejap lagi.

Aku faham. Aku percaya KPN ada sebab tersendiri kenapa dia bagi idea tersebut. Mungkin dia ada kaji beberapa aspek. Tapi siyes aku cakap idea neh takan menyelesaikan masalah berbangkit.

Tujuan KPN nak kurangkan kadar jenayah jalanan. Nak mewujudkan zon selamat di kawasan bandar2 utama. Bagus. Jangan kita nafikan yang KPN ada matlamat yang bagus. Seperti yang kita sedia maklum, jenayah ragut dan rempit memang sebati ahh dengan penunggang2 motorsikal. Ini fakta beb.

Tapi wajarkah tindakan sebilangan penunggang motorsikal, yang tak terbabit sama turut terhukum sekali tak pasal2?

Idea nak mewujudkan zon selamat itu dah cantik dah. Tapi biar la kita gunakan pendekatan yang tak menyusahkan dan tak mendiskriminasikan orang lain.

Kena faham. Bukan semua mampu beli kereta beb. Dan kena faham, bandar2 utama selalu jam beb. Kalau ko larang penggunaan motor tak ke itu keterlaluan? Adakah jenayah hanya boleh dilakukan menggunakan motor?

NOOOOO

Baru2 neh anak menteri kena ragut beb. Depan shopping mall. Tahu tak peragut gunakan kenderaan apa ketika lakukan jenayah? Kereta satria beb. Maksudnya asalkan dorang dah bernekad nak lakukan jenayah, dorang tetap akan buat tak kira la guna kenderaan apa sekalipun.

Kenderaan tue faktor sampingan jek. Bukan faktor utama. Faktor utama tue ialah sikap penjenayah tue sendiri. Di samping kawalan keselamatan yang longgar. Di tambah pula dengan hukuman yang tak menakutkan penjenayah. Tue yang buat kadar jenayah naik meninggi.

Lagipun cuba fikir masak2. Sejauh mana semua tempat kat Malaysia neh boleh di akses dengan pengangkutan awam? Sejauh mana semua rakyat mampu memiliki kereta sendiri? Bagaimana pula dengan pekerja2 yang gunakan motor seperti Pizza Hut dan posmen?  Despacth?

Sebab tue aku tolak idea neh. Matlamat memang cantik. Tapi cara nak capai matlamat tue tak berapa ngam. Kena tolak. Berapa ramai yang guna motor nak elakkan jalan jem? Ramai wooo. Polis pun geng2 motor juga.

Aku cadangkan KPN buat satu perbincangan umum. Panggil geng2 motor. Panggil rakyat. Kita bincang dalam satu forum. Kita tukar2 idea.

Kadang2 kita tak faham mesej PDRM. Kadang2 PDRM tak faham mesej kita. Kalau kita bertemu berbincang dan bertukar2 idea mungkin kita boleh capai satu resolusi.

Mungkin PDRM tak nampak sejauh mana masyarakat rasa risau dengan tahap keselamatan dalam negara sekarang neh. Sebab tue perlu untuk KPN berlapang dada tanya directly pada rakyat sebab kami la golongan sasaran korang. Keselamatan kami la yang menjadi tanggungjawab korang pun. Jangan buat idea syok sendiri. Tolong la KPN..

Thanks..

MP UMNO Bidas Pengusiran Nurul Izzah Dari Sabah.


Bukan semua wakil rakyat UMNO / BN itu bingai2 belaka. Ataupun bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh mereka2 yang bertanggungjawab mentadbir satu2 negeri. Yang neh aku setuju sangat dengan kata2 MP Umno iaitu Bung Mokhtar.

Menurut Bung Mokthar ;
Penghantaran pulang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai adalah “bencana” dan “kesilapan besar”, kata ahli Parlimen (MP) Umno Datuk Bung Mokhtar Radin malam tadi.

MP Penampang Darell Leiking dari PKR juga mengkritik halangan masuk MP Lembah Pantai itu ke Sabah, mengatakan ia telah mencemarkan “reputasi negeri sebagai tuan rumah”.

“Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut  akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam.

“Saya tak faham mengapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah, kalau benar ini satu kesilapan dan malapetaka,” tambah ahli majlis tertinggi Umno itu.

Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bung-mokhtar-halau-nurul-izzah-dari-sabah-satu-kesilapan-besar/

Kalau aku jadi UMNO aku takan buat kerja2 BODOH macam neh. Siyes. Buat apa aku nak naikkan SAHAM NURUL IZZAH? Tindakan ini hanya akan mencemarkan dan menjatukan reputasi BN je akhirnya. Kenapa aku kena jatuhkan reputasi parti yang aku wakili pula?

Aku kadangkala tak faham cara pemimpin2 BN berfikir. Tapi siyes aku cakap dorang memang lemah dalam menangkis persepsi dan tanggapan umum. Nak halang Nurul Izzah masuk kerana apa? Menghasut? Berapa ramai sangat nak dengar citer politik dia kalau dia masuk Sabah pun semata2 nak raikan perayaan?

Pengusiran dia dari Sabah hanya naikkan millage politik dia je. Dari orang tatau dia ke Sabah, orang terus tahu eh dia pergi Sabah dan kena halau pula tue. Lagi la orang akan tunding2 jari ke UMNO. 

Woit. Kat sabah banyak PATI. Layanan yang PATI terima lebih baik dari Nurul Izzah terima meskipun terbukti Nurul Izzah neh warganegara Malaysia, apa citer?

Nak halau2 orang tak menjelaskan sebab kenapa dia perlu di usir segera dari SABAH pun problem juga. At least keluarkan satu larangan yang jelas. Bersebab. Kenapa perkara itu berlaku. Harus dibuktikan dan disahkan atas nama undang2. Bukan buat undang2 mee segera. Hari neh aku mao halang Nurul Izzah jejak Sabah, sila get lost.

Macam tue ka?

Kemon la. Korang tak membantu menaikkan reputasi BN pun. Sesiapa dari BN nak masuk mana2 kerajaan negeri yang PR tadbir tak pernah kena halau pun meskipun kebanyakkan kedatangan korang, korang bawa dan jaja cerita2 fitnah yang merepek tak tentu hala. Aku nak je tampil ke depan bercerita dengan pemimpin2 macam neh. Tapi masing2 kemain ego, ada guard kiri kanan berkawal dan jaga. Takut sangat pada rakyat marhaen. Ingat kita orang ada bawa pisau dan pistol ka? Mulut aje weh. Kalau dengan mulut pun ko failed, apatah lagi nak tadbir negara? Layak kah? 

Pfttt. 

Khamis, 30 Mei 2013

HOT : Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara [MESTI BACA]

Baru2 neh AMK bidas PAS secara terbuka isu Kota Damansara. Bidasan tue ditujukan kepada TGHH. Atas alasan sign surat watikah. Aku terfikir gak. Surat watikah tue bukan ka STOPA ALI yang sign sebab dia setiausaha agung? Awat blame TGHH? Then bila aku baca keterangan lanjut baru aku faham. Itupun lepas aku baca blog Khalid Samad. Rupany STOPA ALI sendiri pun dah bersetuju yang kerusi KOTA DAMANSARA memang akan diberikan kepada PKR [PSM]. 

Aku setuju. 

Pelan asal, strategi asal, itu memang tepat. Sebab tue aku setuju.

Dalam isu Kota Damansara yang aku paling tak setuju mengatakan seseorang itu SYAITAN tanpa mengenali seseorang itu secara berdepan. Tuk guru sekalipun, kita tak boleh menilai seseorang berdasarkan khabar angin ataupun sampaian dari orang ketiga. Seteruk mana Dr. Nasir tue sekalipun, amek inisiatif, jumpa, kenal, tengok, teliti, telek, selidik depan2.

Pasal apa?

Pasal kita tak pasti. Kadang2 orang lain salah faham dengan orang lain. Orang yang salah faham neh mungkin menyampaikan sesuatu yang salah dan tak betul pasal seseorang yang lain. Sebab tue kita sendiri kena amek inisiatif selidik dan siasat semua berita yang sampai kepada kita. Maaf, aku sangat2 tidak bersetuju dengan cara tersebut. Korang boleh ada pemikiran yang berbeza. Hak masing2.

Sambung balik. Then ada la cawangan PAS tertentu, berang. MARAH. SAKIT AHTI. SOUND DEPAN2. Then Khalid Samad respon pertanyaan wartawan. Dia jawab ringkas je la. Dia cakap kita terbuka kepada kritikan. AMK tegur PAS tue ada kebenaran nya. Dan dia bersetuju pertindihan kerusi yang berlaku di Kota Damansara memang salah PAS pun.

Kalau kita tengok pecahan undi, kemon la. Dr Nasir dapat sokongan kalau dibanding dengan calon PAS. Aku tak tengok parti. Aku tengok kecondongan pengundi majoriti. Dr.Nasir perform di Kota Damansara sebelumnya. Sebab tue aku yakin pengundi masih mahu dia.

Lepas Khalid Samad respon, then ada la sekumpulan pihak tue berang. Boleh dihalau Khalid Samad keluar PAS dan masuk PKR?

Pfttt.

Kalau dah STOK2 GENG UG, GENG UMNO, PERANGAI PUN SEBIJIK MACAM UMNO. SIBUK NAK HALAU2 ORANG KONON.

PUI.

Sapa makan cili, sapa rasa dia geng UG, sila la rasa PEDAS. Oke?

Sekarang baca serba sedikit luahan Khalid Samad atas isu yang berbangkit kat bawah neh hah ;

Mari kita lihat pada natijahnya secara objektif dan jawab sendiri samada tindakan tersebut lebih maslahahnya atau mafsadahnya bagi PAS. Maka apakah natijah-natijahnya? Ianya seperti berikut:

i) Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN.Rakyat ingin menolak UMNO/BN tetapi tindakan PAS menyebabkan pengundi-pengundi Kota Damasara terpaksa menerima UMNO/BN sebagai yang mewakili mereka. Dari sudut ini kita telah khianati kehendak rakyat dan kehendak Pakatan Rakyat sendiri. Sedangkan UMNO adalah saingan utama PAS dan memenangkan UMNO merugikan PAS.

ii) Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang dengan tersiarnya kenyataan tegur-menegur yang dieksploitasi akhbar. Hubungan di Kota Damansara sendiri sudah pasti rosak dan isu ini mampu juga merosakkan PR sehingga diperingkat seluruh Negara apabila dilihat tindakan PAS menyebabkan PKR kehilangan satu kerusi.

iii) Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas apabila ahli yang tidak setuju dengan tindakan ‘melanggar janji’ oleh PAS KD dituduh pula sebagai terlalu pro-PKR atau pro PSM! Saya diberitahu Cikgu Pa (SUA) sendiri telah diserahkan borang keahlian PSM oleh ahli-ahli PAS KD pada malam beliau turun ke KD untuk mengesahkan calon PKR sebagai calon PR yang rasmi.

iv) Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat apabila dilihat PAS sanggup memenangkan calon UMNO di KD. Sepertimana PSM dituduh agen UMNO/BN di Semenyih, kerana sanggup memecahkan undi PR, begitu juga tuduhan sama dilemparkan terhadap PAS hasil tindakan PAS KD. Maka hantu UG dihidupkan kembali oleh musuh musuh PAS yang ingin masyarakat sangsi terhadap PAS!

Amat jelas bahawa kesemua 4 natijah di atas yang dihasilkan adalah tidak baik. Lainlah kalau memang terbuku dihati ingin UMNO menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!

Oleh itu, amat jelas juga bahawa bertanding di KD tidak berbaloi! Sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa itu (persimpangan untuk membuat pilihan), kesemua natijah buruk di atas insyaAllah dapat dielakkan. UMNO tersungkur di Kota Damansara, hubungan PAS/PKR dan PAS/PAS serta imej PAS tidak terjejas.

Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak.

Apabila diakui sebagai kesilapan dan ditolak, tidak bererti ditolak orang-orang tertentu. Kita semua faham keputusan berhubung strategi itu adalah ijtihad. Dan pemimpin berhak membuat ijtihad. Tetapi sepertimana kita juga tahu, ijtihad itu boleh betul atau tersilap. Ijtihad silap oleh pemimpin atau hakim tetap mendapat satu hasanah selagi ianya dibuat secara ikhlas. Walaupun mendapat satu hasanah, tidak bererti ianya perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan. Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!

Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri. Yang lain boleh teruskan menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka.

Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini. Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar.

Rujukan dan bacaan penuh : http://www.khalidsamad.com/2013/05/persoalan-kota-damansara-pengajaran.html

Dalam isu Kota Damansara, nak tahu sapa yang buat hal? Klik sini ==>
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/05/khalid-samad-hentam-din-ayam-dan-konco.html


http://wasiatpejuang.blogspot.com/2013/05/video-sexs-guru-sekolah-bertudung-labuh.html 

Wehhhhh

Kita orang dah lali la dengan orang2 totok, taksub neh. Lepas neh korang nak cakap apa, cakap je la. Yang aku tahu aku tetap akan lawan habis2an geng2 UG neh. Sekarang Khalid Samad benar2 berseorangan. Husam takde, Salahuddin kalah, Mat Sabu kalah, Dr Dzul pun kalah. Dr. Lolo dah pergi. Tinggal beberapa kerat je yang mampu lawan UG. Yang beberapa kerat neh la kita orang akan dokong untuk lawan geng2 pro perpaduan dalam PAS tue. Disebabkan dorang [puak2 tertentu] la TGNA terpaksa keluarkan statement tegas..

SELAGI TUK GURU HIDUP [TGNA], PAS TAKAN BERSATU DENGAN UMNO.

Yang neh, sapa yang faham hint, faham la. Oke bai.

Hot : TV3 Kantoi, Lapor Berita Fitnah Lagi..

Sebab nak jaga imej BN. Pemberitaan macam hapa. Ngok ngek punya pembaca berita tv3. Aku memang dah lama tak puas ahti dengan dorang. Bukan apa. Jadi manusia tue bertanggungjawab la sikit. Takan takde rasa simpati, serba salah, takut dan risau bila korang melaporkan berita2 FITNAH dan berbaur menipu?

Aku tak percaya dorang tatau cerita2 yang dorang jaja tue kebanyakkan di manipulasikan. Ko kan wartawan. Ko cari berita. Ko dapat berita. Ko analisa berita. So mustahil untuk ko TIDAK TAHU kebenaran nya kan? Yang aku rasa ko TAHU KEBENARAN di sebalik setiap berita2 yang KORANG LAPORKAN dan korang TWIST agar berita2 tersebut berpihak kepada BN.

Aku tengok korang hidup dan bergelak ketawa dengan selesa tanpa rasa bersalah selepas menfitnah pelbagai jenis rakyat malaysia tanpa rasa bersalah. Akan tiba satu saat korang akan merana jua. Tunggu dan lihat. Bukan kita doakan ke apa ke. Jangan salah faham. Tapi orang yang buat benda2 jahat neh memang ada balasan nya beb. Buat baik, buat jahat seme ada balasan. Cuma balasan yang berbeza2 jek.

Baru2 neh TV3 ada laporkan satu isu. Isu tersebut ialah kisah bot karam di Sarawak. TV3 laporkan isu tersebut. Sebenarnya orang bukan marah dorang laporkan berita tersebut, yang orang marah sangat cara laporan tersebut. Tak tepat. Merepek, fitnah kepada rakyat Sarawak yang terpaksa memilih pengangkutan air disebabkan tiada pengangkutan darat yang sempurna/tersusun. 

Bukan sebab murah. Adakah TV3 nak tunjukkan persepsi yang kat Sarawak ada jalanraya yang sempurna tetapi pengguna prefer guna jalan air? Semata2 nak gambarkan owhh Sarawak stabil dan maju di bawah BN kah?

Lihat komen saksi yang menonton berita tv3 hari tue ;

 
Dan kat bawah neh pula petikan berita dari Utusan yang aku petik. Baru disiarkan pada hari neh. Utusan pun berkias2 juga sebenarnya. Kritik yang berpada2. Mungkin dorang dah bincang2 dalam meeting, kita tembak ja isu neh. Taib Mahmud KM Sarawak seumur hidup mesti sentap pula la. Ini la masanya beb.

KAH KAH KAH

"Jalan darat yang ada terlalu teruk keadaannya dan kami tiada pilihan selain menaiki bot ekspres." Demikian jawapan penduduk di daerah ini semasa ditanya mengapa perkhidmatan bot ekspres menjadi pilihan utama mereka untuk keluar ke bandar terdekat walaupun tambangnya agak tinggi.

Rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Malaysia berkata, tambang perkhidmatan pengangkutan air itu tidak semurah yang disangka, sebaliknya agak membebankan terutama kepada mereka yang mempunyai keluarga besar.

Seorang surirumah yang hanya ingin dikenali sebagai Sonia, 31, memberitahu, tambang bot ekspres dari Belaga ke Kapit dan Sibu masing-masing mencecah RM35 dan RM55 bagi setiap penumpang dan adakalanya lebih mahal pada musim perayaan.

Beliau berkata, dia dan suami perlu mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos mereka dan tiga anak setiap kali mahu pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kapit.

"Tiada jalan darat ke Kapit dan jalan sedia ada cuma menghubungkan Belaga dengan Bintulu dan itu pun sekadar jalan balak yang kerap terputus hubungan akibat tanah runtuh terutama jika hujan. "Sebuah lagi jalan darat berturap yang turut menghubungkan Belaga dengan Bintulu sudah siap dibina pihak tentera namun tiada jambatan. Jadi kami menggunakan bot ekspres walaupun mahal dan mengambil masa sehingga empat atau lima jam," katanya.

Kakitangan awam, Katijah Abdullah, 33, pula berkata, perkhidmatan bot ekspres yang melalui daerah tersebut hanya dua kali sehari, iaitu laluan Bakun-Belaga-Kapit-Sibu pada sebelah pagi serta laluan Sibu-Kapit-Belaga-Bakun pada sebelah petang.

Jika terlepas perkhidmatan tersebut, katanya, mereka terpaksa menunggu keesokan hari atau memilih pengangkutan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipanggil 'prebet' dengan bayaran RM50 setiap penumpang.
 

Ya ampun.

RM35 paling rendah untuk ke satu destinasi jek? Wehhhhhhhh mahal wehhh.

Orang Sarawak neh kaya2 belaka ke? Sanggup ko naik kenderaan 4 roda dengan bayar rm50 sekali jalan je? Kalau pergi balik rm100?

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhh

Sebulan berapa ek?

Gila. Kalau rm35 tue pun aku rasa dah mencekik. Ini kan rm50? Mampuih.

Mahal2 ke gaji orang2 SARAWAK sekarang neh?

Apa pun aku tetap simpati dengan korang. Makan mahal. Pengangkutan mahal. Segala2nya mahal di Sarawak tue. Tapi mahal macam mana sekalipun orang2 sana tetap pilih BN. Kalau aku? Pui. Dah lama aku tinggal. Aku cadangkan sementara ada masa neh, korang fikir2kan la ek. Buatlah pilihan yang bijak, kalau tak parlimen pun biarlah untuk DUN.

Hehe. Oke bai. 

Menentang kerajaan dianggap penderhaka - Harussani


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Rajin mufti kita neh. Asyik keluarkan kenyataan jek dua tiga hari neh. Kenapa? Nak ampu dan bodek untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi ke apa? Baik g tolong Zambry settlekan krisis kepimpinan kat Perak tue. 

Perak sedang bergolak. Konon ada adun2 BN ugut nak lompat parti. Dan PAS Perak telah keluarkan satu kenyataan rasmi mengenai hal tersebut. Mereka tidak akan terima calon lompat. Kalau ko nak lompat itu ko punya pasal. Kalau ada maruah buat je pilihanraya semula. Yang neh aku setuju sangat. Jangan ingat ko boleh lompat dari BN ke PR lenggang kangkung. Takde sesiapa nak raikan korang, oke?

KAH KAH KAH

Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

“Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan. -SH-

Menentang dengan aman pun menderhaka. Berdemo pun menderhaka. Apatah lagi menentang dengan keganasan. Lagi la di anggap menderhaka. Maksudnya jangan menentang langsung la. Kalau taknak jadi penderhaka.

KAH KAH KAH

Tapi aku heran apa. Setakat menderhaka dengan BN, satu sen tak heran la aku. Lagi aku suka. Best wehh..

KAH KAH KAH

Rabu, 29 Mei 2013

Raja Nong Chik Report Polis Atas Kenyataan Nurul Izzah.

Sapa tengok berita tadi? Raja Nong Chik mengamok kat Nurul Izzah. Siap buat report polis lagi konon nya Nurul Izzah fitnah dia dalam isu tanah di Mount Kiara.

Selain dari report polis, RNC (raja nong chik) juga sedang mempertimbangkan akan mengambil tindakan saman terhadap Nurul Izzah atas alasan mencemarkan reputasi dia sebagai calon wakil rakyat ketika bertanding baru2 neh.

Wowwwww

Dah lama diam. Ingatkan nak terus merajuk. Rupanya kali neh kembali dengan tindakan yang lebih agresif. Mungkin bengang kot sebab kalah di lembah pantai meskipun kalah tipis.

Yelah. Kempen meletup. Wang meletup. Iklan meletup. Billboard meletup. Tup2 kalah. Padahal kat lembah pantai tue time berkempen, muka dia lagi bersepah dari muka Nurul Izzah walaupun Nurul Izzah tue wakil rakyat sebelumnya. Bukan nya dia. Lepas tue siap pusing2 satu lembah pantai cakap dia yang buat kerja. Nurul Izzah tak buat apa2.

Perghhhhhh

Masa tue dia menteri kan? Menteri pun nak bangga diri kalau buat kerja ka?

Pelik2.

Hehe

Aku tak kisah la RNC nak amek apa2 tindakan ke atas sapa2 pun. Jika dia rasa dia kena fitnah dan nak clear the air, oke do as your please la kan.

Cuma aku cadangkan Nurul Izzah pun amek tindakan yang sama. Billboard dan poster Nurul Izzah beberapa kali di sabotaj kat Lembah Pantai time berkempen dulu. So report la polis. Biar polis siasat angkara sapa. Dan jangan lupa yang tv3 siap umumkan Nurul Izzah kalah di lembah pantai.

Ehh SPR ari tue siap sound2 pengguna media sosial. Hanya SPR je boleh umumkan calon yang menang di satu2 kawasan. Tuee tv3 langgar peraturan SPR apa kata SPR? Slumber je cakap Nurul Izzah kalah.

Masuk berita. Ramai jadi saksi. Siap ada textline kat bawah berita tue lagi. Last2 berita palsu. Hadoi. Kat tv3 taknak ke sound? Takan pengguna media sosial je yang ko nampak?

So Nurul Izzah patut bangkitkan juga isu neh. Menunjukkan yang SPR double standard. Kalau bukan pro bn yang buat memekik satu malaysia. Kalau pro bn yang buat pijak semut pun tak mampos. Pe citer?

SPR DAYUS?

Kah kah kah

Bersih Nafi Anjur Bersih 4.0

Relax.

Penafian AJK Bersih kali neh ada motif yang jelas. Ini dibuat kerana ada pihak2 tertentu yang menjaja nama BERSIH untuk buat demo.

Pada dasarnya BERSIH ada Ajk nya yang tersendiri. Semua AJK kena duduk berbincang dan bermesyuarat sebelum putuskan sesuatu hal. Jika ada orang suka2 jaja nama BERSIH untuk anjur demo kalau2 demo tue sebenar ialah demo provokasi yang didalangi oleh pihak2 tertentu macam mana?

Info sulit neh. Memang ada pihak yang cuba menjejaskan imej BERSIH dengan berhajat mahu mencalarkan kredibliti BERSIH.

Sebab tue korang kena ahti2 sket. Semua demo anjuran bersih harus ada official statement dari bersih. Kalau bukan official statement jangan layan mana2 pihak yang cuba jaja nama bersih. Kita takut ia satu perangkap.

Lagipun focus bersih right now ialah kemukakan petisyen berkaitan sebelum proceed ke langkah seterusnya. Kita sepatutnya beri bukti2 berkaitan kepada bersih untuk di adili sewajarnya.

Lepas dari tue baru kita boleh fikir pasal demo. Apa pun aku setuju jek kalau bersih nak buat bersih 4. Memang SPR ingat kita main2 bila demo dalam stadium. Kali neh dok depan PEJABAT SPR pula. Biar dia goyang. Tengok ah sendiri kemaraan rakyat camne kan. Harap2 AJK BERSIH boleh pertimbangkan idea neh la kan.

Oke bai.

PAS UMNO Tidak Akan Bersatu - Tegas Nik Aziz

Zaman sekarang pokok bergoyang ada beberapa sebab. Samada angin yang bertiup kencang ataupun kerana ada orang yang goyangkan dia. Atau mungkin ada sebab2 lain juga.

KAH KAH KAH

Apa pun penjelasan neh sekurang2nya mematikan hasrat beberapa orang dalam PAS yang diperlihatkan sejak akhir2 neh menjurus ke arah itu. Walaupun mungkin mereka tiada niat ke arah itu tetapi jika tindak tanduk itu membuatkan orang rasa curiga, was2 pun tak betul juga.

Kita kena faham. Bukan semua orang dapat tangkap apa sebenarnya niat ko. Jadi sebagai pemimpin kena sentiasa berfikir bahawa aku tak boleh berikan mesej atau gambaran yang boleh menimbulkan rasa was2 di kalangan pengikut2 ku.

Pasal benda macam neh boleh menimbulkan kecelaruan. Kita dan pemimpin takde direct contact. Jadi atas sebab itu la pemimpin kena pandai memainkan peranan. Jangan buat tindak tanduk dan tingkah laku yang menyebabkan orang rasa gusar dan semacam. Apa pun penjelasan TGNA ini kita pegang. Selagi TGNA ada, selagi itu UMNO PAS tidak akan bersama. Kita akan dokong TGNA. Biar sesiapa yang HEBAT dari PAS keluar PAS pun kita tak heran. Boleh keluar jika UMNO yang ko dokong.

Hehe

Dan seperkara lagi.. kita akan sentiasa PANTAU dan MEMANTAU.. biarpun kita berjauhan tetapi PANTAU dan MEMANTAU kita akan buat non stop.. ahti2 la ek.

Hehe 

Baca bawah ;

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Selasa, 28 Mei 2013

PAS Tuntut Satu Jawatan Khas Di Selangor.

Dengan ura2 perlantikkan Saifuddin Nasution ke dalam kerajaan negeri, Pas Selangor juga mempunyai satu pendapat berkenaan hal tersebut.

Baca bawah ;

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR ABDUL SAMAD : SELANGOR JUGA NEGERI PAS.

Ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara mesti menganggap Selangor sebagai sebuah "negeri PAS" sepertimana selama ini mereka menganggap Kelantan, Kedah dan Terengganu.

PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah.

Selangor adalah unik kerana selain dari menjadi "negeri PAS" ia juga "negeri DAP" dan "negeri PKR". Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini "negeri mereka" kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ianya adalah "negeri Pakatan Rakyat" yang sebenar.

Oleh yang demikian, pimpinan PAS terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincang dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP.

Dengan ura-ura perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai "political liaison" atau pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor, seorang Naib Presiden PAS juga mesti ditugaskan untuk memantau urusan-urusan harian di Selangor.

Ahli-ahli telah bekerja keras untuk mengukuhkan dan mengembangkan pengaruh PAS di Selangor, sudah tentu mereka mengharapkan perhatian yang lebih dari pimpinan tertinggi

Iskandar Abdul Samad

*Pandangan saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan / Ahli Dewan Negeri Chempaka

28 Mei 2013

Terlalu awal nak letakkan apa2 persepsi dan pendapat. Kita tengok dulu perkembangan kes macam mana okey.

Najib sanjung projek PERMATA Rosmah.





KAH KAH KAH


KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapannya di satu persidangan wanita sedunia hari ini menyanjung tinggi Datin Seri Rosmah Mansor atas kerja-kerja kebajikan yang dijalankan oleh isterinya itu.
Najib memuji usaha yang dijalankan Rosmah dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak melalui projek PERMATA – satu projek bawah Jabatan Perdana Menteri – serta usaha untuk menubuhkan program bagi kanak-kanak kurang upaya.

Najib dengan berseloroh juga berkata, beliau bukan menyatakan pujian tersebut kerana bimbang isterinya itu tidak akan membenarkan beliau tidur bersama.

Sebaliknya, beliau melihat bahawa usaha yang dijalankan Rosmah itu memberi dividen besar kepada negara, katanya lagi dalam ucapan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Rosmah turut hadir mengiringi Najib ke pelancaran untuk persidangan Women Deliver 2013 yang akan berlangsung selama tiga hari itu.

Sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/231369

Sorry, aku malas nak komen apa2. Memang wajar pun dibuktikan pujian di atas tak berasas, tapi aku maleh sebab dah pernah ditulis dan diterangkan berkali2 kerana projek PERMATA neh tak menepati sasaran sepertimana yang diwar2kan. Kali neh maleh nak ulang tulis. Cuma rasa lucu nak tergelak je. Aku nak sambung gelak balik oke. Bai.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KEDAH Sokong Pelaksanaan AES - Tahniah PAS Kedah!


Tahniah.
Bersyukurlah.

Ketidakterbukaan kepada kritikan, ketidakterbukaan kepada perubahan, ketidakterbukaan kepada idea menyebabkan Kedah jatuh tergolek2 ke tangan BN.

Tidak terbuka satu hal. Menafikan satu hal yang lain pula. Menuduh orang yang mengkritik dengan tuduhan yang KARUT lagi MEREPEK satu hal yang lain lagi.

Insaflah wahai penyokong2 PAS KEDAH yang telah memaki hamun pengkritik2 kamu dengan pelbagai tuduhan yang mengarut lagi SAMPAH.

Tulisan2 tersebut masih lagi terdapat dalam blog ini. Sila cari dan semak semula kata2 anda terhadap saya.

KAH KAH KAH

Kita ucapkan tahniah, kerana akhirnya AES akan sampai di KEDAH.

Berbangga la ek.

Baca bawah statement rasmi dari KASE berikutan KEDAH telah pun bersetuju untuk 
melaksanakan AES. Meskipun aku tak bersetuju 100% dengan pendapat dari KASE bahawa majoriti telah memangkah BN, kerana pada hakikatnya majoriti pangkah PR. BN menang tetapi dengan minoriti bukan majoriti, tetapi tindakan KASE membatalkan khidmat guaman ini tepat. Ia akan mengajar diri aku, ko dan kita semua apa itu sistem yang menjahanamkan duit poket kita sendiri.

Sehingga kita sesak nak mampos, takde duit nak beli itu neh, tercekik, berhutang, mengelupur tatau nak hidup macam mana baru kita tahu apa itu kerajaan yang adil. Selagi tak rasa semua di atas, kita semua takan nampak apa itu kezaliman BN.

Ya, kali neh mari kita mampos secara bersama2 dan beramai2. 

Baca lah ;

Pada 22 September 2012, Kementerian Pengangkutan Malaysia mula melaksanakan Sistem penguatkuasaan Automatik [AES] di 14 lokasi terpilih sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Ratusan ribu saman dikeluarkan sejak perlaksanaan sistem tersebut. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat guaman percuma dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada pengguna yang dikenakan Saman AES.

Ribuan Saman AES diterima daripada pengguna yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan khidmat guaman.

Peguam KASE dan JUHAM telah membantu pengguna-pengguna tersebut di Mahkamah sehingga akhirnya telah berjaya membuatkan Peguam Negara mengeluarkan arahan penangguhan prosiding Saman AES di semua Mahkamah sehingga hari ini.

Pakatan Rakyat menawarkan penghapusan Saman AES sekiranya diberikan mandat mentadbir Malaysia. Penerangan demi penerangan diberikan tetapi pengundi telah memilih untuk mengekalkan parti yang akan terus melaksanakan AES di seluruh negara.

Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menghalang perlaksanaan AES sehingga penjelasan lanjut diberikan oleh JPJ dan mengambilkira pandangan masyarakat berkenaan AES.

Majoriti pengundi Kedah telah memilih menukar pentadbiran kerajaan Kedah maka dengan bangganya atas slogan “BN Menang Rakyat Senang” Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang baru telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kedah bersedia melaksanakan AES walaupun pada masa yang sama JPJ Kedah masih dalam pertimbangan. Tahniah pengundi Kedah.

KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES bukan penyelesaian kepada kemalangan maut.

KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES hanya menguntungkan pembekal perkhidmatan kamera iaitu dua (2) syarikat swasta yang akan mendapat keuntungan hasil kelalaian pengguna.

Walau pun begitu, KASE menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk menerima perlaksanaan AES di seluruh negara. Mengekalkan Barisan Nasional sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES dilaksanakan.

Justeru KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan.

Dalam masa yang sama KASE masih dan akan tetap memberikan khidmat nasihat serta memberikan penerangan berkaitan AES kepada masyarakat.

KASE berusaha memberikan bantuan kepada pengguna tetapi pengguna sendiri memilih untuk tidak membantu diri sendiri dengan memilih AES.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...