Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 Mei 2013

Najib: Mana mat Bangla yang jadi pengundi?


Najib tanya.

Mana? Mana dia Mat Bangla yang jadi pengundi hah?

"Tunjukkan kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang) mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya pada majlis pelancaran Festival Belia 2013 di sini hari ini.

Sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/231224

Baru2 ini, dalam perhimpunan di Amcorp Mall, DSAI dan CHEGUBARD hanya bercerita pasal LAPORAN POLIS berkenaan isu penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Kita ramai2 diseru untuk membuat laporan polis bagi memberikan tekanan kepada SPR disebabkan dakwat kekal yang sepatutnya kekal, tidak kekal.

Laporan polis tersebut akan dikumpul sehingga mencapai satu amount tertentu, then akan buat protes secara besar-besaran di depan pejabat SPR. Sekali pandang nampak macam kita nak buat demo atas jalanraya la neh.

Ye ke? Macam ye jek.

Perhimpunan di padang dan stadium nampaknya tidak menakutkan langsung BN dan SPR. Sebab dorang pun selalu berhimpun huha huha atas padang apa seme. Then lepas berhimpun balik. Dah macam takde kesan dan memberikan apa2 impak pun kepada mereka. Lebih kurang macam ko anjurkan konsert je la. Lepas habis, balik. Sebab tue bila ada orang cakap untuk tumbangkan BN dan desak SPR, jalanraya ialah kaedah terbaek. SPR dan BN cukup takut kalau para pejuang gunakan kaedah jalanraya. Kenapa dorang takut? Itu kita kena kaji sama2 la lepas neh.

Berbalik kepada pertanyaan Najib tadi. Najib tanya mana Mat Bangla yang turun mengundi? Mana mana mana mana dan mana?

Lepas turun mengundi, mesti la kena balik semula ke tempat asal kan?

Takan datang je, tak payah balik? Ka masing2 ada kerja masing2?

So yang neh aku cadangkan sesiapa yang ada bukti, video dan etc2, tak payah la nak SEKADAR nak sebarkan di facebook ka media sosial ke apa ke. BUANG MASA je sebab semua tue tak memberikan apa2 IMPLIKASI pun kepada rancangan yang diusahakan oleh DSAI, CHEGUBARD dan PR itself.

Korang, yang captured video tersebut, SILA BUAT REPORT POLIS. Boleh disekalikan dengan isu dakwat kekal neh hah. Kata ada bukti, apa nak heran dengan report polis kan? Hah, buat. Lepas buat daftar kat bawah neh hah ;

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dFpPYnRLWktQTmNQM1o5LXJ6OFNfMWc6MQ#gid=0


Genap 500k sukarelawan, ada la pergerakkan nak buat sesuatu. Untuk memberikan tekanan kepada pengerusi SPR. Lagi cepat lagi bagus. Sebab kita nak desak pengerusi SPR yang ada sekarang neh letak jawatan disebabkan kegagalan dia perform tugas dengan betul dan adil.

Lagi satu korang tak terasa tercabar ke bila Najib sendiri turun padang dan tanya soalan neh terang2 kat kita semua?

TERCABAR woo.

Nak marah Najib pun tak betul juga. Apasal nak marah dia? Dia tanya + mintak bukti. Memang logik ah.

Kalau ko ada bukti = buat laporan polis, desak polis siasat dan buat sepertimana yang PR suruh kat sini. Scan dan sebarkan laporan polis di media sosial. Biar orang sedar yang tuduhan ko memang ada asas sebab tue ko berani buat laporan polis.

Bukan boleh suka2 buat laporan polis oke. Laporan polis palsu akan didakwa. Sebab tue bila seseorang tue dah berani buat report polis, maka dia yakin la dengan kenyataan dia. Ini kena amek kira juga neh.

Apa pun kita seru kepada mereka2 yang ada bukti ;

1. REPORT POLIS secepat mungkin.

2. Patuhi langkah2 yang Rafizi anjurkan. Klik link di atas oke.

3. Then scan/sebar laporan polis tersebut di mana2 platform yang korang rasa bersesuaian. Taknak sebarkan pun takpe. Yang penting salinan report harus dimaklumkan kepada Rafizi.

4. Then daftar as sukarelawan Suara Rakyat. Ada benda yang kita akan buat tak lama lagi. Sekarang nak himpun 500k sukarelawan. 

Kalau tak dapat 500k dalam masa terdekat, maka yang dikatakan majoriti 5.5juta undi PR tue mungkin hanyalah sekadar slogan yang sia2. Nak dapatkan 500k dari 5.5juta? Wow.. tak sepatutnya sukar kan? Apa pun mohon rakan2 sebarkan hal neh kot2 ada yang tak alert ke apa ke.. lagi cepat kita dapat 500k, lagi bagus. Siyes. Something big will happen. Tengah diusahakan. TUNGGU.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...