Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 Jun 2013

Kerajaan Tangguh Pelaksanaan GST [Kali Ke Berapa Tah]


Dah cuak la tue. Sebab rakyat sekarang dengan memberontak atas isu penipuan dalam pilihanraya. Lepas tue pimpinan PR pula tengah kumpul bukti dan hantar petisyen untuk menafikan kemenangan BN di beberapa kawasan. Dalam waktu yang sama tak pasal2 UMNO pun turut hantar petisyen. 

Dah kenapa?

Bukan kah UMNO selama neh berdiri teguh di belakang SPR dengan mengatakan sistem yang SPR laksanakan tue telus dan BERSIH?

So sekarang dah tak percayakan kewibawaan dan kredibliti SPR pula ke?

KAH KAH KAH

Agaknya kerajaan BN rasa kedudukan mereka tak sekukuh yang mereka harapkan. Apa yang aku dapat rasakan la melihatkan kepada keputusan2 yang pimpinan BN buat sekarang, aku syak depa akan spending masa 2 tahun untuk raih kembali kepercayaan rakyat at least, mendapat sokongan majoriti. Bukan minoriti macam sekarang.

Sebab tue BN amat ber-ahti2 kadang kala dalam menrencanakan sesuatu perkara. Mula2 depa kecohkan sesuatu isu. Then tunggu respon. Agak2 depa boleh counter attack, depa akan proceed dengan tindakan yang depa planned as before. Kalau depa tengok satu2 isu tue depa tak boleh nak counter attack depa akan hold back. Cuba balik lain kali.

Contohnya isu GST neh. Mula2 depa dok main berita2 pasal GST. Kena dilaksanakan la apa la blablabla la. Last2 sambutan rakyat dingin dan menyakitkan ahti. So tetiba depa cakap, oke kita akan mengkaji lagi pelaksanaan GST. Kita akan buat kajian menyeluruh.

Apa jadah?

Sebelum neh Idris Jala bercakap seolah2 macam ko dah habis kaji je. 

Kalau tak habis kaji tak payah la sembang kencang suruh laksanakan segera ke apa ke. Pergi la kaji bagi habis dulu. Neh tidak, kejap nak laksanakan, kejap nak kaji, kejap nak buat perbincangan dengan ahli politik, sektor awam, kejap nak fikirkan kadar sesuai. Apa benda la yang dorang melalutkan neh. Aku pun tak faham. Tapi macam aku cakap tadi la, actually depa memang dah habis kaji, dah ada plan pun. 

Cuma saja je main tarik tali. Nak laksanakan ke tidak, nak buat ke tidak. Tengok respon dan emosi rakyat macam mana. Agak2 tak menentu, depa buat2 statement kami masih mengkaji apa semua lagi tue. Confirm ah aku.

KAH KAH KAH

Khamis lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan tidak akan melaksanakan GST dalam tempoh jangka terdekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan dilaksanakan.
 
Menurut Ahmad Husni lagi, kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.
 
"Kami masih belum memutuskan mengenai GST kerana kami perlu mengkaji semula perkara itu dan kami kini sedang di dalam proses mengkajinya dari sudut yang menyeluruh.
 
"Semua tindakan yang diambil perlu dilihat bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan, malah perlu dilihat dari segi kemakmuran orang ramai," katanya .
 
Katanya lagi, selain menjana pendapatan negara, pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi.

Rujukan :  http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/358512-pelaksanaan-gst-luaskan-kutipan-cukai-namun-bebankan-rakyat-miskin.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...