Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 31 Mei 2013

KPN Cadang Larang Motor Masuk Bandar.

Idea neh aku tolak. Aku ada sebab2 tertentu kenapa aku tolak idea neh. Bukan kerana yang bagi idea neh KPN maka aku membuta tuli tolak. Jangan salah faham. Tapi aku ada sebab2 tertentu yang bakal aku explain kejap lagi.

Aku faham. Aku percaya KPN ada sebab tersendiri kenapa dia bagi idea tersebut. Mungkin dia ada kaji beberapa aspek. Tapi siyes aku cakap idea neh takan menyelesaikan masalah berbangkit.

Tujuan KPN nak kurangkan kadar jenayah jalanan. Nak mewujudkan zon selamat di kawasan bandar2 utama. Bagus. Jangan kita nafikan yang KPN ada matlamat yang bagus. Seperti yang kita sedia maklum, jenayah ragut dan rempit memang sebati ahh dengan penunggang2 motorsikal. Ini fakta beb.

Tapi wajarkah tindakan sebilangan penunggang motorsikal, yang tak terbabit sama turut terhukum sekali tak pasal2?

Idea nak mewujudkan zon selamat itu dah cantik dah. Tapi biar la kita gunakan pendekatan yang tak menyusahkan dan tak mendiskriminasikan orang lain.

Kena faham. Bukan semua mampu beli kereta beb. Dan kena faham, bandar2 utama selalu jam beb. Kalau ko larang penggunaan motor tak ke itu keterlaluan? Adakah jenayah hanya boleh dilakukan menggunakan motor?

NOOOOO

Baru2 neh anak menteri kena ragut beb. Depan shopping mall. Tahu tak peragut gunakan kenderaan apa ketika lakukan jenayah? Kereta satria beb. Maksudnya asalkan dorang dah bernekad nak lakukan jenayah, dorang tetap akan buat tak kira la guna kenderaan apa sekalipun.

Kenderaan tue faktor sampingan jek. Bukan faktor utama. Faktor utama tue ialah sikap penjenayah tue sendiri. Di samping kawalan keselamatan yang longgar. Di tambah pula dengan hukuman yang tak menakutkan penjenayah. Tue yang buat kadar jenayah naik meninggi.

Lagipun cuba fikir masak2. Sejauh mana semua tempat kat Malaysia neh boleh di akses dengan pengangkutan awam? Sejauh mana semua rakyat mampu memiliki kereta sendiri? Bagaimana pula dengan pekerja2 yang gunakan motor seperti Pizza Hut dan posmen?  Despacth?

Sebab tue aku tolak idea neh. Matlamat memang cantik. Tapi cara nak capai matlamat tue tak berapa ngam. Kena tolak. Berapa ramai yang guna motor nak elakkan jalan jem? Ramai wooo. Polis pun geng2 motor juga.

Aku cadangkan KPN buat satu perbincangan umum. Panggil geng2 motor. Panggil rakyat. Kita bincang dalam satu forum. Kita tukar2 idea.

Kadang2 kita tak faham mesej PDRM. Kadang2 PDRM tak faham mesej kita. Kalau kita bertemu berbincang dan bertukar2 idea mungkin kita boleh capai satu resolusi.

Mungkin PDRM tak nampak sejauh mana masyarakat rasa risau dengan tahap keselamatan dalam negara sekarang neh. Sebab tue perlu untuk KPN berlapang dada tanya directly pada rakyat sebab kami la golongan sasaran korang. Keselamatan kami la yang menjadi tanggungjawab korang pun. Jangan buat idea syok sendiri. Tolong la KPN..

Thanks..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...