Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Mei 2013

PAS UMNO Tidak Akan Bersatu - Tegas Nik Aziz

Zaman sekarang pokok bergoyang ada beberapa sebab. Samada angin yang bertiup kencang ataupun kerana ada orang yang goyangkan dia. Atau mungkin ada sebab2 lain juga.

KAH KAH KAH

Apa pun penjelasan neh sekurang2nya mematikan hasrat beberapa orang dalam PAS yang diperlihatkan sejak akhir2 neh menjurus ke arah itu. Walaupun mungkin mereka tiada niat ke arah itu tetapi jika tindak tanduk itu membuatkan orang rasa curiga, was2 pun tak betul juga.

Kita kena faham. Bukan semua orang dapat tangkap apa sebenarnya niat ko. Jadi sebagai pemimpin kena sentiasa berfikir bahawa aku tak boleh berikan mesej atau gambaran yang boleh menimbulkan rasa was2 di kalangan pengikut2 ku.

Pasal benda macam neh boleh menimbulkan kecelaruan. Kita dan pemimpin takde direct contact. Jadi atas sebab itu la pemimpin kena pandai memainkan peranan. Jangan buat tindak tanduk dan tingkah laku yang menyebabkan orang rasa gusar dan semacam. Apa pun penjelasan TGNA ini kita pegang. Selagi TGNA ada, selagi itu UMNO PAS tidak akan bersama. Kita akan dokong TGNA. Biar sesiapa yang HEBAT dari PAS keluar PAS pun kita tak heran. Boleh keluar jika UMNO yang ko dokong.

Hehe

Dan seperkara lagi.. kita akan sentiasa PANTAU dan MEMANTAU.. biarpun kita berjauhan tetapi PANTAU dan MEMANTAU kita akan buat non stop.. ahti2 la ek.

Hehe 

Baca bawah ;

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...