Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 April 2013

Ustaz Azizan Menzalimi Pengundi Kedah Dengan Tak Beri Cuti UMUM..


Satu kelawakan..

Apa motif Ustaz Azizan berbuat begini?

ALOR SETAR: Kedah tidak akan mengisytiharkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan sebagai cuti umum.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun hari pengundian jatuh pada hari Ahad, iaitu bekerja bagi negeri berkenaan, beliau yakin ia tidak akan menjejaskan pengundi untuk keluar mengundi.

"Kita tak akan umum hari itu (hari mengundi) sebagai cuti umum. "Lagi pun kerajaan sedia ada ini hanyalah sebuah kerajaan sementara," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi rakyat Malaysia ialah pada 5 Mei depan manakala hari penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 20 April dan 30 April.

Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan PRU-13 diadakan ~ mStar Online

kah kah kah

kah kah kah kah 

kah kah kah kah kah

Ya ampun.. tolong la jangan buat lawak. Yang bekerja di negeri sama, yang mengundi di negeri sama pun perlukan cuti untuk memudahkan pergerakkan sana sini.. inikan pula yang bekerja di kedah tapi mengundi di tempat lain.. apa la teruk sangat keputusan yang Ustaz Azizan buat neh. Tak boleh ke berkompromi?

Alasan kerajaan yang ada neh ialah kerajaan sementara tak boleh dipakai. Setakat beri kelulusan cuti satu hari sebab kena keluar mengundi apa ada hal? Kalau aku, aku bagi cuti sampai hari isnin. Aku takmo pengundi2 neh rush atas jalan. Keluar mengundi penting, sama seperti nyawa dan keselamatan mereka juga sama penting bagi aku. Perlu mereka berhati2 sepanjang pergi balik time pengundian nanti..

Bayangkan nanti pada hari ahad, ramai orang ponteng kerja.. bukan kan itu lagi menyusahkan? Kalau ada sesiapa datang office untuk buat urusan kerajaan kena maki saja. 

Apa la bodoh sangat pekerja2 kerajaan neh.. office buka orang takde, tak pula dikatakan cuti umum.. aku ada urusan neh tapi takde orang nak serve plak. Pe citer?

Begini saja la Ustaz. Umumkan saja cuti. Hentikan lawak2 ini oke. Aku tahu, Ustaz Azizan neh buat lawak je kan? Alah comel2 Ustaz Azizan.. melawak plak dia.. aku gelak tau.. lepas neh jangan buat lawak2 macam neh lagi oke. Tak baik tau.. tak pasal2 je orang marah.. tahu la masih dalam mood april fool lagi.. tapi dah lepas oke..

KAH KAH KAH 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...