Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 April 2013

PSM Berhak Bertanding Guna Logo Sendiri.

PKR cuba jadi kukubesi sekarang neh.

Bergadoh pasal kerusi satu hal. Bukan dalam seme kes PKR bermasalah dan buat salah tetapi tak dinafikan memang ada kesalahan yang datang dari pihak PKR sendiri.

Yang tue satu hal.

Walaupun ia agak memalukan. Mana tak memalukan, kemain lagi penyokong2 PR booo BN sebab bertekak2 pasal kerusi last2 parti sendiri pun lebih kurang saja. Takde beza. Bertekak, berdemo, baling kerusi pasal kerusi seme cukup.

Then kali neh mereka melebarkan sayap kukubesi mereka dengan menghalang PSM menggunakan logo sendiri. PSM kena guna logo parti PKR ataupun PKR akan letakkan calon mereka di tempat yang PSM bertanding.

BODOH apa?

Berlagak tak tentu pasal.

Antara seme parti2 politik yang wujud, PSM la yang terbaik. Idelogi dan misi mereka terbaik. Betul2 taraf idelogi rakyat. Bezanya mereka neh masih baru dan ramai orang tak kenal cara mereka buat kerja, idelogi mereka. Jika mereka dipromosikan secara meluas, maka nescayalah, parti2 politik yang lain boleh pergi mampos saja. Selama mana PSM menegakkan idelogi mereka la. Kalau tukar idelogi dengan pemimpin zalim tue lain citer oke.

Kalau aku perlu menjadi ahli parti, maka PSM la partinya. Aku takan masuk dap, bn, pas dan pkr. Minta nyawa. Terus terang aku cakap neh.

Jadi dalam kes isu logo, haruslah PKR berlapang dada. Yang paling penting idelogi PSM ialah idelogi memperjuangkan hak rakyat. PKR tak perlu berkira. Mereka nak bertanding atas logo mereka itu adalah hak mereka sepenuhnya.

Bayangkan saja jika ada sesiapa menghalang PKR bertanding atas logo sendiri, tidak kah korang rasa bengang? Benda yang sama dirasai oleh PSM juga.

Bertolak ansur la. Jangan takut bab lompat. Yang PKR perlu risau jika calon2 PKR sendiri yang lompat. Sejarah membuktikan PKR la parti yang paling banyak menghasilkan calon lompat, bukan nya PSM.

Sejarah juga membuktikan bahawa logo PKR la paling banyak diragui as dajal dan terbabit dengan agenda yahudi oleh penyokong2 bn, bukan nya PSM.

Sejarah juga membuktikan bahawa logo PKR la paling banyak mengundang pergaduhan di kalangan penyokong parti politik, bukan nya PSM.

Kalau la BN akan menentang PSM disebabkan logo semata2, itu hanyalah hujah orang2 bodoh saja. Tidakla dapat mereka menentang PSM itu terlibat dengan rasuah dan salah laku, lalu logo menjadi pertikaian sebab tiada hujah. Janganla jadi orang bodoh dengan meniru jejak langkah BN.

Walaupun PKR memberikan kelonggaran bahawa PSM boleh gunakan logo PAS, DAP mahupun Pakatan Rakyat, tetapi lebih baik PKR belajar untuk tidak menjadi zalim disebabkan isu logo semata2.

Hormati hak PSM dengan membiarkan mereka menggunakan logo mereka. Kalaupun dapat jadi logo sampingan, aku kira PSM boleh bertolak ansur.. ini lebih baik daripada tidak dibolehkan langsung memaparkan logo parti mereka.. atau.. aku rasa PKR mungkin akan amek kesempatan.. cara mana aku taknak tulis kat sini tetapi janganla nak bergadoh pasal logo plak. Teruskan baling2 kerusi untuk rebut kerusi dengan dap dan pas saja. Isu logo neh patutnya korang berlapang dada je. Oke bai

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/psm-tetap-mahu-guna-logo-parti-tidak-berniat-wujudkan-tiga-penjuru/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...