Member ada mesej banyak kali di page. Aku tak perasan. Kalau guna laptop haram aku boleh baca sesiapa yang paste link ke apa ke kat situ. Kalau guna tab nampak plak. Tah tak faham aku. Kat bawah neh penjelasan dia. Bagi aku ;
1. Baca dengan ahti terbuka. Aku fikir kita pun boleh berbincang cara baik. Tak bersetuju itu perkara biasa. Tapi gunakan hujah. Jangan maki hamun dia pula.
2. Apa yang dia mahukan adalah lebih kurang aku juga. Tulis sejarah dengan menggunakan fakta yang betul. Sejujurnya aku tak berani sebut apa yang tersebar di internet itu adalah sejarah yang benar2 sahih dan fakta. Tetapi aku berani cakap apa yang tersebar di buku teks banyak yang auta.
3. Jadi aku berharap kita boleh ubah apa yang salah, betulkan apa yang tak betul dan kekalkan apa yang benar. Aku rasa kita perlu diberikan pendedahan sebenar tentang apa yang pernah berlaku di masa lalu.
4. Pejuang haluan kanan atau kiri mereka tetap sama2 berjuang. Mungkin cara lain, kaedah berbeza tetapi siapa lah kita nak kata yang tue pejuang, yang neh bukan. Mari lah kita iktirafkan mereka seme2 yang pernah berjuang.
5. Mengetahui sejarah mengenai sang saka malaya tak rugi apa. Bendera kita berubah2. So kita tahu asal usul pembentukkan bendera. Ia bukan satu perkara yang salah untuk disebarkan.
6. Mungkin ada yang akan marah tetapi biarlah. Kita hormat sahaja jika ada di antara mereka yang berniat mahu mengubah jalur gemilang kepada sang saka malaya. Tetapi jangan pula kita tuduh mereka pro komunis dan sebagainya.
7. Dalam waktu yang sama juga, penyokong2 jalur gemilang tidak boleh dianggap pro yahudi, israel apa jadah tue. Siyes benda tue melalut. Bagi aku. Sesungguhnya aku bukan lah orang yang akan cenderung percaya kepada segala macam teori konspirasi. Percayalah.
Akhir kata, sejarah adalah bukan apa yang kita mahu percaya. Atau disuruh percaya. Atau dipengaruhi untuk mempercayainya.
Sejarah adalah perkara yang benar2 berlaku. Bagi memuaskan semua pihak, mari kita kaji balik sejarah kedua2 bendera neh tanpa bias, tanpa menyebelahi mana2 pihak dan paling penting, tanpa campurtangan. Simple.
Penjelasan saudara Nazri ;

Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.
http://singaselatan.blogspot.com/2012/08/mengapa-kami-kibarkan-sang-saka-malaya.html?zx=418d2bb75661dc91