Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Ogos 2012

JAIS bakal tahan pemilik majalah mangga?


Yup.


Tak mustahil. Tak percaya cakap aku? 

Tengok kat bawah neh beb ;


Nampak apa yang aku nampak?

1. Memiliki tak semestinya bersetuju.

2. Membaca tak semestinya meenyokong.

3. Aku selalu bahkan hampir setiap hari baca berita politik di utusan, so adakah aku boleh di anggap penyokong utusan?

4. Sama kes dengan aktivis di atas. Walaupun kita mungkin memiliki beberapa karya kontroversi tak semestinya kita menyokong apa yang di tulis oleh mereka.

5. Aku sendiri memiliki buku2 mengenai syiah, sedang baca e-book anti hadith so takan itu menjadikan aku anti hadis dan pro syiah?

6. Kita membaca ada sesuatu sebab. Mungkin nak cari perbezaan, mungkin nak cari persamaan, mungkin nak selidik apa yang ingin penulis nyatakan dan mungkin juga sebab nak membidas point penulis.. tak siapa tahu..

7. Aku tak nafikan buku tersebut boleh mempengaruhi sesiapa yang membaca.. ada risiko seperti itu.

8. Tapi dalam waktu yang sama JAIS patut lebih peka.. buku tu jualan nya terhad bahkan telah pun diharam selepas dilancarkan sehari di malaysia, pemiliknya sedikit, bahkan banyak yang beli rata2 nak kaji pemikiran wanita tersebut, bukan sokong dia pun..

9. Walaupun aku bersetuju dengan pengharaman buku tersebut tetapi aku tak bersetuju dengan pemikiran JAIS yang menahan individu yang memiliki buku tersebut.

10. Ini kerana buku tersebut baru wujud di malaysia dengan jumlah yang terhad dan tiada bukti ia telah memesongkan sesiapa walaupun tak dinafikan pendirian penulis sangat songsang..

11. Berbanding majalah hiburan seperti mangga even utusan, melodi dan concert jom heboh lebih teruk berbanding buku tersebut.. mereka telah bertahun2 menghasut umat islam malaysia dan mendorong kepada aktiviti yang tidak baik.. kenapa JAIS taknak tahan mereka2 yang terang2 TELAH TERBUKTI buat benda tak betul?

12. Kenapa tahan seorang pembaca buku yang tiada bukti dia terseleweng or menyelewengkan islam?

13. Kenapa hanya haramkan buku irshad manji tetapi tidak mangga sedangkan mangga wujud dulu?

14. Apa fatwa jais mengenai mangga?

15. Apa usaha jais dalam menghalang penerbitan mangga?

16. Kenapa KDN dan JAIS bersikap pilih kasih dan benak?

17. Antara jatuh motor dengan di langgar lori mana satu ko prefer?

18. Mangga = mudharat besar.. yang bapak besar macam neh ko boleh buat2 tak nampak tapi ko sibuk kan benda yang belum tentu mudaratnya?

Sebab neh aku cakap aku susah nak respect jabatan agama.. korang tengok apa yang korang buat.. btw dalam hp nokia aku ada bible mini tahan la aku sekali sebab aku da jadi pembaca petikan bible..

Kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...