Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label amenoworld. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amenoworld. Papar semua catatan

Khamis, 29 Disember 2016

Makluman : Amenoworld Bertukar Domain Kerana Diblock SKMM.

Inila yang aku marah sangat neh. Sikit-sikit guna stail ugutan. Sikit-sikit guna stail samseng. Punyala bersepah blog-blog bangang update benda-benda bangang yang mengandungi fitnah dan tak masuk akal, blog aku gak jadi sasaran sekali lagi diblock SKMM.


Ini adalah kali kedua dan aku dah biasa. Sebab selain dari menggunakan SKMM, dorang pun ada guna teknik lain. So kalau campur dengan teknik A teknik B dan teknik C dah berpuluh2 kali gakla aku jatuh bangun. Dajei betul. Kerja ini je nak kena mengadap ulang-ulang.

Blog aku kini bertukar domain dan aku nak memaklumkan pada semua. www.amenoworld.net akan menjadi www.amenoworld.org mulai hari ini.

Aku tak pasti apa sebabnya SKMM memblock blog aku. Dan aku tak pasti juga sejak bila mereka mengenakan tindakan ke atas aku. Dah 4 hari aku tak update blog. Benda neh perasan semalam sebab ada orang inform.

Kali terakhir aku update ialah tentang dua wanita ini ditahan polis kerana kritik sultan Johor, kenapa?

Aku taknak lebih-lebih sebab aku pernah kena warning. Dan aku juga taknak tuduh-tuduh sebab takde bukti.

Sebelum ini aku pun ada update tentang content yang aku petik dari Sarawak Report yang menulis tentang pengaliran wang 10 juta pada hari Anwar dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes liwat II.

So dalam pemikiran aku. Dua post ini mungkin antara yang berisiko yang menyebabkan aku kena block.

Tak kisah la block sebab apa pun atas faktor apa pun aku tak sokong tindakan ini dikenakan ke atas aku dan mana-mana pihak kerana negara ini demokrasi dan kita patut meraikan kepelbagaian pendapat dalam masyarakat.

Inilah konsep demokrasi.

Contohnya jika aku ada tersalah fakta, nyatakan dan aku akan betulkan.

Jika aku berhujah dan ko tak boleh terima point aku dan kau berhujah la dengan menyatakan point-point kau.

Tak payah la sampai sekat, tutup dan halang suara orang. Bukannya aku dapat buat lebih-lebih pun melainkan bersuara semata-mata. Nak lawan pangkat dah tentu kelaut. Nak lawan kuasa lagi la macam haram. Nak lawan kekuatan mimpi aje. So apa yang tinggal hanyalah lawan suara. Janganlah itupun kita menggunakan gelangang yang senget dan berat sebelah. Malu sikitla. Aku bukannya sama kekuatan dengan korang dari segi size dan jantina. Bila korang block aku neh korang bayangkan aku neh dapat bagi impak something-something kot. Hehe.

Apa pun kepada SKMM, jangan block aku lagi sebab aku dah penat tukar domain dan penat nak menaikkan ranking blog. Kau ingat kerja SEO neh kerja senang ke? Susah kau tahu tak. Dajei betul korang neh kan. Nakharom.

Sabtu, 1 September 2012

Kecik ahti AmenoWorld, bloggers UMNO yang buat.

Hish.

Sedih aku.

Aku bersemangat malam tadi. Semangat nak tolong cipta rekod untuk Malaysia. Semangat gila nak merealisasikan impian Najib Razak dan Rais Yatim tapi bloggers umno berpakat hentam kebaikan ahti aku di twitter pula.

Kecik ahti aku tak pasal2. Apa pun tak boleh larh dorang neh. Orang nak tolong pun kena keji. Punca dorang marah sebab aku cuba nak meramaikan askar upahan. Benda neh aku fikir mudah jek. 

1. Najib ada kek besar.

2. Najib nak agih2kan kek tue kepada orang ramai.

3. Aku dapat tahu.

4. So aku cuba la sedaya upaya sebarkan perkara tersebut.

5. Bloggers umno tak suka. Padahal sharing is caring ma. Silap. Sharing is money-ing ma.

Semakin banyak yang tahu + menyertai semakin kurang lah upah dorang. Itulah pemikiran dorang. Padahal mana ada. Suka sangat buruk sangka betul lah bloggers umno neh. Haizhh..

Upah untuk askar upahan limited jek beb. Tak terjejas pun upah wajib korang.

RM100 paling tinggi + makan minum + T-shirt + pengangkutan [tak tersedia untuk semua penyertaan] + muncul dalam tv [glamer sekejap] +  sijil penyertaan + kehiburanan [atau keboringan].

Lihat kat bawah neh ;


Nampak? JASA mengupah orang untuk cipta rekod. Salah ke? Aku tak cakap salah pun. Aku tak cakap apa2 kat twitter pasal salah or betul pun. Aku cuma cakap ada upah. Aku pun nak tweet. Nak upah. Tapi aku tatau nak claim kat mana. Terlepas dah upah aku. Tak pasal2. Rugi.

kah kah kah

Lepas tue dorang marah aku lagi. Dorang marah sebab aku cakap tak seme yang datang ramai2 tue atas kerelaan or nak menyokong apa bagai. Ada yang kena paksa. Ada yang disuruh. Dan ada juga yang disponsor. Ada yang didorong. 

Bahkan ada juga yang dipujuk pergi dengan menawarkan pelbagai imbuhan. Tak dinafikan juga ada yang datang sebab nak menyokong. Peratusan kecik jek tue. Bukan ayat dengki oke. Aku cakap pasal fakta. Aku neh kan jujur orangnya.

kah kah kah

Tak kesah lah apa pun sebabnya yang penting setiap yang datang ada sebab2 tersendiri. Bukan sebab nak sokong JANJI DITEPATI tu. Bahkan pelajar2 juga di undang bagi menampakkan program tue ramai.

Nanti boleh larh cakap 150k hadir sokong janji ditepati najib razak.

BN masih kekal kuat di Malaysia.

Najib terus utuh.

Blabalablabla..

Nak tipu2 bercakap tanpa gambar pun boleh. Tapi orang mesti mao gambar.

Tak nak caya lagi cakap aku? Hadoii.. kecik ahti aku tahu tak.


So caranya begini lah. Suruh pergi pada yang mampu menyuruh. Paksa pergi pada yang mampu memaksa. Mendorong orang pergi pada yang mampu mendorong. Takde hal bagi aku. Takde hal. Orang nak kempen, kita tengok sudah larh.

Rezeki jangan ditolak orang kata. Musuh jangan dicari. Faham tak blogger umno? Hadiah bien bagi mesti mao. Undi lue fikirkan sendiri.

kah kah kah

Selasa, 21 Jun 2011

Pendedahan lanjut : kenapa aku kena saman.

Sebenarnya memang ramai nak tahu kenapa aku kena saman.. tapi lagi ramai yang nak tahu betul ke tak betul aku gay.. Auw.. 

kah kah kah

Yang sebetulnya aku rasa sedih nak share berita neh ngan korang. Almaklumlah hari neh hari aku. Esok lusa kang betul2 hari aku kang naya. Heh.

Tapi aku harap hari aku itu tidak akan berlaku sebagaimana berlaku nya hari aku kepada aku pada hari neh. 

kah kah kah

Ya, ya aku tahu korang dah confuse. Tapi jangan bimbang aku akan tambahkan confuse lagi. Ini baru confuse berskala kecik beb. Aku cadang nak up lagi bahang confuse neh besar-besaran. Heh

Untuk itu korang tengok dulu keratan printscreen kat bawah neh ;



Puasnya ahti dorang kutuk2 aku. Takpe aku rela nyah. Auwww.. 

kah kah kah

Tapi betul ke aku kena saman? Hehehhe.. tunggu lah pendedahan penuh akan datang. Sekarang neh aku bagitau dulu satu pepatah biasa yang aku pakai ;

Kalau amenoworld tak kenakan apc, tak amenoworld nama nya.

kah kah kah

klue no 1 : apc selalu paste link blog tue dalam wall dorang.
Ameno : ketawa je beb..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...