Rabu, 26 April 2017

Jentera Kami Kerja Percuma Yang Mengharapkan Pahala, Turun Rumah Ke Rumah Bukannya Guna Telefon Kata PAS Bidas Kajian Invoke.

Pas sama sekali tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh NGO, Invoke Malaysia, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. 

Logo Parti PAS
Menurutnya, daripada mempercayai kajian yang dibuat oleh badan luar itu , adalah lebih baik Pas mempercayai kajian dalaman yang dilakukan parti itu, lapor Sinar Harian.

“Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) seorang yang tidak boleh dipercayai, sudah banyak penipuan yang di buat. Begitu juga, Invoke Malaysia, bukan pusat kajian yang boleh dipercayai.

“Pas pun ada kajian sendiri, kita ada tiga pusat kajian. Tapi, kita buat untuk maklumat dalaman, bukan untuk hebahan umum,” ujarnya, memetik laporan portal itu.

Mohd Khairuddin berkata, kajian dilakukan Pas adalah strategi parti bagi memastikan parti Islam itu menang pada setiap kerusi yang ditandingi. 

“Oleh sebab itu, kita tak hebah kajian kerana kita buat strategi berdasarkan kajian itu. Malah, kajian jentera Pas lebih telus, mereka turun padang pergi rumah ke rumah.

“Kita ada jentera tidak bergaji, yang hanya mengharapkan pahala dan kajian kita paling lengkap hingga ke akar umbi, berbanding kaji selidik guna telefon. 

“Kita yakin Pas boleh menang meskipun Amanah akan bertanding menyebabkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang. Insya-ALLAH Pas masih boleh menang kerusi yang banyak,” katanya.  

Mengulas lanjut, beliau berkata, keyakinan Pas juga didorong sokongan rakyat setelah Pas tidak lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. 

“Rakyat sudah bersama Pas, orang Islam terutamanya bersama dengan Pas,” katanya lagi seperti dalam laporan itu.

Kes Seleweng 150 Juta, Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Ahli Politik UMNO.

Waran tangkap seorang ahli politik Umno dikeluarkan susulan tidak hadir mahkamah semalam berkaitan kes penyelewengan RM150 juta. 
Gambar Oleh Google
Ahli politik berusia 56 tahun itu dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas tuduhan pengubahan wang haram, lapor portal The Malay Mail Online hari ini.
Laporan itu menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merancang mendakwa sekurang-kurangnya 10 pertuduhan terhadap ahli politik itu. 
Dalam siasatan terhadapnya, wang tunai, kenderaan dan aset berjumlah RM150 juta dirampas sewaktu ditahan reman pada November lalu. 
Rampasan itu termasuklah wang tunai RM41 juta, akaun bank RM12.6 juta, 56 geran tanah di Sabah dan sembilan kenderaan.
Laporan itu juga menyebut ahli politik itu ada kaitan dengan pemimpin atasan negeri Melaka; dan akan turut didakwa berkaitan kes pecah amanah.

Penjelasan : Di Penang Yang Naik Surcaj Bukannya Tariff Air.

Sejak semalam tular di laman sosial kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan tariff air dan pelbagai sindiran ditujukan kepada parti Pakatan Harapan terutamanya terhadap DAP. 


Jadual Tariff Air
Malahan ada poster yang dibuat bertujuan untuk mengecam tindakan kerajaan negeri menaikkan tariff air dikala rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Tak kurang juga ada yang menyindir kerajaan negeri beri alasan dangkal bagi mewajarkan kenaikan tariff air di Penang. Kononnya nak elak pembaziran tapi sibuk naikkan tariff air, logik ke kata pengkritik.

Tetapi betulkah tariff air naik di Pulau Pinang?

Sebenarnya tidak. Apa yang berlaku di Penang ialah kerajaan negeri mengenakan surcaj jika berlakunya pembaziran.

Surcaj = kadar tambahan yang mesti dibayar oleh pengguna sebagai penalti, denda atau bayaran tambahan apabila menggunakan air lebih dari had yang ditetapkan.

Tariff = kadar yang ditetapkan bagi setiap liter penggunaan air oleh isi rumah.

Maksudnya apa?

Kerajaan negeri menaikkan surcaj yang bermaksud setiap isi rumah yang menggunakan air lebih dari 35,000 liter sebulan, perlu membayar denda dengan harga yang lebih mahal berbanding kadar telah yang ditetapkan sebelum ini.

35,000 liter persamaannya ialah 35,000 botol air mineral yang berisipadu 1 liter itu. Bayangkan, banyak ke tak banyak bagi penggunaan isi rumah? Banyak kan.


Ringkasnya apa?

Isi rumah atau pengguna biasa sama sekali tidak akan terjejas, terkesan atau ter-impak 😆😆😆 dengan kenaikan surcaj air ini. Melainkan untuk kegunaan industri. Bagaimanapun kami dimaklumkan kenaikan surcaj ini tidak melibatkan untuk kegunaan industri.

Oleh itu sebarang tuduhan atau kritikan kononnya kenaikan surcaj air akan membebankan pengguna adalah tidak tepat. Tambahan pula, membandingkan kenaikan surcaj dengan tariff juga 'tidak betul' kerana dua perkara ini tidak mempunyai maksud yang sama. Harap penjelasan ini dapat membetulkan salah faham yang tersebar. Terima kasih.

Adam Memang Bekas Ahli PAS Tetapi Dia Tinggalkan Parti Selepas Kalah - PAS.

Pas Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan Ketua Pemuda AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes memiliki kemewahan luar biasa merupakan bekas ahli parti Islam itu, lapor Sinar Harian.

Adam Rosly
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad  berkata, Adam mula menukar haluan politiknya selepas tewas dalam merebut jawatan ketua pemuda Pas kawasan Ampang.

"Dulu Adam memang ahli Pas Ampang. Tetapi dia tewas dalam pemilihan ketua pemuda dan terus keluar Pas masuk PKR," katanya.

Iskandar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa  bahawa Adam merupakan bekas ahli Pas.

Pada semalam beberapa portal media melaporkan, Rafizi dipetik sebagai berkata,  Adam terlebih dahulu menyertai Pas sebelum menyertai PKR pada 2010.

Rafizi berkata demikian sebagai menjawab kritikan segelintir pihak yang mengaitkan PKR dengan salah laku Adam.

Rafizi bagaimanapun berkata, PKR tidak boleh memandang mudah dengan kesalahan yang dilakukan Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan akan dijadikan modal politik oleh pihak musuh termasuk Umno dan Pas.
Semalam, Rafizi sekali lagi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

Selasa, 25 April 2017

Kerana Kaitkan Adam Rosly Dengan PAS, Netizens Kutuk Rafizi Kaw-Kaw.

Netizens pada hari ini menyelar sikap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana mengaitkan Ketua Pemuda PKR Ampang, Adam Rosly dengan PAS. 


Gambar Oleh Roslan Alan - Penyokong PAS
Adam Rosly baru-baru ini didakwa oleh SPRM dalam 6 pertuduhan disebabkan memberi keterangan dan bukti palsu berkaitan sumber pendapatannya. Adam disiasat dalam isu pembelian banglo mewah berharga rm1.2juta selepas Jamal Yunus, Ketua Gerakan Merah membuat pendedahan tentangnya pada tahun lepas.

Baca : Kronologi Kes Adam

Baca : Kononnya Bukan Pegawai Kerajaan Tetapi Adam..
Siang tadi bercakap kepada pihak media, Rafizi menggesa agar tindakan diambil terhadap Adam Rosly supaya tidak dijadikan modal politik UMNO dan PAS.  
Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes membabitkan banglo mewah merupakan bekas ahli PAS, kata Rafizi Ramli, menjawab kritikan yang mengaitkan PKR dengan dakwaan ke atas Adam, lapor portal Free Malaysia Today.
“Dia masuk PKR pada 2010, sebelum itu dia anggota PAS,” katanya.
Rafizi berkata PKR tidak boleh memandang mudah dengan dakwaan ke atas Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan boleh dijadikan modal politik oleh Umno dan PAS.
“Kalau tidak ditangani dengan baik, dia akan ada kesan kepada parti. Kalau tidak ambil tindakan, orang akan kata kesalahan orang lain kami bising tapi bila kena pada parti sendiri kami diam.
“Jadi tindakan perlu diambil, kalau tidak ia akan diambil kesempatan musuh politik Pakatan Harapan baik dari Umno atau PAS”, katanya lagi dalam laporan itu. 
Berang dengan tindakan Rafizi yang mengaitkan PAS, penyokong parti itu mengkritik sikap Rafizi yang suka menembak sebarangan.
"Hang neh sarkas la Rafizi, Adam Rosly neh dulu kan Presiden PAS", sindir Ujang.
"Sekarang neh target Rafizi adalah PAS. Semua keburukan hala ke PAS. Teruskan Rafizi jika ada data fitnah nak disampaikan", kata Adnan Ripin.
"Bermakna kalau nak jadi kaya masuk PKR. Rafizi pun didakwa ambil 20 juta. Apa nak hairan. Sesiapa nak kaya berpakatlah masuk PKR", perli Meor pula.
"Yang buruk semua kau tala ke PAS ye Rafizi", tulis Pak Yong.
Bagaimanapun kritikan tajam dan pedas Benz Ali, seorang penulis Indie paling mendapat perhatian netizens.

"Anwar tu pun bekas ahli UMNO. Apa punya desperate lah hujah Rafizi", katanya. 

"Jawapan Rafizi selalunya macam bastard. Orang parti dia buat salah, jawapannya adalah jarakkan diri. Orang parti dia buat salah, Adam Rosly ahli PAS. 

Apa benda lah kau ni. Ini orang parti kau, apa kena mengena dengan PAS pulak? Biar nak hentam orang, ada bukti. Bukan tak habis-habis buat persepsi. Rafizi punya stail, selalu bina persepsi dulu. Bukti tak jumpa lagi. Geram pulak tengok berita #politaik hari ini. 

Firasat aku, kes Adam Rosly bukan kecik anak sampai Rafizi kena buat kenyataan macam ni. Dah kena tahan, semua masing2 kata tak kenal lah", tulisnya lagi dalam mengkritik tindakan Rafizi yang mengaitkan PAS dalam siri serangan ke atas Adam Rosly.

Tiada Jawatan Tetapi Adam Turun Padang Tinjau Lokasi Bersama Pengarah Hutan? (Part Akhir)

Bahagian akhir

Guna nama nenek 

Dalam dua kenyataan Adam kepada SPRM mengenai sumber kewangan beliau bagi membeli banglo bernilai 1.2 juta, Adam telah menggunakan nama neneknya.

Pada 10 Februari, Adam mengatakan neneknya telah memberinya pinjam sebanyak 100 ribu namun pada 22 Februari Adam mengatakan neneknya beri pinjam 80,000 dengan tempoh pembayaran balik selama 3 tahun. Butiran perjanjian turut diserahkan kepada SPRM bagi menyokong kenyataannya itu namun ianya disahkan palsu oleh SPRM.

Netizens turut menyuarakan pandangan tersendiri dalam hal itu. Menurut mereka, Adam tergamak menjual nama nenek yang telah tiada. Neneknya yang tinggal di rumah PPR membelanya sejak kecil dan menjaganya dengan baik dipergunakan Adam bagi melepaskan tengkuknya yang tersepit. Inikah cucu yang dibanggakan nenek, kritik netizens lagi. 

Tiada jawatan tetapi turun padang?

Menurut informasi yang dikongsikan oleh Muhammad Harris Nasril, beliau mempersoalkan kenapa Adam Rosly yang kononnya tiada jawatan rasmi dalam kerajaan negeri terlibat dengan urusan kerajaan negeri? Baca penulisan beliau dibawah ini.

Oleh : Muhammad Harris Nasril

Apabila Adam Rosly, ketua AMK PKR Ampang ditahan reman pertama kali pada 14 April 2017 oleh SPRM berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki beliau, Zuraida, ahli parlimen PKR Ampang, merangkap ketua Cabang PKR Ampang antara pimpinan PKR yang mempertahankan anak buahnya itu. 

SPRM turut menyita rumah agam ala Disneyland Adam, lima kenderaan mewah milik Adam, dan pada masa sama turut membekukan sebanyak lapan akaun bank bernilai RM212,461 milik beliau dan isterinya. 

"Saya tidak pasti kenapa SPRM terus menahan beliau. Jika beliau ditahan kerana kekayaan luar biasanya, adakah itu (menjadi kaya) bermakna ia satu kesalahan?" "Ini bermaksud SPRM ada asas untuk menahan politikus yang memiliki kekayaan luar biasa", ujar Zuraida. 

Sebaik sahaja tempoh tahanan reman 5 hari Adam tamat, SPRM melanjutkan lagi penahanannya selama 4 hari pada 18 April 2017 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). 


Ketika ini Zuraida mula menjarakkan dirinya dan menteri besar Selangor, Azmin Ali daripada dikaitkan dengan Adam. 

Dia bukan pegawai khas saya dan juga tidak pernah dilantik menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” demikian penafian Ahli Parlimen Ampang itu. 

Cakap-cakap kedai kopi dan facebook banyak berkisar kepada perniagaan judi dan urut haram yang bersepah di sekitar Ampang untuk mengaitkannya dengan isu ini. Walaubagaimanapun, perniagaan itu cuma ibarat 'celah gigi', yang biasa didakwa disuapkan kepada pegawai PBT yang korup. 

Apa yang menjadi persoalan, di Instagram Adam Rosly, beliau ada memuat naik satu gambar yang amat menarik untuk diselidiki pada 6 Jun 2015. "Hari ini.. bersama Dato' Pengarah Hutan Negeri Selangor & Dato Pejabat Daerah Meninjau Kawasan Hutan Negeri" merupakan caption yang diletakkan Adam beserta gambar tersebut. 


Apakah jawatan Adam di dalam kerajaan negeri sehinggakan beliau turun padang dengan dua orang pegawai kerajaan negeri yang berjawatan sebegitu tinggi? Bukankah Adam cuma ketua AMK dan pengerusi JMB pangsapuri? 

Bukankah dua jawatan tinggi, DAto Pengarah Hutan dan Dato Pejabat Daerah berada di bawah exco yang menjaga PEMBANGUNAN TANAH & PENGURUSAN SUMBER ALAM yang dipegang oleh dato menteri besar, Azmin Ali? 

Sekarang nampak kenapa Zuraida menjarakkan beliau dan Azmin dengan Adam Rosly? Di sini lah mungkin wang besarnya bro! Mahu putar lagi tak?

Azmin ditroll netizens

Dalam respon Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, ketika ditanyakan media, beliau berkata begini;

"Siasatan sedang dijalankan. Itu proses biasa. Jangan kita menghukum seseorang semata-mata siasatan sedang berjalan", katanya ketika diminta mengulas penahanan Adam Rosly.

Kenyataan itu yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 17 April lalu turut mengundang respon netizens. 

Troll Oleh Penyokong UMNO
Ada yang bertanyakan jika Pakatan Harapan akan mengambil pendekatan yang serupa apabila membabitkan pemimpin parti lawan. Malahan ada yang turut mengungkit isu Kajang-Move, insiden yang menghukum Khalid Ibrahim yang seterusnya membuatkan beliau tersingkir sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun selepas Adam didakwa, Azmin sekali lagi ditanyakan oleh media mengenai Adam. Malaysia Gazette ada melaporkan; 

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nyata enggan membuka mulut berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah. 

Azmin dalam satu acara bersifat menjarakkan diri daripada mengulas berhubung tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan oleh SPRM. 

Biarlah proses perundangan berjalan,” ujarnya ringkas, kata laporan itu.

Rafizi desak Adam bercuti, tetapi netizens mahu letak jawatan

Rafizi pada semalam telah mengeluarkan kenyataan media bahawanya Adam disarankan untuk bercuti sehingga selesai proses perbicaraannya di mahkamah.

Bagaimanapun cadangan itu tidak mendiamkan mulut pengkritik dikalangan penyokong Pakatan Harapan. Mereka mendesak agar Adam dipecat dari parti atau diminta untuk meletak jawatan kerana didakwa oleh SPRM. 

Meskipun belum didapati bersalah, rata-rata netizens beranggapan Adam Rosly sememangnya bersalah secara persepsi dan terlibat dalam amalan salahlaku sehingga mampu membeli banglo di usia muda.

Ada juga yang bimbang jika Rafizi akan dicantas oleh Azmin andai beliau berterusan mengkritik Adam. 

Boikot Ampang

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata penyokong Pakatan Harapan akan memboikot dari mengundi Zuraidah jika beliau sekali lagi bertanding di kawasan yang sama.

Apa yang terpalit ke atas Adam, turut mencemarkan reputasi Zuraidah. Ada yang menganggap bahawanya Adam hanyalah anak ikan kerana jerung sebenar adalah pemimpin yang lebih berkuasa di dalam PKR.   

Berani cakap, kena buat - apabila pemimpin Pakatan Harapan berapi menyuarakan pendapat bahawanya mereka melawan rasuah; makanya rakyat beranggapan mereka anti rasuah dan anti amalan salah-laku. Jika gagal perangi amalan yang serupa di dalam organisasi sendiri, kantoi pula sehingga diperlihatkan mempertahankan individu tertentu apabila dikaitkan dengan tuduhan yang serupa, ia hanyalah mencalarkan reputasi parti dan kehilangan rasa percaya para penyokong. Tokoh lebih penting atau perjuangan parti lebih utama? Terserah pada ahli dan para pemimpin untuk menentukan halatuju mereka. Rosak ahli, maka rosak partinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...