META - Troll Farm Malaysia. - Ameno World
Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 Ogos 2022

META - Troll Farm Malaysia.

LAPORAN | META : Quarterly Adversarial Threat Report 2022 menyatakan ;

1. Malaysia dikaitkan dengan halaman troll yang mempromosikan kerajaan dan mengkritik pembangkang. Laporan itu mendakwa rangkaian sosial media tersebut berasal dari Malaysia dan menjadikan audiens domestik di dalam negara sebagai sasaran.

2. Laporan itu mendedahkan akaun-akaun tersebut dipercayai telah dipadam kerana melanggar polisi koordinasi perlakuan tidak sahih (Coordinated Inauthentic Behaviour - CIB) , yang dipercayai sebahagiannya ada mempunyai kaitan dengan PDRM. 

3.  META mendefinasikan CIB : Ketidakpatuhan kepada polisi platform adalah dengan menggunakan akaun palsu dengan niat untuk memanipulasi masyarakat awam dengan tujuan tertentu.

4. Istilah ‘troll farm’ merujuk kepada laman sosial yang diwujudkan untuk menjejaskan dan memanipulasi wacana awam menerusi akaun-akaun palsu.

"Individu-indivu di sebalik jaringan itu mengendalikan ‘troll farm’, iaitu usaha terkoordinasi oleh pengendali untuk merosak atau memanipulasi wacana awam dengan menggunakan akaun-akaun palsu, untuk mengelirukan orang ramai tentang siapa di belakang mereka,” menurut laporan itu. 
5. Ada sebahagiannya yang kami kesan dan telah dipintas sistem automatik kami. Kami mengenal pasti jaringan itu selepas menilai maklumat tentang sebahagian kecil aktiviti berkenaan disyaki berasal dari China, oleh penyelidik di Universiti Clemson, tulis laporan lagi.
6. Terdapat juga yang menggunakan gambar profil yang dicuri. 
"Walaupun pihak yang berselindung itu cuba menyembunyikan identiti dan koordinasi, siasatan kami menemui kaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata laporan tersebut.
7. Laporan itu juga menambah, sebanyak RM26,739 telah dibelanjakan untuk tujuan pengiklanan.
8. Tambahnya, individu-individu itu aktif di platform media sosial, termasuk Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram, dan menghantar meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong gabungan kerajaan semasa, selain menyebarkan dakwaan rasuah terhadap pengkritik.
"Di Facebook, jaringan ini mengendalikan Pages, termasuk yang menunjukkan diri sebagai entiti berita bebas, dan menyebelahi polis sambil mengkritik pihak pembangkang. Secara amnya, hantaran-hantaran itu meningkat pada hari kerja, dan pada waktu rehat tengah hari," kata laporan itu.

9.  596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram dikaitkan dengan troll farm Malaysia. Beberapa 'Pages' itu turut diikuti oleh 427,000 akaun. Bagaimanapun kesemua akaun media sosial itu telah dipadam dari Facebook dan Instagram. 

10. Negara lain yang turut dikaitkan dengan troll farm ialah Israel dan Rusia.

11. Sementara itu portal Free Malaysia Today melaporkan PDRM menafikan dakwaan META.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya. "Polis memandang serius laporan Syarikat Meta Platforms Incorporated mengenai dakwaan akaun palsu,” katanya dalam kenyataan.

ULASAN

- Pendedahan META ialah perkara serius.

- Akaun yang dipadamkan boleh ada akaun ganti. Ia tak semestinya berhenti. Boleh jadi mereka jadi lebih baik menyamar sebagai fake akaun.

- Perbelanjaan sebanyak RM26k untuk pengiklanan ialah sebahagian sahaja. Boleh jadi mereka ada perbelanjaan lain.

- Oleh kerana ditekankan penggunaan meme dalam Bahasa Melayu, sudah tentu sasarannya kaum melayu. 

- 500 ++ jika 20 akaun fake komen merapu dan copy paste content mengarut pun dah boleh manipulate minda orang awam yang bukannya sepanjang masa habiskan masa di sosial media. Apatah lagi daya nak menyemak dan menyaring maklumat.

-  Juga boleh difahami terdapat usaha nak mengelirukan pandangan orang awam terhadap sesuatu perkara.

- Biasanya perkara ini berlaku kerana cubaan nak pertahankan kuasa, kedudukan, pangkat dan sewaktu dengannya.

- Apabila gagal menyakinkan rakyat, maka kelirukan mereka. Ini adalah SENI MANIPULASI yang sering digunakan dalam peperangan dan politik. / 6 Ogos 2022.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...