REVIEW RUU GEG 2022 - Ameno World
Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 Ogos 2022

REVIEW RUU GEG 2022

ANALISA | Rang undang-undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) : Individu lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM500 jika disabit kesalahan. Selain denda dalam bentuk wang, RUU ini akan menambah khidmat komuniti sebagai pilihan denda.

RUU ini juga menggariskan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.

--------

Dalam bahasa mudahnya, remaja yang lahir pada tahun 2007 dan selepas itu tidak dibenarkan merokok menggunakan bahan rokok ataupun vape dan segala bentuk pod. Ini adalah suatu RUU yang berperanan untuk mengurangkan bilangan perokok yang semakin membarah dalam masyarakat. Bilangan perokok ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan diri sendiri malah orang sekeliling mereka. Setuju jangan tangguh, kasi jalan terus tetapi kita bincang supaya RUU ini tiada unsur-unsur salahguna kuasa.

Budak-budak sekolah pun terjebak dengan vape. Ini adalah masalah yang membarah di sekolah. Cikgu-cikgu pun pening layan perkara ini.  Ini juga adalah salah satu punca kenapa ada usaha push kepada RUU GEG. Generasi End Game.

1. Dari segi tujuan dan motif, ia adalah RUU yang bagus dan patut disokong.

2. Cuma RUU ini perlu ditambahbaik bagi mengelak dari salahguna kuasa.

3. Dari denda had maksima RM5,000 ia dah diturunkan kepada RM500. 

4. Tetapi KJ kata biasa pesalah muda didenda RM50. Tak pernah lebih dari itu.

5. Sepatutnya GEG kena merekod pesalah. Dalam sistem. Perlu ada database yang boleh diakses oleh semua kakitangan penguatkuasaan dengan mudah dan pintar.

6. Flow denda sepatutnya seperti berikut;

i) Minta no IC.

ii) Semak dalam sistem.

iii) Jika tiada rekod pernah dikenakan amaran, maka beri amaran.

iv) Jika ada rekod pernah dikenakan amaran, maka kenakan kompaun.

v) Jika pernah kena amaran dan kompaun, maka kenakan hukuman khidmat masyarakat. Khidmat masyarakat pula bukannya suruh pergi cuci longkang bagai. Dia kena dibawa berjumpa pesakit-pesakit kronik angkara rokok, dadah dan arak. Biar mereka buka mata. Jaga pesakit-pesakit macam tu kat hospital. Baru dorang sedar diri.

6. Kenyataan KJ :

Dalam pada itu, Khairy berkata, terdapat pihak yang menganggap peruntukan kuasa terhadap pegawai untuk melakukan serbuan di premis, memeriksa telefon dan sebagainya, adalah intimidasi, dan terbuka untuk penyalahgunaan kuasa.
Namun, tegasnya lagi, peruntukan itu tidak mensasarkan golongan GEG, sebaliknya ia diperlukan bagi melawan pasaran gelap berkaitan produk tembakau, termasuk peranti merokok yang tidak sah.
“Untuk memeriksa telefon dan sebagainya, ia bukan untuk kesalahan GEG, ia untuk kesalahan yang ada kaitan dengan larangan produk tembakau, pendaftaran produk tembakau, ini lebih kepada mereka yang tidak berdaftar, yang tidak mengikut undang undang sebagai pengilang, pengimport, dan pengedar.
“Anda bercakap tentang pasaran gelap, jadi mesti ada kuasa tersebut. Kalau tak ada kuasa untuk kita mengambil sample, untuk kita buat penyiasatan, masuk premis, dan sebagainya, bagaimana untuk kita lawan pasaran gelap ini?,” soalnya kembali.

7.  Baguslah kalau tujuan nak menyerbu premis dan memeriksa telefon adalah nak memerangi penjualan rokok pasaran gelap TETAPI apakah cara yang akan digunakan untuk memastikan serbuan dilakukan memang atas tujuan tersebut? Yang ini perlu ada garis panduan. Kita taknak nanti ada penguatkuasa yang serbu rumah orang dan rampas telefon budak-budak atas alasan nak perangi penjualan rokok haram. Tindakan ini sangat terbuka kepada salahguna kuasa. Sebab itu sebelum pergi kepada tindakan ini harus ada garis panduan. KJ sepatutnya menyakinkan orang awam dengan memastikan setiap serbuan perlu ada rakaman. Kena pakai kamera kat badan masing-masing. Jangan pula nak cilok sana sini untuk buat duit atas angin pasal kamera badan. 

8. Satu lagi KJ kena jawab pasal aplikasi mobil dan penggunaan QR kod untuk mengesan umur pembeli. 

9.  Macam mana nak pastikan setiap penjual memang gunakan QR kod kepada pembeli yang dia rasa bawah umur? Macam mana jika pembeli dewasa yang belikan untuk budak bawah umur? Adakah ia menyelesaikan masalah? QR kod ini tak selesaikan masalah pun.

10. Aplikasi mobil baru juga harus diterangkan secara detail dari segi;

- Kos. 

- Siapa yang bangunkan, tujuan dan keuntungan sasaran.

- Bagaimana perjanjian ini dilaksanakan. Isi kandungan perjanjian perlu disemakimbang menerusi Parlimen dan harus didedahkan kepada umum.

11. Satu lagi KJ dan KKM kena pandai bezakan. Mengkritik GEG 2022 bukan bermakna menghalang usaha untuk endgamekan perokok di Malaysia. Jangan salah faham. Kita sokong usaha KKM untuk mengurangkan populasi perokok di Malaysia. Tetapi kita nak pastikan kaedah yang digunakan betul dan tepat serta tidak berlaku salahguna kuasa. Kita juga nak pastikan matlamat KKM untuk kurangkan kematian akibat merokok dapat dicapai dengan jayanya. Setelah faham perkara ini, maka kritikan yang dilakukan atas tujuan penambahbaikan harus dilihat secara positif untuk kebaikan semua pihak. / 5 Ogos 2022.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...