Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Disember 2012

Mengapa dukung kekasih saya merupakan satu kesalahan?


Kita terus kepada topic perbincangan.  Baru2 ini ada dua isu. Apakah dua isu tersebut?

1. Isu perlakuan tidak sopan di khalayak ramai.

2. Isu salon rambut.

Dan sesungguhnya aku menarik nafas lega apabila PAS sedia bertolak ansur, bertolenrasi dan belajar mendengar pendapat dari seme pihak sebelum melaksanakan undang2 tersebut. Ini perkara yang betul. Dan bagi aku, saman yang telah dikeluarkan, tidak betul.

Kenapa tidak betul menurut pendapat aku? Aku je cakap tak betul oke. Korang punya pendapat mungkin berbeza. Baru2 ini seorang remaja telah disaman sebab mendukung kekasihnya di kawasan terbuka. Saman itu dikeluarkan atas sebab berkelakuan tidak sopan di kawasan terbuka.

Sebelum itu dua pasang kekasih juga telah disaman atas sebab yang sama. Ironinya mereka kata mereka cuma duduk di dalam kereta dan berbual sebab sedang menunggu. Entah betul entah tidak aku tak pasti.

Yang mengejutkan ialah salah seorang dari pasangan kekasih tersebut diminta rasuah sebanyak rm500 untuk selesaikan kes. Pelik. Benda neh dalam siasatan. Bagi aku jika benar pasangan tersebut diminta untuk berikan rasuah, apakah ada kemungkinan penguatkuasa itu sengaja menyaman sebab nak cari duit rasuah?

Tetapi rileks. Ia masih siasatan. Siapa betul dan siapa salah aku tak sure lagi. 

Dan kes terbaru melibatkan remaja berumur 17 tahun. Muda lagi. Menurut lelaki aka remaja yang disaman itu, katanya mereka hanya bergurau senda. Bukan nak buat lebih dari itu di kawasan terbuka. Tetapi ia telah disalahanggap lalu disaman. Jika ia dilakukan oleh seseorang yang menganuti islam demm aku cakap padan muka. 

Tetapi errr saman dikeluarkan ke atas seseorang yang bukan menganuti islam. Adakah perbuatan mendukung seseorang di khalayak ramai merupakan satu perkara tidak sopan? Tidak. Mata aku mengatakan ia tidak jika ia dilakukan oleh bukan muslim dan mereka2 yang ada pertalian tak kira la muslim or non muslim sekalipun. Even laki bini pun, so what? 

Perlakuan itu dianggap sebagai tidak sopan. Baiklah sejauh mana perbuatan tidak sopan ini ditafsirkan ikut pendapat majoriti? Adakah ini berpandukan kepada penglihatan sendiri? Heyy aku tengok dia cuit2 makwe dia tue.. tak sopan tue..nak saman arh.

Jadi, perlunya PAS meletakkan garis panduan atau sekurang2nya informasi bagi memberitahu bahawa perbuatan mendukung kekasih juga tidak sopan. Ada beza antara tidak bersetuju dengan menerima undang2. Walaupun aku tak bersetuju tetapi jika itu peraturan yang wujud di kelantan owh oke kena respect la pula. 

Dalam masa yang sama jika peraturan ini perlu dipinda, ikut la laluan dan proses yang betul. Aku tak duduk di kelantan. Sesiapa yang duduk di kelantan boleh mengusulkan idea tersebut kepada kerajaan negeri. 

Bagi aku untuk melaksanakan apa2 undang2 sekalipun pendapat major dan minor harus diambilkira. Hanya kerana kelantan diduduki 80% penganut islam itu tak semestinya kata2 / pendapat dari bukan muslim merupakan satu perkara yang jelas2nya salah dan tidak betul. Jika mereka tidak bersetuju dengan satu2 polisi, so what? Mereka patut diberikan hak untuk menyatakan pendapat.

Dan mengapa pula muslim yang bersama2 mereka dalam isu tersebut di anggap membelakangkan islam? Mengapa harus melihat sesuatu perkara itu dari sudut muslim? Hanya kerana kita muslim, jika kita melihat sesuatu perkara dari kaca mata bukan muslim dalam sesetengah isu seperti isu ini, kita tak akan menjadi murtad dan terkeluar dari islam oke. 

Manusia itu tak patut takut mengeluarkan sesuatu pendapat. Jauh sekali menjadi pak turut. Hanya kerana ia berlaku di kelantan dan PAS, maka tak mewajibkan sesiapa dari kita untuk mesti sokong.

Memang tak dinafikan MCA dan GERAKAN bermain politik dalam isu neh tetapi MCA dan GERAKAN hanyalah side dish. PAS itu sendiri hidangan utama. Dalam erti kata lain, sejauh mana PAS sanggup give and take dalam mendengar pendapat seme pihak termasuklah golongan minoriti dalam melaksanakan satu2 polisi?

Keadilan itu tiada paksi majoriti dan minoriti. Penganut muslim mahupun bukan muslim. Apabila kita sebut tentang adil ia harus merangkumi seme pihak tak kira bangsa, agama, bahasa, jantina, usia dan sebagainya.

Adil jika pas mahu melaksanakan undang2 bagi mengawal moral muslim dan non muslim. Bagus. Itu tindakan betul. Tetapi biarlah ia dalam perkara2 yang munasabah. Bercium, nak saman? Fine. Ko saman. Gila la nak bercium mulut depan2 beb. Lue desperate nak romen ke apa?

Tetapi dalam perkara2 yang boleh diconsider, perkara2 yang boleh dinasihati, hello kawan you jangan ini macam la. I tengok you peluk dia belakang2.. orang seme tengok rasa semacam.. you jangan peluk lagi. You menimbulkan persepsi tidak bagus.

Jadi ada pertimbangan. Yang bukan muslim mungkin terasa hey apa yang salahnya dengan peluk my love dari belakang? Mungkin ada orang sangka i nak buat something ke? Arhh takpela. Tak peluk pun tak peluk la. I peluk dia lain tempat.

Melainkan dorang sedang berbogel sambil dukung2 belakang tue lain citer. Orang kata tengok situasi dan keadaan tersebut. Give and take la. Jangan keras pada benda yang tak perlu. Pada benda yang perlu, keraskan undang2 oke. 

Sama macam isu salon. First time baca di TMI aku cakap dalam ahti. Takan pas buat undang2 gini? Impossible. Takan non muslim tak boleh potong rambut non muslim yang berlainan jantina? Itu ekstreme. Jika tanya aku, itu ekstreme.

Bukan ISLAM yang aku kata ekstreme oke. Tetapi undang2 dan polisi itu sendiri.

Apa yang PAS buat sudah tentu ada sebab. Jangan la bercakap benda yang ko tatau. Ko baru je menghalang aku daripada meluahkan apa2 benda yang melibatkan PAS. Kenapa nada ko sama sebijik macam orang bien?

Jika polisi AES boleh di tentang, apa sebab polisi menguatkuasakan undang2 salon itu tak boleh pula?

Aurat itu terpakai untuk muslim. Tetapi jika non muslim terheret sekali dalam benda yang hanya tertakluk kepada muslim, apa point dia? Baikla ko suruh dia solat sekali 5 waktu sehari walaupun dia bukan muslim, oke tak?

Tak oke. Jika tak oke, benda yang sama dalam isu salon juga tak oke. Jika non muslim nak potong rambut berlainan jantina muslim, itu tak oke aku boleh faham. Jika non muslim dilarang potong rambut berlainan jantina non muslim yang lain, tah macam mana la aku nak faham. 

Bagi aku undang2 itu harus dinyahkan segera untuk melihat betapa terbukanya PAS dalam mendengar pendapat dari seme pihak. Perlu. Sebab undang2 ini takde ertinya langsung.

Sebab itu bila baca kenyataan terbaru PAS mengenai hal ini, aku sangat2 puji. Ini tindakan yang betul. Tak rugi dengar pendapat dari seme pihak. Mahsuhkan terus undang2 tersebut. Ia tak munasabah untuk diteruskan.

Jika PAS mahsuhkan undang2 tersebut, percayalah PAS akan semakin relevant di kaca mata non muslim. Sebab apa? Sebab akhirnya PAS buka jalan2 untuk diterima oleh bukan muslim. PAS akhirnya terokai jalan itu. Jangan risau la dengan kata2 yang beranggapan hah pas, lue dengar cakap dap nampak. Pas lue jadi talibarut cina nampak.

Dont worry pas. Undang2 tue dari awal lagi tak layak di undang2kan pun. PAS bukan buat benda yang salah. PAS buat benda yang betul. PAS memang bagus kerana akhirnya mendengar pendapat dari seme pihak berkaitan isu tersebut. Apa salahnya disitu?

Memamposkan benda yang salah, bukan merupakan satu kesalahan. PAS jangan risau dengan persepsi yang dimainkan oleh BN. Itu wujud kerana apa? Kerana orang yang bakal hilang kuasa, begitu la cara mereka me-meel-kan diri. Oke bai.   

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...