ATM VS DESATERA SDN BHDAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Pada yang tak tahu, Penulis sebagai pekerja dalam Angkatan Tentera Malaysia. Disini penulis akan menceritakan situasi dan keadaan dalam ATM khususnya mengenai Syarikat Desatera Sdn.Bhd.Sejarah Syarikat Desatera dalam ATM.
Tidak dapat dipastikan berapa lama Syarikat ini telah mengambil alih (Penswastaan) Rumah Masak ATM yang sebelum ini diuruskan oleh Anngota ATM sendiri yang melibatkan bahagian Logistik. Namun Syarikat ini adalah sebenarnya merupakan syarikat usahasama Dewina Food Services Sdn Bhd dan Wira Maju Sdn Bhd. Saham dalam Desatera ini dipegang oleh kedua-dua syarikat tersebut. Dewina (70%) dan Wira Maju (30%).Kenapa Desatera Sdn Bhd?
Ramai tertanya-tanya kenapa Desatera ini mendapat kontrak. Mudah sahaja. Pemilik Desatera ini ialah Kamaluddin Abdullah. Siapa mamat Kamaluddin ni? Dia merupakan anak Perdana Menteri Ke-5 Malaysia. Abdullah Ahmad Badawi. Kamaluddin telah menandatangani perjanjian bagi pihak Desatera semasa penswastaan tersebut. Dia juga mempunyai kepentingan dalam Dewina Food Services Sdn Bhd (Syarikat milik keluarga bekas Perdana Menteri ke-5 Malaysia)Perkara yang perlu anda tahu.
Laporan polis pernah dibuat pada 1 November 2006. Laporan tersebut mengenai dokumen MILITARY COOKHOUSE PRIVATISATION AGREEMENT. Dokumen ini menyatakan pemberian kontrak tersebut kepada Desatera berjumlah ratusan juta yang melibatkan kepentingan Kamaluddin.Desatera Kini.
Pada permulaan kontrak ini berlaku, memang tidak dinafikan makanan dan servis yang diterima oleh Anggota ATM sangat-sangat baik. Namun setelah kontrak Desatera ini mencecah lebih 5 tahun perkhidmatan Desatera ini semakin mengecewakan. Makanan dimasak dengan lebih kurang, layanan atau service oleh pekerja Desatera sangat teruk.Anggota ATM dilayan lebih kurang oleh orang yang sepatutnya (pekerja Desatera) memberi layanan / servis yang baik. Mereka tidak lagi mesra pelanggan. Makanan yang dimasak tidak cukup, persekitaran tempat makan yang tidak memuaskan, menu yang semakin tidak diterima akal contohnya sambal hati ayam untuk dimakan oleh anggota ATM.Weh hati ayam tu hidangan utama. Ada lagi makanan yang lebih teruk, hanya Anggota ATM sahaja yang tahu.Kontrak Desatera tidak pernah diperbaharui (Open Tender) untuk pengusaha lain mencuba. Disini jelas kelihatan penyelewengan oleh Kroni BN. Penswastaan ini telah berkuatkuasa sejak lama dahulu, keuntungan telah diterima oleh Kroni BN tetapi masih banyak tempat (Kem tentera) tidak mendapat kemudahan ini.Sekian lama, Desatera ini mengaut keuntungan, hanya Kem tentera sekitar Lembah Klang sahaja yang mendapat perkhidmatan ini. Negeri lain tidak mendapat servis tersebut, malah pernah ada Anggota yang bertanyakan Panglima ATM yang ke-15 iatu Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin TUDM. Jawapan beliau ketika itu adalah, Penswastaan rumah masak ini masih dalam tempoh percubaan.Buat pengetahuan pembaca, hanya anggota ATM yang bujang sahaja yang makan dirumah masak. Setiap bulan gaji anggota bujang dipotong untuk makanan adalah sebanyak RM 60.45. Damn, dah bertahun korang cekik darah kitaorang tapi jawapan yang diterima adalah masih dalam TEMPOH PERCUBAAN. Kata Najib anggota tentera adalah seramai 125,708 (walaupun lebih sebenarnya).Jika dianggarkan anggota ATM bujang sekitar 70,000 orang perbelanjaan bulanan untuk makanan adalah RM60.45 x 70000 = RM42,315.00 dan setahun adalah RM507,780.00.Itu adalah anggaran 70,000 Anggota ATM yang bujang, sedangkan dalam perkhidmatan ATM anggota bujang adalah yang paling ramai.Disini jelas bahawa, Desatera telah mengaut keuntungan dengan tidak memberikan layanan yang terbaik selain dari masakan yang sangat-sangat tidak memuaskan. Kontrak Desatera tidak pernah ditukar oleh kerana kepentingan anak Dolah. Khabar angin menyatakan SPRM sedia maklum hal ini, tetapi tiada penyiasatan dibuat kerana melibatkan bekas Perdana Menteri ke-5.Ini adalah satu kontrak dari syarikat Desatera. Dan dalam ATM ada banyak lagi syarikat swasta yang memperolehi tender tanpa perlu ditukar kontraknya.Anda sebagai pembayar cukai, termasuk anggota ATM sendiri nilaikan dimana telusnya pentadbiran kerajaan BN sekarang ini. Bayaran dibuat dan servis berada pada tahap dibawah tapak kaki.. Anda nilaikan pada PRU 13 nanti.
Ini hadir dalam inbox aku. Sekarang aku tolong publishkan luahan dia di blog aku. Untuk mengumpul pendapat dan juga menyiarkan luahan dia dalam masa yang sama. Jika korang ada apa2 pendapat berkaitan perkara di atas sila sharekan.
Jika ada mana2 warga ATM merasa apa yang dia rasai, tolong la share pengalaman korang di ruangan komen juga. Taknak bagi nama betul pun takpe. Janji share pengalaman. Nak gak tahu apa sebenarnya masalah yang berlaku di ATM.
Thanks.