Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 14 Disember 2012

Makcik neh menangis, Pakatan Rakyat yang buat. [Video Inside]

Makcik neh menangis. Sedih siot dia. Kesian aku tengok wajah dia yang sayu sebab kena tipu. Dia kata dia kena tipu dengan pakatan rakyat. Pakatan Rakyat telah membuatkan dia menangis depan tv. Pakatan rakyat jahat sebab telah mengecewakan dan menghibakan dia..

Jangan sabar makcik, jangan sabar.

Teruskan marah, menangis dan mengamuk jika perlu oke.

Video yang dimaksudkan ;

 

Saman jika perlu. Jika PR menipu dipersilakan saman. Tapi aku pelik. Kemain lagi berita dok melaporkan ada beribu2 orang yang saman PR la.. apa la.. ada 30k ibu tunggal yang tak puas ahti la apa la tapi balik2 muka di atas juga yang keluar masuk tv cuma pakai baju berbeza2 je. Apahal?

Kalau ikut logik penyokong umno. Mereka kata kalau ada 300,000 ribu orang yang tidak memiliki ic maka 300,000 ribu ini la kena muncul berdemo di JPN. Kalau begitu, 30k ibu tunggal mesti muncul di berita tersebut bagi membuktikan memang ada 30k yang sedang tak puas ahti dengan PR di Selangor. 

Bahkan 2k yang menyaman tue pun harus dibuktikan memang ada 2k. Jangan atas berita je pongpang2 cakap 2k. Tapi kalau kita tengok berita usah kata 2k, nak cecah 50 orang pun HARAM!

Itu ikut logik umno oke. Bukan ikut logik aku. Ingat tue.

Bagi aku kalau PR dah cakap tuntutan itu boleh diperolehi menerusi program2 so ko pergi la ikut program2 dia untuk membolehkan ko mendapatkan perkara tersebut. Apa yang melebih2 sangat sampai nak buat drama swasta? Nak di ikutkan dulu bn tak bagi pun apa jadah seme neh. PR bagi. Lepas tue ko boleh plak bersama2 bn untuk balon pr yang bagi? Tak ke pelik namanya tue?

Tue takpe oke lagi. 

Yang paling lucu ialah ibu2 tunggal neh asyik keluar masuk tv bagi alasan pr tipu dorang. Ada bukti ke pr tipu dorang? Maksud aku bukan bukti manisfesto tu oke. Bukti yang dorang2 tue pernah dan telah memangkah pr. 

Kalau dorang pangkah pr then cakap pr tipu dorang memang logik. Kalau dorang pangkah bn dan cakap pr tipu dorang memang tak logik. Pasal dari awal lagi dorang tak percayakan manisfesto pr sebab tue dorang pangkah bn. Mana wujudnya unsur2 penipuan disitu?

Sorry to say makcik, teruskan menangis. Teruskan menyaman. Dan teruskan buat drama swasta. Mula2 tengok rasa cam nak simpati tapi bila dah terlalu kerap keluar masuk tv dari simpati bertukar menjadi menyampah. Tue la sapa suruh berlebih-lebihan dalam melebarkan sentimen. Kan orang dah bosan.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...