Wow..
Apa agaknya lirik lagu nyanyian misha omar tue ek? Adakah memuji2 mem? Sebenarnya isteri mahathir tue pun tak pernah lagi aku tahu ada lagu. 22 tahun tue. Isteri kepada pm. Usah kata lagu, nak keluar tv pun jarang sekali.
KAH KAH KAH
Apa pun sekarang bukan nak citer pasal lagu. Itu side dish je tue. Yang sebenarnya nak citer pasal rosmah dan buku rosmah. Semalam [10/12] rosmah telah melancarkan satu buku biografi. Buku tue berharga rm150. Buku tue ada menceritakan beberapa perkara mengenai rosmah dan menjawab balik fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ke atas rosmah mansur. Itu menurut pendapat mereka la kan.
Segala apa benda yang dilemparkan kalau bn tak mampu tangkis dengan hujah maka ia dicop fitnah. Segala apa benda bukti yang diberikan kalau bn tak mampu sangkal dengan fakta lalu ia menjadi tohmahan.
Pfttt.
Oke rosmah.
Meh sini aku nak ulas sikit mengenai langkah terbaru mem. Aku nak offer diri aku jadi penasihat mem pun tak boleh. Sebab aku dah offer diri aku jadi penasihat najib. Aku malas nak tukar2. Mem boleh try cari orang lain. Admin malaysiangags pun oke. Dia admire mem melebihi dari aku mengadmire mem, siyes. Tak caya pergi arh buka page dia.
Wakaka.
Mem dan team mem menerbitkan buku tersebut untuk menangkis fitnah dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan terhadap mem selama neh. Buku tue pula dijual oke, dijual. Bukan free.
Selama neh dalam utusan dan seme media arus perdana termasuk la blog bn sendiri dah menjawab bermacam persoalan mengenai mem. Benda tue seme boleh dicapai secara percuma asalkan lue ada internet dan akses kepada siaran tv.
Kita tak perlukan rm150 pun untuk mendengar penafian dan respon mem terhadap satu2 isu. Kita juga tak perlukan rm150 untuk mendengar kisah hidup mem. Direct je ia dipaparkan menerusi berita oke. Bahkan siap ada program khas lagi.
Pfttt.
So apa relevantnya team mem mengeluarkan buku ini kalau bukan semata2 nak menambahkan kutukan ke atas mem? Sesungguhnya team mem sedang bergabung tenaga untuk menjatuhkan mem dari dalam. Mem tak sedar. Tapi itulah yang berlaku.
Lagi yang tambah tak logik. Benda free pun penyokong2 pr tak boleh terima penafian mem. Inikan pula benda berbayar? Adakah mem fikir bahawa akan ada penyokong2 pr dan atas pagar yang sanggup keluarkan duit rm150 untuk beli maklumat yang boleh didapati secara percuma di dunia internet?
Beli makanan lagi bagus dari beli buku mem.
Dia sapa yang aku nak baca pasal dia?
Buang masa. Buka je internet bersepah ada.
Itulah kata2 mereka terhadap penghasilan buku mem.
Sudah tentulah sasaran mem ialah penyokong2 yang tak sokong mem kan? Bukan la penyokong2 mem yang dah sedia sokong mem kan? Mereka yang dah sokong takan terpedaya kan? So apa kelogiknya mereka nak beli buku menjawab tohmahan ke atas tohmahan yang mereka tak percaya langsung?
Sasaran tak betul.
Strategi marketing pun hancur.
Isi kandungan pun mengenai perkara yang boleh didapati secara percuma di alam maya dan pemberitaan.
Harga pula mahal.
Inilah quick review dari amenoworld untuk mem. Buku ini tidak akan hits. Anggap la mem memiliki pengkritik tetap macam dalam AF oke.
kah kah kah
Nota : Jangan pula ada yang komen bukan suruh lue beli ke apa ke.. itu dan blalabla.. aku pengkritik buku dan isi kandungan macam pengkritik filem tue. Tatau dediam sudah la. Hehe.