Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Najib dan menteri kabinet, korang meh sini kejap.


Kali neh kita akan perincian isu bajet dengan lebih mendalam berkenaan beberapa peruntukkan yang telah kerajaan luluskan tanpa mendengar perbahasan, luahan dan jawapan balas kita di parlimen.

Jangan silap.

Najib atau sesiapa boleh bentang itu dan ini. Tetapi kita sebagai rakyat juga boleh bertindak mempersoalkan jika kita rasa itu melampaui keraguan munasabah untuk kita terima. 

Dan bila kita melakukan perkara tersebut, instead of mengecop kita suka membangkang, better berikan kita jawapan dan hujah kenapa sekian2 bajet untuk sekian2 perkara harus dipertahankan.

90juta untuk 30,000 uniform anggota RELA yang aktif.

Ini adalah cakap2 yang aku dengar. Kualiti jangan korang harap. Aku tak faham kenapa harga uniform RELA agak mahal. Cuba korang kira ;

90 juta / 30,000 unit seragam / anggota rela = RM300 untuk sepasang. Mana aku dapat ia anggaran untuk sepasang uniform? Aku dapatkan ia dari kenyataan rasmi najib sendiri. 

Lihat bawah ;


Menyediakan sepasang pakaian seragam untuk 300,00 anggota RELA yang aktif dengan peruntukan sebanyak 90 juta ringgit. 

Sumber : sini

Aku dah check uniform RELA di internet. Inilah gambaran yang aku dapat.


Aku sukar nak terima harga dia rm300 untuk sepasang. Kalau siap kasut aku fikir agak logik. Tapi oleh kerana najib hanya bercakap pasal uniform dan ianya hanya sepasang, so aku percaya kos ini mahal.

RM1.2b untuk pendidikan pra sekolah.

Aku tak faham. Dan aku tak mo faham. Kenapa PERMATA? Kenapa KEMAS? Kenapa PERMATA dan KEMAS diberikan peruntukkan sebanyak ini untuk silibus yang tah hapa2? Kenapa mesti mereka? Tahu kah silibus mereka tidak memenuhi kehendak untuk menghasilkan kanak2 yang cemerlang? Tahu kah guru2 KEMAS adalah dasar PEMALAS?

Marah.

Dipersilakanlah. Aku sedia bertekak untuk itu.

Kata najib ;

Sebanyak RM1.2 bilion akan disediakan  kepada pelbagai agensi kerajaan sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah berkualiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Agensi berkenaan termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang terbabit secara langsung dalam menyediakan pendidikan prasekolah.

"Sebagai tambahan, RM380 juta akan disediakan kepada Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber : sini

Najib tak berani. Najib tak berani bagitau berapakah jumlah peruntukkan sebenar untuk PERMATA. Sebab tu dia combine dengan perkara lain. Dia randomly letak rm1.2b dan berfikir masyarakat tak memikirkan soalan berkenaan penglibatan permata. 

Dah berapa banyak kali aku ajar ko najib? Dah berapa banyak kali aku cakap? Jangan pandang seme rakyat adalah BODOH2 belaka hanya kerana orang2 di sekeliling ko BODOH2 belaka.

Aku belum dapat kenapa dan bagaimana PERMATA wajar mendapat apa2 peruntukkan dari kerajaan malaysia. Sebab tu aku mempertikaikan apa relevantnya PERMATA mendapat sebarang dana dari kerajaan.

RM1.2b dalam program KARISMA.

Kata Najib ;

Sesungguhnya Kerajaan amat menitikberatkan golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah dalam memastikan mereka ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Justeru, program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntukkan sebanyak 1.2 bilion ringgit meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja orang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik.


Aku tak pasti samada KARISMA bertindih tugas dengan JKM ke tidak. Tapi aku cadangkan lebih baik BN gunakan saluran yang sedia ada dengan mempertingkatkan kecekapan kakitangan awam. 

Mereka perlu diajar dan dilatih untuk mencari orang susah. Angka, juta, billion, peruntukkan atau apa akan sia2 kalau cara kakitangan awam buat kerja cam celaka. Mereka tak boleh tunggu di office dan mengharapkan orang macam aku datang mengadu. 

Mereka kena keluar kerja hari2 cari orang susah. Ingat, mereka diupah untuk buat kerja. Bukan aku. Bukan aku yang p minta kerja kat JKM atau KARISMA. Aku tak minta kerja so aku tak perlu bertanggungjawab atas kerja yang aku tak pernah minta. Ko yang minta kerja dan ko dibayar gaji untuk buat kerja seperti itu. Kenapa ko nak letakkan tugas itu ke atas masyarakat dan buat ayat simpatatik yang masyarakat kena membantu ko untuk cari orang susah?

Maaf cakaplah, aku cakap BULLSHIT je kat orang2 macam neh.

1. Ko malas satu hal.

2. Lepas tu ble ko tak alert ada orang susah di satu2 kawasan ko salahkan masyarakat sebab tak mengadu.

3. Tapi ko pernah tak fikir yang masyarakat setempat lebih suka membantu dari mengadu kat ko? Mungkin mereka tong2 membantu dan sampai satu saat dah tak boleh bantu.. sehingga kemiskinan satu2 keluarga tu tersebar.

4. Pada saat ia tersebar mula la mulut2 celaka cam ko mengatakan masyarakat tak prihatin.

5. Sedangkan ko yang tak prihatin sehingga membiarkan kami rasa mengadu kat ko adalah perkara terakhir yang boleh dibuat disebabkan kebullshitan sistem ko. 

Ko yang malas sangat duduk kat office. Keluarla. Cari la. Kalau la ko hidup di zaman umar dah lama ko kena pancung kerja. Satusen pun tak guna. Khalifah pun keluar cari orang susah. Ko sapa? Lebih hebat dari khalifah?

Peruntukkan tak bermakna apa2 jika kerajaan tak ubah cara kakitangan mereka buat kerja. Bahkan aku heran kenapa perlu KARISMA sedangkan kita ada JKM dan blablabla. Kenapa nak memperbanyakkan kakitangan awam sehingga kerja mereka bertindih? 

Ramai tak bermaksud bagus apatah lagi cekap. Yang penting efisyen. Efisyen kah kakitangan kerajaan ? Tak seme. Jangan risau aku tak cakap seme. Biar pengalaman masing2 tolong bercakap bagi pihak masing2. Kita biarkan pengalaman masing2 jadi penghakim dan penilai.

Bab zakat. 

Aku hampa. Kenapa kerajaan tak announce sejauh mana kutipan zakat telah pergi ke golongan yang susah? Perlu nya laporan kewangan pusat2 zakat didedahkan kepada pengetahuan umum. 

Aku tahu pusat zakat neh under negeri. Sebab tu setiap negeri kena dedahkan kedudukan kewangan mereka untuk dinilai supaya kita tahu efisyen kah mereka? Jika pusat zakat itu efisyen, perlu lagi kah KARISMA dan JKM dan pelbagai lagi la badan yang tah hapa2 sampai aku tak terhafal namanya.

Dan, daripada najib sediakan dana sekian2 untuk itu, untuk ini, bukan kah lebih molek kalau dikaji terlebih dahulu permasalahan neh? Sepatutnya bancian, kajian bahkan siasatan harus dilakukan untuk selidik sejauh mana orang susah yang wujud di malaysia neh.

Nama mereka diambil, dikenalpasti, dikumpulkan dan dikategorikan. Daripada situ baru boleh fikir kaedah sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka secara berperingkat.

Terus terang cakap. Sistem yang kerajaan pakai sekarang tak membantu menyelesaikan masalah. Mereka mungkin bagi duit, bagi dana tapi masalah tetap berkembang. Pernah tak terfikir kenapa? Adakah salah kerajaan bagi duit? Tak salah der. 

Tapi salah sistem. Sistem, strategi, kaedah, cara ia dilaksanakan itu yang silap. Jika kita ubahsuai sistem itu, dalam masa 2 tahun, aku bagi nyawa aku sebagai jaminan kita akan selesaikan isu kemiskinan di malaysia. 

Berhenti salah faham.

Peruntukkan untuk rm1.2b untuk bantu orang miskin aku sokong. Aku tak persoalkan. Tapi aku mahu tahu sejauh mana rm1.2b ini akan sampai ke golongan sasaran ketika sistem yang digunakan untuk agih bantuan sedang rosak dan sakit kritikal?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...