Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 30 September 2012

Malaysia hutang sikit banding dengan USA kata MP BN.

Rakyat tidak perlu berasa bimbang dengan kadar hutang negara kerana ia masih berada pada tahap yang rendah berbanding negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan negara membangun.
Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kadar hutang negara 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini berada pada tahap yang masih selamat.
“Kadar hutang itu (53.7 peratus) adalah suatu kadar yang masih boleh ditanggung oleh kerajaan dan dianggap rendah berbanding negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat itu sendiri.”
“Berbanding dengan negara-negara membangun juga, (hutang) kita masih pada paras lebih rendah dan selesa. Asal kita boleh membayar keperluan kadar faedah dengan segera, kita masih selamat,” katanya di sini, Ahad.
Anggota Parlimen Pulai yang merupakan seorang akauntan bertauliah itu juga meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pembangkang yang mendakwa kadar hutang negara adalah tinggi.


Banding hutang negara membangun dengan negara maju ?

Banding hutang negara kecik dengan negara besar ?

Bab gaji takmo banding?

Bab kebajikan takmo banding?  

Bab kemajuan takmo banding?

Bab harga kereta takmo banding?

Bab corak pentadbiran takmo banding?

Bab sistem pilihanraya takmo banding?

Bab keterbukaan dalam laporan akhbar takmo banding?

kah kah kah

Hoittt kalau nak bangga, kasi bangga habis2. Selain dari hutang kita ada banyak jek kebaikan berbanding amerika beb. Meh kita sebut beberapa kemenangan supaya kita rasa bangga sakan.

Maksiat di malaysia lebih rendah banding dengan amerika dan negara eropah.

Pembunuhan di malaysia juga lebih rendah banding dengan amerika.. negara eropah wa tak jamin.

Jenayah di malaysia juga lebih rendah banding dengan amerika.. negara eropah sekali lagi wa tak jamin.

Gelandangan di malaysia juga lebih rendah banding dengan amerika..

Tapi kes campak bayi dari tingkat atas wa tak berani jamin kita lebih rendah dari amerika ka lebih tinggi. Sorry wa tak amek tahu bab tu pula.

kah kah kah

Kalau nak tengok macam tu.. sampai bila2 kita akan rasa diri kita terbaik, terbagus dan tercekap. Nak banding membanding dalam isu ekonomi, hutang dan apa bagai bukan begitu sepatutnya cara kita berfikir. 

Tapi sayangnya ahli parlimen berfikir begitu. Mereka tak berfikir bagaimana kita berfikir. Ko nak tunggu sampai kita dah tak boleh berpatah balik baru nak kelam kabut bagai ka? 

Untuk elakkan daripada accident kita akan amek langkah2 pencegahan supaya selamat dan tak accident. Tapi cara MP bn berfikir ialah accident dulu langkah2 keselamatan akan difikirkan kemudian. 

Pelik? Jangan. Sebab tu aku cakap beza sangat otak2 orang bn neh. Otak orang normal macam kita memang tak boleh capai dan jangkau cara pemikiran dorang. Sebab apa? Sebab kita tak bodoh. Hanya si bodoh memahami si bodoh. Cerdik macam kita akan failed sampai bila2. Tolong la faham.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah 

Wahai jazlan, ketahuilah antara hutang negara dengan bn, aku lebih bimbang tentang bn. At least hutang negara benda mati. Tapi bn benda hidup. Satu kesilapan mereka tak pasal2 satu malaysia tanggung azab. Selama mana mereka hidup selama itu juga la kebodohan mereka turut hidup. Itu yang aku lebih bimbangkan..

kah kah kah 

Sumber berita disini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...