Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Oktober 2012

Ibrahim Ali Sound Anwar Ibrahim.

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.


Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga wakil rakyat Bebas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Beliau mengulas tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama semalam Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.

Ibrahim turut memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.

Yang saya tahu, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.

Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya.


Yang aku nampak dua perkara jek kat sini.

Ahli parlimen memang kaki ponteng.

1. Anwar Ibrahim ponteng sesi perbahasan. Benda bukan tiap2 hari. Ada tempoh tertentu. Kalau sebagai wakil rakyat yang mewakili rakyat pun tak boleh berada di parlimen ketika sesi perbahasan sedang berlangsung pasai pa bidas najib dan lain2? 

Benda penting kena la ada kat dewan. Bukan nak kata sesi lain tak penting. Tapi at least sesi2 terpenting tu kena la ada. Contohnya isu kes kampung baru. Disebabkan geng2 pemonteng pr tak berada di parlimen tak pasal2 usul kampung baru diluluskan. PR tewas dengan mudah sebab si pemonteng2 tak berada di parlimen ketika itu.

Seme orang marah najib n the geng ponteng parlimen. Perkara yang sama juga harus dilakukan terhadap wakil pembangkang. Dasar pemonteng la ahli2 parlimen tak kira label neh. Ibrahim ali yang kuat tidur pun hadir parlimen walaupun tidur je. At least kehadiran dicatatkan walaupun tah dia mendengar ke tak mendengar apa benda yang dibahaskan dalam parlimen.

kah kah kah

Sehubungan dengan itu, aku mahu gaji pemonteng2 tersebut dipotong. Malas siot dorang. Kalau dsai ada alasan untuk tidak hadir, pasai pa najib tak boleh buat perkara yang sama? Lue boleh fikir tak disini?

Ibrahim ali perasan bagus.

2. Macam gud2 jek nak cakap dsai takutkan dia. Alahaiii.. masa dsai soh kemukakan bukti kaitan dia dengan 3b apsal ko senyap? Ko juga antara yang tegar tuduh dia macam2. Kalau hebat bawa la tuduhan tu dalam parlimen dan tuduh la depan2 muka dia dalam parlimen. Tapi kena terima dan berani berdepan la dengan jawapan dari dia. Kalau setakat tuduh2 tapi taknak terima penjelasan apa barang? Aku pun boleh buat. Tuduh2 suka ahti penjelasan p mampos.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...