Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 30 September 2012

Kereta Salahuddin Ayub dirosakkan.


Pehh..

Tak dapat orang kereta pun jadi. 

Hoit penyangak. 

Ini bukan masa yang sesuai untuk ko jahanamkan kereta orang. Sebab bn masih lagi mentadbir negara neh. Cukai kereta masih mahal melambung lagi. Tunggu la pr memerintah. At least takde la salahuddin ayub dan DS Abdul Rahman maidin bising. Anytime tukar kereta baru. Murah beb.

kah kah kah

Baca petikan berita kat bawah neh ;

Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.

Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.

Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.

Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.

Sumber berita dan gambar : rujuk sini.

Asbab yang mendorong penyangak mengamok sampai rosakkan kereta orang terdapat kat bawah neh ;


Patutlah..

Kalau aku jadi penyangak aku pun mengamok sakan. 

kah kah kah

Malaysia hutang sikit banding dengan USA kata MP BN.

Rakyat tidak perlu berasa bimbang dengan kadar hutang negara kerana ia masih berada pada tahap yang rendah berbanding negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan negara membangun.
Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kadar hutang negara 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini berada pada tahap yang masih selamat.
“Kadar hutang itu (53.7 peratus) adalah suatu kadar yang masih boleh ditanggung oleh kerajaan dan dianggap rendah berbanding negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat itu sendiri.”
“Berbanding dengan negara-negara membangun juga, (hutang) kita masih pada paras lebih rendah dan selesa. Asal kita boleh membayar keperluan kadar faedah dengan segera, kita masih selamat,” katanya di sini, Ahad.
Anggota Parlimen Pulai yang merupakan seorang akauntan bertauliah itu juga meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pembangkang yang mendakwa kadar hutang negara adalah tinggi.


Banding hutang negara membangun dengan negara maju ?

Banding hutang negara kecik dengan negara besar ?

Bab gaji takmo banding?

Bab kebajikan takmo banding?  

Bab kemajuan takmo banding?

Bab harga kereta takmo banding?

Bab corak pentadbiran takmo banding?

Bab sistem pilihanraya takmo banding?

Bab keterbukaan dalam laporan akhbar takmo banding?

kah kah kah

Hoittt kalau nak bangga, kasi bangga habis2. Selain dari hutang kita ada banyak jek kebaikan berbanding amerika beb. Meh kita sebut beberapa kemenangan supaya kita rasa bangga sakan.

Maksiat di malaysia lebih rendah banding dengan amerika dan negara eropah.

Pembunuhan di malaysia juga lebih rendah banding dengan amerika.. negara eropah wa tak jamin.

Jenayah di malaysia juga lebih rendah banding dengan amerika.. negara eropah sekali lagi wa tak jamin.

Gelandangan di malaysia juga lebih rendah banding dengan amerika..

Tapi kes campak bayi dari tingkat atas wa tak berani jamin kita lebih rendah dari amerika ka lebih tinggi. Sorry wa tak amek tahu bab tu pula.

kah kah kah

Kalau nak tengok macam tu.. sampai bila2 kita akan rasa diri kita terbaik, terbagus dan tercekap. Nak banding membanding dalam isu ekonomi, hutang dan apa bagai bukan begitu sepatutnya cara kita berfikir. 

Tapi sayangnya ahli parlimen berfikir begitu. Mereka tak berfikir bagaimana kita berfikir. Ko nak tunggu sampai kita dah tak boleh berpatah balik baru nak kelam kabut bagai ka? 

Untuk elakkan daripada accident kita akan amek langkah2 pencegahan supaya selamat dan tak accident. Tapi cara MP bn berfikir ialah accident dulu langkah2 keselamatan akan difikirkan kemudian. 

Pelik? Jangan. Sebab tu aku cakap beza sangat otak2 orang bn neh. Otak orang normal macam kita memang tak boleh capai dan jangkau cara pemikiran dorang. Sebab apa? Sebab kita tak bodoh. Hanya si bodoh memahami si bodoh. Cerdik macam kita akan failed sampai bila2. Tolong la faham.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah 

Wahai jazlan, ketahuilah antara hutang negara dengan bn, aku lebih bimbang tentang bn. At least hutang negara benda mati. Tapi bn benda hidup. Satu kesilapan mereka tak pasal2 satu malaysia tanggung azab. Selama mana mereka hidup selama itu juga la kebodohan mereka turut hidup. Itu yang aku lebih bimbangkan..

kah kah kah 

Sumber berita disini

Jumaat, 28 September 2012

Ini punca MIC dan penganut hindu berang dengan Zakir Naik.

Ini isu nya. 

Dan ini gambarnya.


Rakan facebook aku yang menganuti hindu menyifatkan gambar di atas adalah provokasi dan tindakan tersebut di anggap menghina ajaran hindu. Bagi mereka, Zakir Naik tidak menghayati konsep kebebasan untuk mengamalkan apa2 agama dan bertolenrasi menerima perbezaan antara agama.

Senang cakap. Tak hormat agama orang lain. Dalam kes neh agama hindu.

Sejujurnya dari pandangan umat islam, pandangan aku sendiri, aku berpendapat bahawa ini adalah cara pelawaan untuk berdebat dan berhujah. Maksudnya kat sini penganut hindu dialu2kan untuk membuktikan cabaran Dr. Zakir Naik.

Tetapi dalam hidup neh aku tak boleh amek kira pandangan aku semata2. Kena lebih luas dan lihat dari seme sudut. Oleh kerana penganut hindu berpendapat bahawa itu adalah satu provokasi agama maka adalah lebih baik jika perkara tersebut diterangkan oleh Dr Zakir Naik sendiri.. adakah dia benar2 sedang melakukan provokasi ataupun sebaliknya?

Aku tak menganggap bahawa

Jika Allah swt itu tuhan maka buktikan kepada aku 

Merupakan satu provokasi. 

Tetapi lain orang lain pemikiran mereka. Boleh jadi umat islam yang lain berpendapat bahawa itu memang provokasi.. adakah ka mempersoalkan Allah swt tu tuhan ke tidak.. tak reti nak hormat umat islam ka? Dah terang2 umat islam mengatakan dan menyebut banyak kali mengenai Allah swt tuhan mereka so Allah swt itu tuhan la nak buktikan apa lagi kat ko? Dan perlu ke nak buktikan since you are non muslim?

Boleh jadi itu pemikiran orang2 islam yang lain pula. Kita mungkin memandang buku yang sama tetapi belum tentu otak kita menterjemahkan perkara yang sama pula.

Jadi instead of bercakaran dan bergaduhan dalam isu neh adalah lebih baik selesaikan isu neh secara tolenrasi. Aku tak berminat nak side kat memana pihak tetapi isu neh tidak akan selesai jika halang Dr Zakir Naik datang ke malaysia sedangkan Dr Zakir Naik mempunyai pengikut dan followers yang ramai di Malaysia.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Akan wujud pertembungan antara dua agama iaitu islam dan hindu. Cara terbaik, selesaikan secara tolenrasi. Jangan menolak perbezaan sebaliknya terima dan nyatakan ia dengan hujah. 

Kita kena terbuka. Terbuka bukan bermaksud menghina agama lain. Jauh sekali menghalalkan provokasi. Cuma terbuka untuk menyelesaikan segala isu dan perbezaan yang wujud. Tutup ruang perbincangan tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan. 

Nota : Untuk rekod gambar di atas khabarnya disebarkan dalam fanpage DR. Zakir Naik. Rujuk sini. Aku tak pasti fanpage tu benar2 dikendalikan oleh Dr Zakir Naik ataupun tidak. 

Tapi gambar tu dah takde dah. Aku rasa dah kena removed. Jika itu berlaku bukan kah itu bererti Dr Zakir Naik dah nampak sentimen penganut hindu disitu? Perlu ka halang dia dari masuk ke malaysia lagi?

Rujuk berita berkaitan disini.

GAPS pecah amanah ?

Laa..

 GAPS yang popular pun terlibat dalam skandal pecah amanah juga ka?



Lihat dua dokumen yang bawah neh beb.

Yang pertama  ;



Dan kedua  ;


Kiranya kes lama. Benda neh berlaku pada beberapa tahun lepas. Bayangkan ek. Bayangkan. Kita jangan tuduh2 just bayangkan. Mungkin kah sebab tu dia sekarang bermatian anti pakatan rakyat?

Sebenarnya dosa silam or jenayah lampau seseorang tu kita tak patut buka dan ungkit. Jika mereka dah bertaubat dan bertanggungjawab siapa la kita nak kecoh2kan..

Dia bersama PKNS sejak tahun 2004 tetapi setelah PR amekalih, syarikat dia ditutup dan dia memulakan perniagaan semula dari bawah, dari rumah.

Rujuk sini untuk berita berkaitan.

Khamis, 27 September 2012

Gambar Najib tidur dalam kapal terbang tersebar.

Uik.

Mesti penat dan mengantuk. Najib ialah seorang perdana menteri yang sibuk. Dia kena ke sana ke mari dalam jet peribadi dan pesawat khas ketika melaksanakan misi dan tugas2 dalam pentadbiran negara.

Najib itu baik orangnya. Setakat makanan mewah dan jet2 peribadi super class apa yang dia tak pernah rasa? Seme pernah beb. Jadi jangan heran la kalau gambar dia tertidur tertiarap terlentang dan segala apa bagai dalam jet dan pesawat khas boleh tersebar.

Perkara biasa jek tu.

Lihat gambar kat bawah neh ;


Demm

Ini super impose ke ori hah?

Aku dapat kat sini.

Kalau super impose aku nak teranjang kalau ori aku nak gelak. Kesian najib. Menangis mak angkat aku asyik jadi bahan jek.

kah kah kah

Pssstttt .. tak payah solat jumaat der..

Orang2 di kementerian tu rileks jek. Korang apa ada hal? Tak yah la solat. Mesyuarat lagi penting you. Abaikan je azan dan solat itu. Agak2 dah tinggal 2 kali, kali ketiga baru p solat jumaat beb. Janji jangan langkah sampai tiga kali cukuplaa..

kah kah kah

Isu menarik kat bawah neh beb. Terbitan utusan. Sumbangan rakan facebook. 



Anwar yahudi punya kerja neh.

Tak pun dap kafir harbi yang hasut.

Sapa lagi nak salahkan? Jap aku fikir. Ahhh kristian. Yup. Aku yakin kristian punca utama. Jom balon dan serang rumah orang yang tinggalkan solat jumaat tu jommmm

kah kah kah

Yang aku heran tu.. heran sesangat bukan kah kakitangan kerajaan [ bukan seme ] bab2 keluar pejabat, tinggalkan mesyuarat apa jadah hobi mereka? Memanjang jek kita p office mereka asyik kena tunggu sebab staff takde la keluar la p makan la p sana la p situ la cuti la apa la.. cakap atas pengalaman oke. Bukan nak kutuk kakitangan kerajaan secara general sebab aku tahu ada di antara mereka berkhidmat dengan cemerlang tapi nak balon mereka yang pemalas boleh kan?

Hehe.

Tak sangka rupanya ada staff kerajaan yang terlebih2 rajin sampai sanggup tinggal solat jumaat. Rajin gilee wa cakap luee tatau nak puji ka nak herdik. Harap2 Ismail Sabri tak salahkan yahudi dan anwar ibrahim di atas apa yang telah berlaku..

kah kah kah

Kos parking jet peribadi RM50,000 sehari.

Kos parking je tau. Kos parking. Kos parking neh aku dapat kat bawah neh hah ;

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan itu jelas bercanggah dengan prinsip perjuangan untuk rakyat yang sering dilaungkan pembangkang.

"Saya ada kawan yang ada jet peribadi. Dia 'parking' satu hari sahaja di lapangan terbang Taiwan tetapi perlu membayar RM50,000 dan ini tidak termasuk minyak dan sebagainya.

"Saya tidak tahu di Malaysia berapa bayarannya, tetapi kalau dipinjamkan, kita kena siasat kenapa orang itu sanggup pinjamkan. Apakah tidak ada unsur-unsur kroni? Mungkinkah dia dapat projek besar di Selangor atau Pulau Pinang?" katanya. -UTUSAN-

Berapa kos parking jet peribadi yang bawa Rosmah, mak angkat aku ke lee chong wei?

Berapa kos parking jet peribadi yang bawa Jamil Khir ke kedah? 

Berapa kos parking jet peribadi yang bawa Zahid Hamidi ke Makkah?

Berapa kos parking jet peribadi yang bawa Najib dan TPM ke beberapa negeri dalam malaysia?

Berapa? 

Dah siasat blom?

Dah tanya dorang blom?

Jom kita tanya berapa kos parking jet2 tersebut dan tanya kos parking yang bawa jet dsai pula. 

Jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..

Rabu, 26 September 2012

Jamil Khir naik Jet Peribadi Datuk Taufik juga.

Datuk taufik taknak istighfar ke bila jamil khir naik jet guna duit kementerian? Apa pun kementerian dah salurkan dana. Aku takmo komplain bab tu sebab dana dah disalurkan dan diluluskan untuk tujuan tersebut. Maksudnya benda tue dibuat ikut prosuder yang betul. Bukan rembat dan buat bodoh. 

Meskipun ada yang complaint ia pembaziran tambahan pula menteri tersebut tak pula bantu orang miskin yang memerlukan di malaysia neh bahkan asyik main politik jek sebab tu asyik kena kutuk jek kaw2.

Lihat bawah ;



Sumber gambar : disini

Kalau yang neh boleh pula ek. Kalau melibatkan dsai terus ko istighfar ek. Padan la. Takut dikatakan sokong dsai dan tak pasal2 projek kerajaan tak masuk lagi kat syarikat ko kan.

Kisah jamil khir dengan jet peribadi dan pelancaran tv alhijrah bukan isu baru. Aku pernah siarkan dulu kat sini.  

Isu najib dan sewa rm9juta pula kat sini.

Kat sini aku cakap punca rakyat bengkek plus sakit ahti sebab ia melibatkan wang pembayar cukai. Meskipun gunakan wang sendiri or orang sponsor tetap boleh mengundang cakap2 negatif still kalau gunakan wang pembayar cukai memang majoriti akan sakit ahti.

Kat bawah pula video yang membuktikan mereka dibawa guna jet peribadi.


 

Macam aku sebut di atas. Benda neh dah diluluskan dalam peruntukkan kementerian. Aku amek sikap takmo komplain melulu. Lainla kalau jamil khir langgar protokol. Baru bleh ulas lebih2. Cuma aku nak bagitau satu perkara je. 

Yang sebenarnya menteri kita pun memang guna jet peribadi. Pasai apa bila dorang naik jet peribadi takde pun sesiapa nak kecoh masuk dalam tv, paper apa bagai cakap berlagak la riak la nak tunjuk hebat tapi bila dsai buat macam2 dia kena tuduh dan cerca. 

Aku ingat lagi mula2 bloggers umno maki hamun cakap jet tu dsai yang punya. Minta maaf jauh sekali. Slumber fitnah macam takde rasa takut. Yang neh bila menteri sendiri naik jet, haram nak marah apa bagai. Kenapa halal bagi mereka dan haram pula bagi dsai?

Kemon. Sampaikan cermin mata dan baju pun yang dsai pakai pun korang komplain. Sampai satu tahap korang nak dsai berjalan kaki pergi ke mana2 dan berbogel sepanjang masa baru puas ahti meh? Heh. 

Kos sewaan Jet Peribadi RM96,000 untuk dua hari.

RM96,000 

Itu satu angka yang amat besar.





Semalam di MSTAR satu datuk yang dikenali dengan nama Datuk Mohd Taufik telah tampil membuat pengakuan bahawa jet yang dinaiki oleh dsai adalah datang dari syarikatnya. Tetapi jet itu bukan miliknya. Jet tue di bawah syarikatnya bagi urusan perniagaannya iaitu untuk disewakan kepada sesiapa yang mahu menyewanya.

Rujuk sini.

Jet tu dikhabarkan ditempah oleh seseorang dari sarawak. 

Menurut Anwar Ibrahim ;

Semalam di bangunan Parlimen, Anwar telah mempersoalkan apa salahnya beliau dan rakan-rakannya yang lain dalam PR menggunakan jet peribadi jika ia tidak melibatkan wang rakyat.
Jet tersebut menurut Anwar adalah ehsan daripada seorang usahawan yang dikenalinya.

Menurut Nurul Izzah ;

Nurul Izzah Anwar turut menghantar tweet: “Apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang rakan? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat.”

Menurut Tian Chua ;

Tian Chua berkata, mereka telah pergi ke beberapa tempat di Sabah dan Sarawak pada hujung minggu ketika cuti hari Malaysia.
Beliau menambah adalah lebih murah dan menjimatkan masa menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersial.

Jika diperhatikan kenyataan2 di atas kita dapati bahawa mereka gunakan jet peribadi adalah untuk memudahkan urusan. Dan mereka menegaskan bahawa tiada wang rakyat aka pembayar cukai digunakan untuk menampung kos penyewaan jet tersebut.
Ini bermaksud ada pihak ketiga, individu yang tidak dinyatakan telah melakukan urusan penyewaan dan pembayaran untuk memudahkan pergerakkan anwar ibrahim. Adakah ini salah? Sebenarnya kalau ditinjau dari sudut politik ini sebenarnya salah.
Anda sedang membenarkan seseorang untuk membiayai anda. kita tidak tahu pada bila dan di mana mereka akan menuntut balasan. Lainla kalau ada perjanjian bertulis.  

Aku sponsor ko datang ke sabah dan sarawak dengan jet peribadi dan aku berjanji tidak akan menuntut apa2 balasan dari ko selaku wakil rakyat, penasihat ekonomi selangor dan berkemungkinan besar sebagai perdana menteri malaysia andai pr menang dalam pru kelak.

RM96,000 bukan satu angka yang kecik. Setakat rumah kos rendah dan kereta memang dah lepas bagi rakyat marhaen. Jika anwar ibrahim boleh mendorong seseorang untuk membantu dia berkempen, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan dengan lebih efisyen. 
Bukan perkara baru ahli perniagaan akan melayan kedua2 belah pihak. Ini bagi menjaga kepentingan dan perniagaan mereka.  Dan bukan perkara baru juga ahli politik perlukan dana untuk berkempen. Perkara ini dilakukan oleh kesemua parti politik tak kira di side mana pun.
Bezanya disini ialah samada gunakan wang pembayar cukai, wang sendiri ataupun wang orang lain. 
Jika guna wang pembayar cukai rakyat akan bising sebab tak kena tempat. 
Jika gunakan wang sendiri, majoriti tak kesah namun ada juga yang bising mengatakan eleyy kayanya dia.. mana dapat duit. Adakah gunakan wang derma orang ramai..
Jika gunakan wang pihak ketiga, orang bising heyy sapa dia tuu sampai sanggup sponsor. 
Pendek kata laluan apa yang ko pilih, ko tetap akan kena kutuk jadi pilihla laluan yang paling kurang atau sedikit kutukan nya. Dalam kes neh lebih baik jika mereka dedahkan satu2 perkara jika berkempen guna dana sendiri.
Kalau wang sendiri tak mampu untuk menyewa jet peribadi, jangan sewa. Gunakan aje pengangkutan yang sedia ada meskipun ia menyukarkan pergerakkan. Harus diingat, individu yang sebarkan gambar2 dalam jet adalah tian chua. 
Walaupun dsai bertujuan mahu bersikap jujur dan telus terhadap penyokong2nya tetapi keterbukaan dia tidak diterima dengan baik majoriti dari mereka. Ada sesetengah perkara, kalau kita sorokkan or tak buka, tak bererti kita penipu or salah.
Cuma belum masanya lagi untuk kita dedahkan bagi mengelakkan salah faham. Tapi bila kita dah berani buka sesuatu rahsia yang dibuka tak kena pada tempat dan waktunya, kita kena terima kenapa orang salah faham. 
Walaupun anwar ibrahim tidak menggunakan wang pembayar cukai, tetapi membenarkan seseorang membiayai perjalanan dia bukan juga perkara yang boleh dilihat sebagai betul. Majoriti rakyat akan berfikir bahawa individu tersebut sedang membina kepentingan.
Kadang2, kita selalu dapat tender kerajaan sebab cara kerja kita efisyen. Dan mungkin kerana itu kita suka nak bina hubungan dengan pemimpin kita sebab kita rasa kita dipilih dalam tender kerajaan kerana sikap mereka yang telus menilai kita melalui kerja kita.
Tetapi hubungan seperti ini, tidak boleh dilihat secara baik oleh majoriti rakyat malaysia. Tiada sesiapa pun yang menghalang ahli politik dan ahli perniagaan daripada berkawan. Cuma.... mereka perlu berkawan tanpa melibatkan wang kerana wang boleh menyebabkan sesama manusia bercakaran. Dan itulah yang sedang berlaku sekarang neh. Fikirkan. 
Kos sewa jet untuk dua hari sebanyak rm96,000 diambil dari sini.

Nota : Tajuk artikel ini telah dikemaskini. Terdapat ganguan internet ketika artikel ini dimuat turun harap maklum. 

Gambar : Ehsan google

Isu BERSIH jadi soalan peperiksaan.

BERSIH dan peperiksaan sekolah. 

Ada kaitan ka? Lihat sat gambar kat bawah neh. Gambar neh adalah gambar kertas ujian.


Gambar aku dapat kat sini.

Menurut komen yang aku baca kat ruangan tersebut, khabarnya ini kertas peperiksaan bagi subjek pendidikan moral. Soalan di atas antara yang terkandung dalam peperiksaan percubaan SPM bagi tahun ini.

Sejujurnya aku tatau neh atas arahan sapa. Kalau korang minta nama memang aku tak boleh bagi. Tapi aku yakin sangat benda neh di bawah arahan bn. Siapa lagi yang begitu benci dan anti bersih kalau kerajaan kerajaan sekarang.

Tambahan pula ia dijadikan salah satu soklan dalam kertas peperiksaan. Memang la kerja orang bodoh dan terdesak. Menggunakan sekolah untuk memupuk perkara yang salah dan mengajar rakyat untuk menfitnah sejak dari sekolah lagi. BODOH NAK MAMPOS punya orang yang sediakan soklan peperiksaan di atas.

Sepatutnya sebagai kerajaan dan pemimpin, pemikiran ko kena cerdik. Plus matang. Janganlah disebabkan perbezaan pendapat dan apa bagai, ko heret dalam soklan peperiksaan pula. Tak suka bersih? Taknak terima? Oke nyatakan perbezaan secara terangan2. Buat apa la ko heret benda2 cam neh masuk dalam sekolah?

Ko ingat sekolah tue BAPAK KAW YANG PUNYA?

Inilah masalah kita sekarang neh. Masalah aku ialah bn dah tak boleh beza antara kepentingan peribadi, kepentingan masyarakat dan kepentingan negara. Masalah bn ialah dorang tak sedar diri yang dorang tak reti bezakan seme perkara di atas. 

Masalah aku + masalah bn = negara jahanam = tidak wajar. 

Ini jawapan peperiksaan aku bagi soklan wajar atau tidak bn harus menang dalam pru - 13 untuk memastikan kestabilan negara. Mohon masukkan dalam seme subjek. Tengok berapa ramai yang jawab wajar. 

Aku ingat budak2 sekolah pun ludah kat ko la bn. Pasal budak2 sekolah sekarang ramai yang cerdik2. Aku tahu la. Aku ada pembaca yang terdiri dari kalangan budak sekolah. Sedar la bn, penipuan ko hanya bertahan dengan batu bukan dengan manusia.

Selasa, 25 September 2012

Musim katak mengawan.

Laporan dari berita utusan mengarut.

Kalau korang nak tahu sekarang neh musim katak mengawan. Semalam sekor dah selamat mengawan. Rujuk sini. Hari neh ada lagi sorang. Silap. Maaf ek. Tatabahasa aku failed. Bukan sorang tapi sekor.

Rujuk video kat bawah neh hah ;


 

Anwar pakai cermin mata hitam pun ko kecoh. Ko nak pakai, pakai je la. Pergi la beli. Duit banyak beli kat kedai cermin mata. Beli yang ada brand. Kalau nak jimat layan pasar malam jek. Lantak ko la nak beli mana satu. Ada ka anwar pakai cermin mata hitam pun boleh jadi isu?

Lepas tu sebelum keluarkan apa2 pc, better ko pergi baca berita dan kenyataan terbaru dsai sebab ko nak balon dia kan? Kang termalu kalau salah tembak. Tak pernah pula dsai nafi dia naik jet. Yang dia nafi orang cakap jet tue dia punya. Dia nafi sebab memang bukan dia punya.

Yang aku tak faham apasal pula kalau dsai naik jet = nak tunjuk hebat? Bagaimana dengan najib? Dengan rosmah? Dorang pun naik jet juga. Apa citer?

Tak boleh blah pasal baju pun nak komplain. Lain orang lain taste. Manusia2 baghal macam ko neh la membuatkan orang yang nak berfashion berasa kucar kacir. Orang nak berfashion pun jadi masalah besar buat ko. Aku dah pernah kena neh. Aku pakai kasut butt ala korea pun kemain lagi pompuan2 tak sedar diri menenung. Macam aku tak pakai baju pula. Celake. Badan aku, kaki aku, aku punya suka la.

Lagi satu, ko dah check belum jenama baju rosmah dan najib? Agak2 kalau belum p check dulu. Asyik meraban jek. Tak payah pandang jauh2 la, check dulu jenama baju ko. Kalau takde yang branded punya aku salute la. Tapi aku rasa ko pun lebih kurang dengan orang yang ko kutuk tu. Bezanya ko tak handsome jek. So pakai apa pun sama je kot.

kah kah kah

Mengenai 1MPC - Review kepenggunaan.



Beberapa bulan lepas najib ada melancarkan 1 kad yang diberikan nama kad 1 Malaysia privilege card aka 1MPC. Sekarang kita nak review mengenai kad tersebut. Menurut kerajaan, kad tersebut akan dilancarkan secara berperingkat. 


Fasa pertama melibatkan kakitangan kerajaan. Antara kakitangan kerajaan yang terawal yang bakal mendapat kad tersebut secara percuma which mean tanpa yuran ialah ;

1. PDRM

2. ATM

Fasa kedua pula melibatkan keseluruhan kakitangan kerajaan yang lain. Juga dijalankan secara berperingkat. Setelah semua kakitangan kerajaan mendapatkan kad mereka, baru la rakyat malaysia berpeluang mendapatkan kad tersebut, pada fasa ketiga.

Apakah tujuan utama kad tersebut?

1Malaysia Privilege Card (1MPrivilege) 
merupakan satu inisiatif dibawah Strategi Lautan Biru Nasional 6 (NBOS6) yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk memberi keistimewaan (privilege) kepada anggota tentera dan polis yang sedikit sebanyak dapat meringankan kos perbelanjaan harian. 

Tujuan utama kad adalah = meringankan kos perbelanjaan harian. 

Kad neh akan diedarkan secara percuma kepada seluruh rakyat malaysia. Secara berperingkat. Ini bukan rekaan amenoworld. Ini cakap2 yang amenoworld petik dari laman rasmi mereka. Rujuk sini.

Sekarang fikir. 

1. 1PMC = kad = yang akan diedarkan kepada seme rakyat malaysia untuk meringankan beban hidup mereka.

2. Sekali imbas ia adalah perkara yang bagus.

3. Tetapi tak berapa bagus, sebab daripada sibuk buat kad baru, kenapa tidak sahaja gunakan ic yang sedia ada? After all, ia bakal diedarkan kepada seluruh rakyat malaysia. SELURUH rakyat MALAYSIA. Jadi, alangkah baiknya jika kita hanya perlu tunjukkan kad pengenalan untuk membolehkan kita mendapatkan discount. Tanpa susah payah kerajaan keluarkan modal untuk cetak kad baru.

Wang kerajaan dapat dijimatkan disitu. Kerana sepertimana yang kerajaan sendiri tegaskan, ia akan dikeluarkan untuk seme rakyat malaysia. Lainla kalau hanya PDRM dan ATM jek boleh nikmati discount tersebut.

Agak logik juga keluarkan kad baru supaya tak mengelirukan orang. Tetapi oleh kerana semua rakyat malaysia bakal menikmati kesemua discount yang dinyatakan, why not using our own ic jek? Tak perlu buang masa untuk kos cetakan dan kos edaran. Bahkan tak perlu pun rakyat malaysia tunggu. Automatik terus boleh nikmati discount tersebut ma. 

Apakah barangan yang melayakkan kita dapat discount?

Ada banyak barangan. Kedai2 yang berminat nak tawarkan discount perlu terlebih dahulu berdaftar dengan program 1PMC untuk menawarkan discount. Discount bagi pengguna macam aku adalah satu perkara yang bagus. Aku suka. Dan aku percaya majoriti rakyat malaysia suka. Bahkan kami mengalu2kan discount secara berlebihan. 

Namun terdapat beberapa perkara yang aku fikir agak pelik. Oleh kerana Najib sendiri menegaskan bahawa 1PMC adalah untuk ==> meringankan kos perbelanjaan harian.

Maka aku percaya sepatutnya lah orang2 yang bertanggungjawab menyelia dan memastikan perjalanan program neh berjalan lancar harus mengangkat visi dan wawasan najib. Bagaimana pula barangan di bawah neh boleh di anggap sebagai perbelanjaan harian?

Jenis discount untuk proton = membeli barangan dan alat ganti proton dan kereta baru.

Aku tak nafikan kereta = barangan keperluan. Tetapi bagaimana discount rm500 boleh membantu kami? Turunkan harga cukai munasabah. Turunkan rm500 tak munasabah. Dari pemikiran aku, tiada apa pun yang turun. Melainkan mereka naikkan harga kereta siap2 dalam rm500 dengan tujuan nak turunkan harga. Aku silap ke?

Jenis discount untuk mydin = Harga istimewa hanya diberikan kepada barangan bukan makanan sahaja.

Aku tak nafikan bahawa barangan keperluan tak semestinya melibatkan barang makanan. Tetapi barang makan selalunya merupakan barang keperluan. Tapi aku tak nampak kenapa ini boleh dianggap sebagai perbelanjaan harian menurut portal 1MPC?


KFC? Kenapa gambar KFC tersesat kat sini? Takan KFC suka membaca amenoworld gak? No. Sebaliknya KFC pun menawarkan discount dalam program tersebut.

Jenis discount bagi KFC = Setiap pembelian dalam atau bawah rm20 layak menerima discount tersebut. Pembelian yang melebihi dari nilai tersebut tidak layak. Jumlah discount yang diberikan ialah 5%. 

Aku tidak tahu sejak bila dan kenapa KFC dikategorikan sebagai perbelanjaan harian. Aku minta maaf kerana belum cukup pandai nak faham program neh. Harap orang yang kendalikan program neh boleh terbiah aku supaya aku lebih faham kenapa KFC diklasifikasikan sebagai perbelanjaan harian kat sini.

Bagi aku, jika inilah inisiatif kerajaan, bawah rm20 siapa sangatlah yang makan? Pakwe makwe ke? Bukan keluarga besar yang ada anak ramai. Takan semata2 nak discount dorang kena split order to get split receipt just to get a 5% discount? I wonder who will do such act.

And GTS  di KFC sebanyak 6%. The discount that we think as discount tu memang discount pun. Discount tax je la. Bagi kategori rendah. Hehehe. Aku silap ke?

Yup. 

Jenis discount bagi lost world of tambun dan sunway lagoon ialah = 15% Discount off Park Tickets and Hotspring & Spa by nights.

Meringankan perbelanjaan harian katanya. Aku tengah fikir kat mana dan kat ceruk mana perkara di atas boleh meringankan perbelanjaan harian aku.

Overall, program neh ada inisiatif yang baik untuk membantu rakyat malaysia. Ada juga barangan yang cerdik ditawarkan sebagai discount. Rujuk sini. Tetapi tak cerdik juga menamakan ia sebagai barangan keperluan harian. Maklumat lanjut rujuk sini.

Sedikit sebanyak aku agak bersetuju dengan idea ini walaupun aku tak setuju cara ia dilaksanakan. Bagi pendapat aku, sejujurnya daripada kerajaan buat 1mpc apa bagai, eloklah kerajaan rendahkan beberapa harga barangan kawalan yang memang dalam kawalan kerajaan dan rendahkan harga cukai yang membebankan pengguna seperti cukai kereta tempatan.

Bukan kita tidak tahu, kita tahu, harga barang di malaysia baik makanan mahupun barangan lain sedikit sebanyak kerajaan mampu mengawal ia jika kerajaan laksanakan beberapa polisi yang memihak kepada rakyat marhaen.

Jika ini kerajaan buat, insya-Allah kita tak perlukan 1pmc untuk menikmati discount apa bagai disebabkan tangga gaji kita yang rendah dengan kos sara hidup yang mencekik sebaliknya kita hanya perlukan pemimpin berjiwa rakyat yang memahami masalah rakyat.

Ingatlah, dari awal lagi rakyat tak pernah mengeluh jika disuruh bayar cukai or berhadapan dengan kenaikan harga barang, apa yang rakyat hadap dari dulu lagi ialah biarlah ia setimpal dan sesuai dengan kesanggupan rakyat. Apa yang kita alami sekarang neh ialah sudah di luar kesanggupan kita. 

Jadi sila kaji semula program ini dan fikirkan semula sasaran sebenar anda. Adakah rakyat marhaen ataupun kroni yang anda sasarkan untuk bantu dan ringankan perbelanjaan harian mereka?  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...