Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Julai 2012

Wang kertas baru sama seperti wang kertas untuk si mati?

Benda neh aku dapat melalui sebaran di facebook. Korang tengok persamaan yang wujud antara duit kertas neraka dengan duit kertas malaysia yang baru. Aku tak rasa depa pertikaikan kreativiti mereka2 yang mereka wang kertas baru neh cuma aku rasa depa cam pelik kenapa wujud persamaan tersebut.


Itupun kalau sungguh larh gambar yang disebarkan tue merujuk kepada hell note = hell note yang betul2. Bukan rekaan or super impose seseorang. Maybe rakan2 kita yang menganuti buddha boleh berikan pengesahan lanjut dalam isu neh. Namun kalau sekalipun hell note = malaysia note, aku tetap rasa ada something yang fishy kat sini.

Sebab?

1. Rekaan wang kertas baru telah didedahkan kepada umum sejak beberapa bulan yang lalu. So ini bukan perkara baru beb. Sesiapa saja ada akses kepada rekaan tersebut bahkan BNM siap letakkan lagi di laman rasmi mereka.

2. Jadi, bukan kah tidak mustahil pula hell note meniru rekaan terkini dari wang kertas negara kita? 

3. Well, pandangan aku macam neh, maybe mereka tiada niat yang buruk ketika meniru sebaliknya nak mengupdatekan wang kertas tersebut kepada rekaan yang terbaru supaya seiring dengan wang kertas di malaysia agar bila wang tersebut dibakar ia benar2 boleh "sah digunakan" di dunia sana.

Well, macam aku cakap tadi, ini hanya pandangan aku jek. Hal sebenar aku siyes tatau.

Apa pun aku berharap jangan too much dalam berpolitik der. Guna dulu wang kertas yang baru diedarkan tue. Agak2 kalau wang tue berkualiti teruk then you kondem. Jangan main kondem sebelum guna. Dan jangan juga main kondem melulu tanpa ketahui fakta.

Tak siapa tahu siapa tiru siapa. Apa pun andai benar hell note wujud dulu sebelum wang kertas baru wujud memang tak patut. 

Pasal apa? 

Pasal takde kreativiti langsung. Kemon, anda dibayar untuk menjadi kreatif. Kalau nak jadi inovatif pun takdak hal tapi kemon.. jangan keterlaluan, sampai nampak sangat pula persamaan nya beb. Nanti orang tetap akan komplen beb. Tapi apa2 hal pun macam aku cakap tadi, sukar nak cakap sapa tiru sapa. Sebab tak terbukti pun. Tah2 masing2 tiru masing2 kot.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...