Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 Julai 2012

Mahfuz membuktikan PAS KEDAH menipu.





Jawapan oleh mahfuz mengesahkan wujudnya penipuan oleh pas kedah terhadap pas pusat dan perjuangan oren.


Mahfuz berkata ;

Sebaliknya, beliau berpendapat ia mungkin disebabkan "kegagalan pegawai yang terbabit memahami dan menjiwai keputusan politik dan parti" yang menguasai negeri tersebut.

"Saya tidak menganggap perkara ini sebagai sabotaj. Tetapi mereka berfikir ini berniaga, (ada) untung, rugi. (Lagipun) duit itu bukan kepentingan mereka atau menteri besar. 

"Duit itu, kalau untung, untuk pembangunan negeri dan rakyat," katanya sambil menegaskan bahawa pembelian saham itu dibuat tanpa merujuk kepada lembaga pengarah PKNK.

Tarik keluar point ;

1. Kegagalan pegawai terbabit memahami dan menjiwai keputusan politik dan parti. <-- Politik dan parti sahaja kah? Bukan kah pegawai kerajaan kena menjiwai keputusan rakyat disini? Rupanya mahfuz memberitahu kepada kita bahawa pegawai kerajaan memikirkan dua elemen penting sebelum berbuat keputusan iaitu politik dan parti bukan rakyat, politik dan parti. Ini sebenarnya budaya yang wujud di kalangan bn. Cuma tak sangka juga aku budaya neh wujud di kalangan pas. Terima kasih mahfuz.

2.  Bukan sabotaj dan untung digunakan untuk pembangunan negeri dan rakyat. <-- Pfttt.. mahfuz, ini automatik mengesahkan bahawa penjualan saham felda oleh kerajaan = keputusan tepat = baru lah boleh kerajaan negeri pas jana untung. Kalau ia keputusan yang bebal oleh bn maka macam mana anda boleh dapat untung = salur kepada rakyat? Dah kalau jana keuntungan = digunakan untuk pembangunan rakyat = maka apa sebab oren wujud lagi?

Nah,

Disinilah orang2 macam anda sebenarnya yang gagal memahami aspirasi perjuangan rakyat. Di satu sisi di peringkat pusat anda cakap bahawa penjualan saham felda akan meranapkan peneroka felda namun di satu sisi yang lain anda juga mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku. Kemon mahfuz, ini bukan alasan yang baik. 

Cakap aje terus terang pas kedah tak geng dengan pas pusat dan sememangnya sokong dengan apa yang dibuat oleh barisan nasional. Cukup. Biar kami jelas dengan perbezaan pendapat tersebut sebab akhirnya samada kami suka atau tak suka, kami tetap kena terima oke.

3. Pembelian saham FELDA dibeli tanpa merujuk kepada ahli lembaga pengarah PKNK. <-- Pftt.. mahfuz. Ini sama sekali bukan alasan yang tepat. Kalau ahli lembaga pengarah tatau buat apa ada nya ahli lembaga pengarah mahfuz? Tercongok jadi ahli lembaga pengarah je ke dan biarkan sahaja pegawai2 kanan buat keputusan?

Walaupun mahfuz seolah2 menyalahkan pegawai tetapi dia juga mempertahankan pegawai yang membuat keputusan tersebut. Kenapa? Ce korang fikir.

Di artikel yang sama mahfuz juga berkata2 begini ;
"Lembaga pengarah pun sedar, mereka (telah) memaklumkan kepada saya. Mereka buat keputusan selepas beli saham. Akhirnya mereka kata, lepas ini kena jual. Sebab itu (mereka akan) jual berperingkat".

"Nak kata apa dah, sudah beli. Jadi bagi saya mengambil masa untuk kita nak mengubah pegawai bahawa amalan kita harus berbeza dengan kerajaan dulu," katanya.

Lembaga pengarah sedar dengan apa yang berlaku. Bahkan telah sedar sebelum himpunan oren. Tapi keputusan nak jual baru dibuat melalui laporan sinar harian bhai. Bahkan mazlan aliman juga suruh jual dan minta maaf. Napa masa tue tak cakap hello mazlan aliman, kami memang sedang jual secara berperingkat sebelum you suruh oke.

Wow..

Alasan tue tak dipakai sebab memang tak terfikir pun nak jual. Beginilah. Satu penipuan tidak boleh menutup penipuan yang lain. Dah buat sesuatu keputusan yang tidak selari dengan aspirasi pusat? Takpe. Mengaku aje terus terang. Nyatakan pendirian tanpa rasa takut. Bahkan tak perlu minta maaf atau jual saham2 tersebut. Bagi aku pas kedah ada hak untuk tidak sependapat dengan pusat dan oren. Lantak p lah. 

Walaupun mereka ada hak untuk berbeza pendapat tapi mereka takde hak untuk berselindung. Kerana biasanya benda sorok2 neh ialah benda yang bila ia dibongkarkan, ia akan mengundang spekulasi negatif. Senang cakap, ia ialah benda yang salah.

Sebab tue aku cakap, lebih baik pas kedah sendiri dedahkan perbezaan mereka berbanding musuh politik yang dedahkan ia. Kerana bila musuh yang mendedahkan perbuatan anda, pemikiran rakyat tidak akan sama seperti dulu lagi. Tolong lah faham.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...