Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Julai 2012

Isu Kelab Malam dan penari lucah di Kedah.

Laa

Memang pun di kedah. Kelab malam neh memang di kedah oke. Di kedah. Aku ulang sekali lagi memang di kedah pun. Pasal aku dah taip dah dua perkataan tersebut di GOOGLE..

1. Bali - bali cafe, alor setar ==> 7 tahun dah ditubuhkan. Mula2 blog umno bantai letak video neh kat blog dorang sebelum remove. Kekonon nak kaitkan dengan house bar. Pasai pa? Dah 7 tahun ditubuhkan baru depa nak kecoh. Awat time bn perintah depa takmo kecoh?

kah kah kah

2.House bar, alor setar ==>  Aku terau cari tahun tapi tak jumpa. Yang confirm benda neh memang berada di kedah tue jek beb.

Apa pun AWAS. Ini posting gile babi punya seksi sebab aku malas nak save untuk tutup part tertentu. Aku dah try upload kan yang paling kurang seksi. Tapi seksi tetap seksi. seumur hidup SX tetap seumur hidup SX oke?

kah kah kah




Antara gambar yang dirakam dalam house bar. Menurut blogger umno larh kan. Aku tak pasti gambar tersebut benar atau tidak dirakam ketika dalam kedua2 kelab malam terbabit oke. Yang aku tahu kelab malam tue memang di wujud di kedah tue ajek. 

Kat bawah neh pula video ;

 

Bercakap pasal lesen aku tak pasti benar ataupun tidak tuduhan bloggers umno yang mengatakan bahawa pusat hiburan tersebut diluluskan di bawah pentadbiran pas. Dorang ada kepilkan satu dokumen bagi menguatkan hujah dorang. 

Lihat kat bawah neh oke ;



Kata bloggers umno surat di atas neh antara contoh bahawa permohonan kelab malam di kedah disokong oleh exco kedah. Ahli majlis tiada kena mengena langsung. Exco bagi lampu hijau. 

Tapi bagi aku apa pula takde kena mengena dengan ahli majlis? Bukan kah exco cuma menyokong aje. Nak lulus ka taknak lulus ka nak bagi lesen ka taknak bagi lesen ka atas tangan ahli majlis. Kalau ko taknak bagi lesen toksah bagi lesen.

Surat sokongan = bukan bererti surat paksaan. Tak setuju tendang je lah keluar surat tue. Adoiiii di manakah pendirian ko weh ahli majlis negeri kedah? Apa pun aku tak pasti surat di atas palsu ataupun tulen. Aku cuma nak bagi pendapat bila bloggers umno cakap neh salah exco bukan salah ahli majlis. 

Bagi aku kalau sungguh exco bagi sokongan + ahli majlis bagi permit sebab ada sokongan exco negeri = dedua salah. Takde yang tak salah. Sama besar kesalahan mereka. Bila dah luluskan pusat hiburan kena lah bertanggungjawab sket. Jangan sampai bagi orang islam terjebak dan jangan juga sampai kegiatan orang bukan islam menganggu urusan orang lain.

Kalau tengok kepada gambar2 yang disiarkan oleh mereka memang gila babi punya lucah. Tatau lah nak p berjoget semata2 ataupun ada tujuan yang disebaliknya. Jadi ada baiknya pas kedah p pantau pusat hiburan tersebut. Ada atau tidak depa lakukan sesuatu yang lebih selain dari berhibur. 

Dan betul atau tidak house bar wujud di bawah pas kedah? Jika ya, apa penjelasan anda? Takan nak jawab orang bukan islam boleh berhibur? Ekekeke.. neh dah sama macam alasan orang umno neh. Kan dah ada bali-bali cafe di alor setar. Buat apa tambahkan house bar lagi der? Kalau betul lah kan sepertimana tuduhan orang umno tue.

Aku percaya orang bukan islam pun faham bahawa  kegiatan tarian tiang, tarian bogel + lucah, berbaur seks dan etc2 bukan lah perkara yang patut diberikan muka. Mula2 halal menari bogel dalam kelab, lama2 kang halal menari bogel luar kelab. Ini sudah kerja gila.

Kalau nak berhibur, berjoget, menari, minum arak apa seme aku rasa orang2 islam memang dah faham dengan kegiatan tersebut. Tiada halangan pun untuk orang2 bukan islam berhibur. Tapi jangan keterlaluan sangat sampai meniagakan kegiatan pelacuran pula. Kalau pun korang rasa ia tak salah dari segi moral at least ia salah dari segi undang2. So, tolong faham.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...