Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Julai 2012

Skandal tablet 1malaysia terbongkar - Sila baca tanpa menyesal!

Sudah tentu aku bukan orang yang paling sesuai memberikan ulasan terperinci mengenai satu2 gajet. Aku hanya tahu guna dan kalau tak bagus aku akan complaint.

Kali neh aku akan mendedahkan misteri disebalik kewujudan tablet 1malaysia.

Lihat kat bawah neh geng ;



Sapa yang percaya tablet 1malaysia dijual dengan harga RM399?

Pergi tampar diri sendiri. Yes tampar diri sendiri. Tampar belah kiri jek.


Sudah tampar diri sendiri di belah kiri? Bagus. 


Maaf. Tamparan itu bukan untuk menyakitkan anda. Tetapi untuk menyedarkan anda. Menyedarkan anda dari lamunan dan mimpi. Menyedarkan anda betapa baiknya ahti anda kerana bersangka tablet 1malaysia akan dijual dengan harga tersebut.

NO.

STOP.

Berhenti disitu.


Berhenti kerana bn tidak akan pernah baik dengan anda dan kita semua. Mana mungkin tablet 1malaysia akan dijual dengan harga sebegitu geng. Mana mungkin.

Apa yang berlaku ialah penjual tersebut memanipulasikan jenama 1malaysia untuk menarik perhatian orang ramai. Sebenarnya dia jual product dari china. Dengan spesifikasi yang sama seperti tablet 1malaysia mereka boleh menjual dengan harga rm399.

Ya.

Hanya RM399.

Spesifikasi tablet 1malaysia = product china seperti di atas. 

Barangan import kalau you all nak tahu. Dari china pun still barangan import bukan product tempatan oke.

Tapi apa harga tablet 1malaysia yang dipaksapercaya dibuat disini?

RM999 untuk 999 pembeli pertama.

Apa? RM999 untuk 999 pembeli pertama? Nampak special disitu. Jika RM999 untuk 999 pembeli pertama ini bermaksud harga dia akan meningkat dari RM999 ke satu harga yang lebih tinggi dan ini sangat

WOW..

Sekali lagi, mari main tampar2. Kali neh sesama kita tampar sesama kita. Belah kanan oke. Belah kiri masih sakit.

 
Memasing sudah tampar memasing. Oke. Good.

Menurut pengulas gajet, info yang aku dapat disini dan disini memberitahu bahawa harga tablet 1malaysia dipercayai akan mencecah kepada RM1,200 - RM1,500 bagi melengkapkan fungsi selepas habis tempoh promosi 999 dan ini sekaligus membuktikan kepada kita bahawa tablet 1malaysia tidak diniatkan untuk menyempurnakan hari2 kita bersama tablet. Tidak. Ya, benar2 TIDAK.

Walaupun semasa majlis pelancaran, najib ada memberitahu bahawa tablet 1malaysia ialah satu projek yang akan memanfaatkan rakyat tetapi bukan itulah yang telah berlaku sebenarnya. Bagaimana tablet berspesifikasi rendah + harga mahal = boleh membantu rakya disini? Mari garu kepala masing2 geng.

Atau adakah kerana ia dijenamakan dengan 1malaysia sebab tue ia dijual dengan mahal? Tepuk tangan khusus untuk kroni. Tanda ucap tahniah geng. Kalau korang buka sendiri laman web developer tablet 1malaysia = http://www.maltechpro.com/

Korang akan nampak seperti kat bawah neh ;

 


Maklumat mengenai spesifikasi asas ? ==> Takdak.

Maklumat mengenai product dan reka bentuk ? ==> Takdak.

Maklumat mengenai pengeluar dan ciri2 kegunaan ? ==> Takdak.

Apa yang ada? 

Email untuk pre-order. Otak aku membaca email untuk mengcollect duit = modal.  Selain dari itu, otak aku juga SUKA2 JAHAT membaca bahawa kemungkinan besar tablet neh akan diagihkan ke sekolah dan jabatan kerajaan. Ini bermakna akhirnya product yang sebegini teruk akan dijadikan bahan untuk meraih keuntungan oleh sesetengah pihak.

Product neh teruk bukan kerana spesifikasi geng. Product neh teruk sebab ;

1. Ia dijenamakan dengan satu malaysia.

2. Ia diperlihatkan seperti buatan tempatan walhal ia rebranding dari china mali oooo.

3. Ia juga diperlihatkan seolah2 berbaloi untuk dimiliki tetapi dengan wang RM999 ko boleh dapat tablet china yang lebih baik dari ini. Mahal + spesifikasi rendah = berbaloi ka? Apa? Tablet china mali bukan nya best pun. Abis, ko fikir tablet 1malaysia mali lebih best kah dari china mali punya? Ko pakai kereta proton ko mesti tahu punya product malaysia mali macam mana woo.

4. Ia juga diperlihatkan seolah2 tablet neh seiring dengan perkembangan teknologi semasa sedangkan ia hanyalah menggunapakai aplikasi teknologi terdahulu.

5. Dan yang teruk ada orang cakap beli lah product tempatan untuk support barangan tempatan. What the hell is that? Jika nak beli apa2 product sekalipun, isu tempatan or bukan tempatan bukan isu at all. Apa yang penting ialah bagaimana wang yang dikeluarkan memberikan semula hasil yang kita inginkan. Jika ia tidak memberikan hasil yang sepatutnya maka tiada sebab untuk kita menyokong product neh. Bahkan aku tak fikir pemimpin malaysia akan memakai product neh. You just wait larh der. Dan release nanti you know larh.

6. Namun the top of keterukkan tersebut ialah kerajaan menggunapakai alasan bahawa product neh diniatkan untuk membantu rakyat. Hell you. Salah guna word. Sepatutnya diniatkan untuk membantu kroni. 

Bagaimana product dengan harga rm999 pada harga promosi dan akan meningkat kepada rm1k plus boleh membantu rakyat marhaen disini? Tidak kah anda sedar bahawa samsung, huawei, bahkan ipad juga boleh didapati dengan harga yang serupa? Bahkan, product2 tue lebih dipercayai disebabkan reputasi. Jadi bagitau saya, bagaimana product tablet 1malaysia yang mahal + spesifikasi rendah = boleh membantu rakyat disini?

Dengan harga serendah rm999 = adakah anda berharap orang2 kampung boleh mengenal teknologi? Product dari china memberikan lebih kepuasan dari segi harga dude.

Dengan harga selepas promosi ditamatkan, rm1k dan plus = adakah anda berharap orang2 bandar akan memilih anda? Kemon, samsung dan ipad menjerit2 memanggil mereka dude.

So please, jangan. Tiada masalah pun kepada aku jika ko nak jual product mahal2. Aku takan beli. Bagi free insya-Allah aku akan amek. Kalau rate setimpal dengan apa yang ditawarkan insya-Allah aku akan beli. After all aku akan cuba memahami kegigihan anak tempatan. Aku akan cuba paksa diri aku untuk mempercayai yang malaysia sedang menghasilkan gajet sendiri. 

Tetapi bukan itu yang berlaku disini. Ko hanya mempermainkan kami seme. Silap. Ko hanya mempermainkan mereka2 yang tidak tahu disebalik kebenaran. Tapi you don't have to worry much dear. Because sesiapa yang tidak tahu akan amenoworld sampai kepada mereka supaya mereka tahu. Dan itulah yang akan berlaku disini dear.

KAH KAH KAH

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...