Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 April 2012

Gambar panas aksi Mahasiswa ketika berdemo mahsuh PTPTN.


Siang semalam ketika aku ditanda dalam gambar neh aku terus direct tanya ini adat sapa yang dorang ikut? Syukur gambar neh telah dipadam dari terus tersebar di facebook rakan2 tapi memadam gambar bukan bermaksud memadam perbuatan der.

Perkara di atas neh tetap berlaku samada gambar neh wujud ataupun tidak. Sabar dulu. Biar aku terangkan kenapa aku berpendapat cara korang salah. Ko boleh suka dan boleh tak suka tapi inilah pemikiran aku. Ko mungkin ada pemikiran yang lain tetapi terserah kerana setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeza2. Bukan memaksa orang menerima pemikiran kita tetapi cuma nak sampaikan apa yang kita fikirkan. 

Aku boleh cakap perbuatan kat atas neh sangat tidak patut. Maaf jika aku terlalu jujur dan berterus terang. Biar orang biadap dengan kita, bukan kita biadap dengan orang. Ada sesetengah perkara apabila kita marah kita akan lakukan apa2 tindakan ikut perasan. Tapi ikut perasan sekalipun tak semestinya kita akan menjadi biadap.

Contohnya, kita marah orang buang kek kita, so kita balas larh balik oitt bodoh napa ko lempar kek aku hah? Itu luahan kemarahan kita. Tapi kalau kita pergi bantai, terajang dan belasah dia, lepas tue curi duit dia then beli kek baru then makan depan2 dia, itu apa? Itu yang kita kata biadap. Maksudnya cara kita salurkan kemarahan tue walaupun atas niat yang betul tapi telah menggunakan cara yang kurang betul. Itu akan tetap dianggap salah.

Sama macam demo semalam. Niat itu betul. Perjuangan itu juga betul. Matlamat itu juga betul. Tapi sayang ia tidak disusuli dengan tindakan yang betul. Aku dari dulu lagi tak faham kenapa mesti bakar gambar, kalung atau ikut adat tertentu atau buat apa2 perkara yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan perjuangan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma neh.

Dah baca kali aku difahamkan bahawa pendidikan percuma itu ialah satu perkara yang semua mahasiswa pasti suka. Samada mereka penyokong kerajaan ataupun pembangkang ataupun tidak berminat dengan mana2 parti politik, pendidikan percuma ialah satu nikmat yang mana mereka semua suka. 

Sapa tak suka? Aku juga suka. Pendidikan percuma untuk semua rakyat malaysia tanpa mengira status, pangkat, jantina, usia, taraf, kaum dan agama. Ini perkara yang sangat bagus jika malaysia boleh laksanakan ia.

Tapi untuk pergi ke arah itu, untuk mencapai tujuan itu bukan kah lebih bagus dan manis jika kita menggunakan cara yang betul? Jika ko nak bagi anak ko makan, takan ko merompak susu der?

Nama perjuangan nak mahsuhkan ptptn [hutang]. Kalau nak mahsuhkan ptptn aku sendiri tidak bersetuju. Tetapi kalau nak convert ptptn kepada satu sistem yang lebih prihatin kepada pelajar aku sangat setuju. Pendirian aku dalam kes neh ialah pendidikan berkualiti dan percuma harus diberikan kepada mereka yang benar2 mahukan ia.

Maksud aku, mereka yang benar2 ingin belajar, ada usaha untuk tingkatkan ilmu, tanpa kira usia, pangkat, status, kaum, agama dan sebagainya harus diberikan peluang untuk belajar jika mereka benar2 boleh belajar. Pendidikan percuma tak layak untuk mereka malas atau bersikap main2. Wang pembayar cukai bukan untuk mereka yang suka main2. 

Ini impian aku. Aku juga bencikan sistem yang berasaskan peperiksaan hafalan semata2. Bagi aku kepandaian seseorang tidak boleh ditentukan sejauh mana dia mampu menghafal bab2 dan kandungan buku teks sebaliknya sejauh mana dia boleh menggunakan bakat dan ilmu yang dia ada berdasarkan keadaan dan situasi tertentu. 

Jadi pendidikan percuma itu bukan sahaja tidak boleh ditentukan sejauh mana A yang dia mampu raih melalui SPM atau apa.. sebaliknya harus diberikan kepada mereka yang benar2 berkebolehan. Jadi bukan sahaja kerajaan perlu dipastikan agar memberikan pendidikan percuma yang berkualiti, sistem pembelajaran tradisi juga harus di ubah dari awal. Tak perlu larh nak paksa seme orang belajar subjek yang sama dari kecik.

Ini lah impian aku. Dan ini juga aku ingin perjuangkan. Tapi aku takmo ketika berjuang menggunakan cara2 yang kurang bijak dalam menunjukkan perasan. Jadi aku minta kalau kita benar2 pandai maka kita gunakan sahaja cara2 yang biasa orang2 pandai gunakan untuk melepaskan perkara yang ingin di sampaikan. Tak guna juga kalau kita pongpang sana sini tapi akhirnya kita akan dikritik balik. Bukan kah lebih bagus kalau kita menghormati lawan yang akhirnya membuatkan kita akan mendapat penghormatan dan sokongan dari orang ramai?

Perjuangan yang mendapat sokongan dari orang ramai baru lah mampu mengubah pandangan kerajaan. Ambil contoh mudah ISA. Walaupun aku tak boleh nak kata perjuangan mahsuh ISA itu 100% tercapai buat masa sekarang tapi demo2 anti ISA neh dari dulu tak pernah lagi memburukkan suasana dengan perkara2 yang tidak sepatutnya. 

Kalaupun mereka melaungkan slogan hapus bn, tumbang bn, apa seme itu relevant sebab mahsuh ISA hanya di dokong oleh mereka2 yang anti bien. Mereka mahukan ISA di hapuskan sebab bien menggunakan ISA untuk kepentingan politik mereka. Dalam erti kata lain ISA = digunakan untuk MUSUH bien. Terang lagi jelas. Itu salah.

Berbeza dengan PTPTN. Mahsuh ptptn [hutang], ialah perjuangan yang ramai mahasiswa suka sebenarnya, tanpa mengira fahaman politik. Tapi disebabkan ada aksi2 seperti mengutuk bien, membalon individu2 yang takde kaitan, membakar dan memaparkan aksi2 yang langsung tak matang, maka mahasiswa2 yang suka pendidikan percuma neh hanya mampu suka dalam ahti. Tapi tak mampu nak suka secara realiti. 

Sedangkan jika ia dibuat betul2, usah kata 300 orang, 30,000 ribu orang pun sanggup turun. Mereka mahukan pendidikan percuma, ia satu impian yang bagus, itu suara ahti mereka, tapi sayang perjuangan yang bagus bila tidak disusuli dengan kaedah yang betul ia tetap akan dilihat tidak bagus. 

Nota : Hutang sesuatu yang wajib dibayar, itu betul. Tapi jika seseorang melupuskan hutang ko, maka ia tidak lagi menjadi satu kewajipan untuk membayarnya kembali. Pendidikan juga tidak harus dijadikan alat untuk mengaut keuntungan, ia sepatutnya tidak membebankan rakyat. 

Mana nak cari duit bayar duit buku, makan, tambang lagi, buat assignment dan etc2. Mungkin di IPTA beban tue kurang tapi kalau dah kena pinjam untuk belajar lepas tue charge pula bunga kat student apa seme, bukan kah itu satu tindakan yang terkutuk?

Dan, kalau tak belajar zaman sekarang macam mana nak dapat kerja yang elok? Kerja yang elok pun belum tentu menjanjikan gaji yang lumayan, apatah lagi kerja yang biasa2. Fikirlah. Sistem kapitalis telah mendorong seme orang berfikir bahawa duit itu adalah segala2nya, once bila kita dah fikir bahawa duit itu segala2nya maka itu lah kapitalis, negara yang mementingkan kebajikan rakyat sepatutnya akan mampu membuatkan rakyat dia berfikir bahawa wang bukan segala2nya. Inilah yang terjadi di zaman kegemilangan islam, yakni bukan sahaja sistem pentadbiran yang cekap, pendidikan juga adalah percuma.

Ameno : Nak marah pun sampaikan dengan cara yang betul der..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...