Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 April 2012

Gambar Najib Bonceng Motosikal.







Anwar ibrahim bukan nak sangat naik motor sebenarnya pun. Siyes. Dia naik motor sebab dia dihalang daripada memasuki tempat ceramah. Kalau dia tak dihalang memang dia takan naik motor. Buat apa dia naik motor sedangkan dia ada kereta kan? 


Maksud aku ialah kalau ko ada 100 ribu dan disuruh beli kenderaan mesti ko beli kereta kan? Dan kalau disuruh pilih samada beli antara kereta import dan kereta nasional mesti ko beli kereta import kan? Tak kisah larh kalau secondhand atau apa2 yang penting ko sendiri yang nak guna dan rasa selesa peduli apa orang lain nak anggap apa2 pun.


So sama juga dalam kes anwar ibrahim. Dia tak perlu susah payah nak tunjukkan diri dia wasatiyyah apa seme. Dia sendiri rasa selesa nak guna kereta mewah atau apa sahaja asalkan dia tahu bahawa perjuangan dia ialah nak membuat reformasi sistem pentadbiran di malaysia bukan nak mempromosikan diri sendiri sebagai wasatiyyah atau apa untuk mendapatkan simpati orang ramai.


Jadi bila gambar anwar ibrahim membonceng motosikal tersebar di media online, beberapa penyokong umno melihat ia mungkin satu kempen yang baik untuk najib. Sedangkan macam aku sebut di atas, anwar bukan nak sangat naik motor. Dia tak heran larh. Dia terpaksa naik jek tue sebab nak meloloskan diri ke tempat ceramah. 


Berbeza pula dengan najib. Dia terpaksa mencipta pelbagai kempen untuk menaikkan reputasi dan imej peribadi sedangkan kalau kita tengok di media2 arus perdana imej anwar ibrahim yang hari2 dicalarkan oleh barisan nasional tanpa henti. Tapi masih lagi gagal menaikkan imej diri sendiri agar dilihat lebih berkaliber dari anwar ibrahim, kenapa?


Mudah. Apabila sesuatu itu bersifat lakonan tak kira sebaik mana pun ko buat orang akan tetap boleh nampak heyy itu hanya lakonan sahaja larh der. Sama dalam kes motor neh. Ko hanya berlakon wasatiyyah untuk mendekati rakyat jek konon nak melawan dengan insiden anwar ibrahim yang bonceng motor hari tue padahal satu apa pun tak jadi.


Maksud aku, sebagai piem mana lah dia boleh memikirkan dsai itu 24 jam kan? Betul tak? Dia patut buat kerja dia. Jika dia buat kerja bagus, imej dia akan naik automatik. Dia tak payah susah2 nak buat kartun dan membayangkan diri sendiri sebagai superman, naik motor, round satu malaysia dan pongpang2 diri sendiri sangat wasatiyyah dengan guna wang rakyat atau apa seme semata2 nak melawan imej dengan dsai. 


Dia hanya perlu jalankan tanggungjawab dia sebagai piem dengan mencari jalan bagaimana mahu mentadbir negara neh dengan cekap dan efisiyen supaya kebajikan rakyat boleh terbela. Itu sahaja.


Dsai tue ketua pemimpin pembangkang. Dia itu tugasnya berpolitik semata2. Dan dia langsung tak salah. Sebab? Memang itulah tugas ketua pembangkang. Kalau dia tak berpolitik maka baik dia toksah jadi ahli politik, itu makan gaji buta namanya! Dia kena membangkang dan mempersoalkan sesuatu bagi pihak rakyat. Apa yang penting adakah persoalan2 politik yang dia bangkitkan itu relevant atau tidak, fitnah fakta atau auta? Itu je.


Tapi yang herannya, pasal apa piem yang mana tugas utama dia ialah mentadbir negara pun boleh sibuk main politik 24 jam semata2 nak melawan dengan dsai sehingga mengabaikan rakyat yang menjadi tanggungjawab dia? Sebab tue aku tengok piem malaysia neh semakin lama semakin sasau. 


Bien dan seluruh jentera dia benar2 mensasarkan dan mengutamakan dsai melebihi daripada rakyat. Ya, dsai juga rakyat tapi malangnya bukan dsai jek der. Aku neh pun rakyat. Yang baca blog neh pun rakyat, hey bien, ko ada ramai rakyat yang lain selain dari dsai oke? 


Aku taktau sapa sebenarnya yang taksub dsai sekarang neh. Penyokong2 yang sering membela dsai ataupun pembenci2 dsai yang seringkali mengutuk dsai ? Orang kata kalau terlalu bencikan seseorang lama2 kita boleh jadi sayang pada dia, rasanya itu kot yang dah berlaku kat bien. Kebencian terlampau mereka terhadap dsai menjadikan mereka anwarisme, sebab tue 24 jam hanya nama dsai je yang tertera di minda mereka mengalahkan orang2 yang sokong pr itu sendiri. Heh.


Ameno : Dulu aku tak percaya anwarisme wujud tapi sekarang aku dah percaya..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...