Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Januari 2012

Umno tabur duit time pilihanraya - Abdul Kadir Sheikh Fadzir





Time takde kuasa macam neh lah baru best dedah mendedah pelbagai perkara. Time ada kuasa haram ko nak bercakap ye syeikh. Bagus. At least sangkaan kita terhadap umno dan bn memang benar sebab ko dah mengakui nya sendiri. 


kah kah kah

Baca bawah neh beb ;


KUALA LUMPUR, 5 Jan: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar)menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar 'tidak kalut' untuk mengadakan pilihan raya seawal Mac tahun ini.

Sebaliknya kata beliau, Najib sewajarnya menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya selesai melaksanakan tugas mereka terlebih dahulu dan segala syor mereka dilaksanakan sepenuhnya.

Jika Perdana Menteri membuat pilihan raya awal tanpa menunggu jawatankuasa yang dibentuknya selesai menjalankan tugas, orang ramai akan mempertikaikan langkah beliau itu dan menganggap beliau menipu.
Oleh itu, katanya, Perdana Menteri perlu memastikan jawatankuasa itu selesai menjalankan tugas mereka selepas beliau sendiri melantik mereka sebelum ini.

Bekas menteri penerangan dan pelancongan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Harakahdaily semalam.

"Setakat ini baru cap jari (dakwat kekal), benda kecik sahaja, benda-benda pokok belum buat lagi.

"Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac," katanya.

Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan, kata beliau yang juga Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Antara lain katanya, keperluan rakyat kepada media yang adil dan bebas, bukan melaporkan sebelah pihak seperti sekarang ini.

"Harakah misalnya, mewakili setengah daripada orang Melayu di Semenanjung.

"Dia mintak permit nak buat akhbar (harian) ni dah 50 tahun dah, tak bagi juga
. Kalau saya ada kuasa saya bagi," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi.

"Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran.

"Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.-HD-





Time neh lah masanya nak lepas geram sebab tak dipilih sebagai salah seorang barisan kepimpinan najib razak ye tak? Time pru-12, takde pun dengar ko melalak pertahankan penggunaan dakwat kekal? Benda kecik konon. Memang lah kecik bila ko dah takde jawatan.

kah kah kah

Sekarang neh gua cabar lue dedahkan nama dan orang2 yang terlibat dalam penaburan wang sempena pru. Jangan cakap sahaja berani, bila minta bukti tak bagi. G mamposlah lue. Asal dari umno, satu hapa pun tak boleh pakai der.

Dia neh siap terang2 mengaku lagi bahawa pernah diberikan selonggok cash, kita tengok kalau2 SPRM nak tahan dia untuk ambil keterangan.. tapi aku minta kita toksah hadap sangat der.. umno kan apa pun boleh. Mengaku rasuah pun boleh lepas tue slumber lepas begitu sahaja.

kah kah kah

Ameno : Tak dapat jawatan mesti melalak maa

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...