Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Januari 2012

Khutbah jumaat pun sembang pasal 901? Okey sila mampos.

Meh dengar khutbah jumaat yang disediakan oleh amenoworld pula. Neh special untuk jakim okey. Aku pun nak luahkan sesuatu kat jakim neh. Siyes. Tajuk dia "mampos jakim".  Lepak, tajuk ganas tak semestinya isi dia ganas juga. Isi dia mungkin lebih ganas daripada tajuk, boleh jadi juga.

Kah kah kah

Woit jakim, sila pergi mampos.  

Kenapa? 

Sebab, bila bab2 politik pandai pula ko merapu meroyan bercakap halal haram tapi bila bab2 akidah ko mesti pakai alasan sadis.. bukan bidang kuasa saya.. jangan marah jakim, rakyat kena faham, blablablabla.. [sampai mampos] so bab2 politik neh bidang kuasa ko kah? 

Woit jakim, sila pergi mampos. 

Kenapa?

Punyalah berlambak2 umat islam komplain pasal mangga yang sah2 menjejaskan akidah umat islam sebab majalah tue majalah lucah melayu tapi ko boleh pula ban buku politik dari singapore. Apa kena mengena buku tue dengan umat islam malaysia? Nada. Obso. Apa pun takde. Yang majalah mangga neh ada. Langsung. Tindakan ko neh memang patchisowai.  Benda babit permasalahan umat islam ko abai, benda yang tah pape ko sibuk beria2 urus. Gila kah ko?

Woit jakim, sila pergi mampos.

Kenapa?

Selama neh bila ko pongpang pasal owhh makanan tue haram.. owhh makanan neh ada dna babi.. owhhh biskut neh ada ektrak babi.. haram ko nak dedahkan jenama ye. Bila orang taknak apply sijil halal dekat ko, pandai pula ko mengharamkan minuman tertentu semata2 sebab ko tak dapat duit. Ko punya sticker halal tue berbayar. Aku faham pasal kos percetakkan. Tapi niat ko dah lari. Sepatutnya kerja ko mengklasifikasikan apa yang haram dan halal bukan meniagakan cop untuk buat duit. Lepas tue boleh pula buat2 muka tak bersalah bila umat islam jadi confused pasal halal haram satu2 product. Bahlol kah ko?

Woit jakim, sila pergi mampos.

Kenapa?

Punyalah berlambak2 masalah sosial umat islam yang perlu dan patut ko tumpu, isu 901 ko amek kesah bagai? Yang buat konsert bagai, yang tak berbaju lah, yang melucah di filem, yang beromen di masjid, yang beranak merata2, yang tak reti baca Alquran, yang malas bersolat.. heyyy seme cukup bhai. Sakit jiwa aku memikirkan ye. Tapi, ada ka patut isu 901 yang si jakim neh sibukkan? Bingai kah ko jakim? 

So jakim gi lah mampos. Tolong g mampos. Aku dah cakap baik2 kan neh. So paham lah yer jakim. G mampos. Please. I need u to mampos. Tenkiu. Bai 

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan sambil menyifatkan penganjur mahu gunakan langkah itu untuk menimbulkan “huru-hara dalam negara.”


Teks khutbah khas bertajuk “Cinta Negara” yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut mengatakan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan boleh melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat sehingga membawa tanggapan kepada dunia Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan aman.

“Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan umat Islam di antaranya termasuklah melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan sama ada melalui media massa dan alam siber.

“Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini, mereka mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan,” kata teks khutbah yang dibacakan di semua masjid di Wilayah Persekutuan.

Kata khutbah itu lagi, penganjur melalui perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan mahu menyemai perasaan tidak puas hati kepada pemerintah negara yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah.

“Mereka bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan, mengheret rakyat ke jalanan, menjadikannya sebagai perisai tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan,” katanya.

Tegas khutbah itu, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan telah melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam lain dan keamanan negara.

“Percayalah bahawa demonstrasi jalanan yang mengamalkan kekerasaan dan kekacauan merupakan amalan yang dipolopori oleh golongan yang bersifat ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Justeru kata khutbah itu, umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, bangsa dan negara diseru agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.

“Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan mereka yang ingin menghuru-harakan keamanan negara, jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan umah.

“Janganlah kita menjadi seorang Muslim yang mencetuskan kekacauan, melakukan rusuhan, mengadu-domba sesama kita,” katanya.

Khutbah Jumaat ini muncul selepas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan aman bagi menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

“Cintailah keamanan yang wujud di negara kita ini dan peliharalah dengan sebaik mungkin. Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain.

“Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan,” kata khutbah Jumaat itu lagi. -TMI-

Ameno : Makan duit zakat.. taknak khutbah bab halal haram kah?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...