Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Januari 2012

Perkasa, permas, 30 NGOs berhimpun lawan 901 untuk sokong Saiful.

kah kah kah

Ada aku kesah? Lantak lah lue nak berhimpun pun. Sikit wa tak heran. Cuma wa rasa lue jilat ludah lue balik beb. Hari tue lue kata 901 untuk dsai semata2. Apa barang PR berhimpun untuk nyatakan sokongan terhadap individu walhal kita sebenarnya nak menunjukkan protes terhadap sistem perundangan yang bawa kes bodoh neh ke mahkamah. Seme neh pasal depa bicara kes karut marut liwat neh. So of course lah ada kaitan dengan dsai. Tak pelik pun.  

Tapi geng2 perkasa [ baca : umno] marah. Kata mereka dari berhimpun sokong dsai baik buat kerja pekdah sikit. Ya, aku setuju gak tue. Kalau semata2 himpun nak sokong dsai aku pun maleh pergi. Dah sokong lah neh dengan melawan fitnah2 umno menerusi blog. Apa barang nak himpun2 lagi. Tapi demo neh lebih daripada isu dsai semata2. Aku dah explain kat atas. Baca bawah neh pula. 

Penerangan dari DPPP ;

Himpunan Aman 901

Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan.


Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


So, atas kapasiti neh, leh lah aku turun dengan yakin. Takde hal. Tapi kan, sekarang neh geng2 perkasa pun nak berhimpun. Dan mereka berhimpun semata2 sebab nak sokong saiful. Dah tue saiful bukan individu meh? Takan saiful kebinatangan pula? 

kah kah kah

Satu perhimpunan dikenali “Himpun Keadilan Untuk Saiful” dicadang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dikatakan bagi membela Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.

NONESetiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata, Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu.

"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia),” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.


Aku sebenarnya tatau permas neh apa. Tapi time neh lah nama ngo pelik2 akan muncul. Pernas lah, permas lah, permis lah dan segala bagai. Memang lawak siot. Yang lebih lawak, si perkasa neh terang2 lagi siap mengaku nak buat provokasi beb. 

Baca bawah neh ;

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar akan menyekat perhimpunan gerakan ‘Bebaskan Anwar 901', Isnin depan demi mempertahankan keamanan negara.

NONEMenurut lapor akhbar harian Melayu,Sinar Harian, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dipetik berkata ahlinya akan menunaikan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum berarak sehingga ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Kami tunai solat sunat berjemaah dan berdoa Alalh SWT memberi kekuatan kepada pejuang ini.

“Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi,” katanya dipetik akhbar itu.

Nampak? Dia yang provokasi. Dia ingat kita pun nak lakukan provokasi ka pa? Jangan kita balas provokasi depa. Garis panduan demo akan disebarkan dalam sikit masa lagi. Antaranya no provokasi. Memang sekarang neh polis dah bagi berhimpun tapi kita tengok dulu hasil perbincangan akhir macam mana. 

Taknak jadi macam kes bersih hari tue. Dah disuruh ke stadium last2 dia halang jalan. Memang bingai arh jawabnya. Tapi siyes aku cakap. Polis layan 901 macam betul2 dia buat pada bersih hari tue. Tah pape lah weh. Benda takde pape, tapi kecoh kaw2. Dari orang tak minat terus orang jadi minat nak turun demo. Tenkiu polis.

kah kah kah

Ameno : Agak2 ibrahim lari lagi tak macam hari tue?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...