Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Januari 2012

Polis : Penulis blog jangan sokong demo 901 atau bersedia dihukum.

Peh.

Takut siot aku. Mana nak lari neh? Ada sesiapa boleh help? Erkk.. jap. Aku mana ada sokong 901 apa. Rasanya tadi aku baru je update pasal neh. 901 boleh rugikan negara sebanyak rm1billion. Kan? So aku terselamat lah neh?

kah kah kah

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata setakat ini, 168 laporan polis diterima di seluruh negara daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan, peniaga, persatuan, ahli politik dan orang awam sebagai membantah kempen mengadakan perhimpunan itu.

“Saya berharap pemimpin atau penganjur perhimpunan tersebut menarik balik rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan itu kerana ia akan menyusahkan orang ramai, khususnya masyarakat umum di Kuala Lumpur,” kata Mohmad dalam satu kenyataan.

Beliau turut meminta penulis-penulis blog yang menggesa orang ramai menyertai perhimpunan itu supaya menghentikan penulisan mereka dengan serta-merta.

Melahirkan pandangan serupa dengan Khalid, Mohmad berkata: “Perbuatan itu boleh mengundang berlakunya pelanggaran undang-undang, menggugat ketenteraman awam dan menghina pentadbiran sistem keadilan negara kita.”

Beliau menegaskan orang ramai tidak perlu menerima sebarang hasutan kerana sama ada bebas atau tidak seseorang yang dituduh, bergantung kepada keputusan mahkamah yang berpandukan kepada sistem keadilan jenayah yang diamalkan di negara ini.

Mohmad seterusnya mengeluarkan amaran berikut: “Pada hari tersebut, sesiapa yang terlibat atau menyertai mana-mana pihak untuk meneruskan juga perhimpunan ini, polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.” -MNB-


Harap lepas neh polis boleh sensasikan isu pasal bom petrol dan dana yahudi pula. Baru best drama provokasi neh. Aku seriyus sanggup sabar menunggu update2 dari polis neh.

kah kah kah

Ameno : Apa pun tak boleh

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...