Peh.
Pagi neh kecoh dengan news mahasiswa yang kena belasah dan ditahan oleh polis malam tadi akibat bernekad meneruskan demo di depan pintu masuk UPSI bagi mencari kebebasan akedemik.
Menerusi pelbagai sumber website yang dikumpul melalui facebook dan twitter menyatakan bahawa ;
1. Mahasiswa ditahan ketika protes di depan pintu masuk UPSI.
2. Sebanyak 15 - 20 jumlah mahasiswa yang dipercayai ditahan oleh polis malam tadi.
3. Ada yang dipercayai dipukul dan dibelasah polis. Punca kejadian masih belum dapat dikenalpasti. Samada mahasiswa yang bertindak ganas ataupun polis yang melakukan provokasi.
4. Kat bawah neh gambar adam adli yang berada di lokap tanjung malim selepas dibawa oleh polis malam tadi. Dan dipercayai masih berada di dalam lokap.
Aku tahu faham kenapa mereka ditahan. Tapi kalau mereka berdemo di malam tahun baru kira halal sudahlah. Ramai orang berkumpul malam tahun baru untuk meraikan tahun baru so biarlah mahasiswa nak berkumpul dan protes pun. Anggap jek depa sambut tahun baru dengan cara sebegitu.
Aku tak pasti samada mahasiswa neh ada melakukan provokasi ataupun apa sehingga polis menahan hampir 20 mahasiswa malam tadi tapi aku tak fikir mahasiswa2 neh akan melakukan provokasi. Pasal apa, dorang patut dah belajar dari insiden adam adli, bahawa provokasi tak boleh selesaikan masalah.
Bagi pandangan aku apa yang berlaku ialah mungkin polis cuba menyuraikan mereka tetapi mereka enggan berganjak lalu ditahan. Ini yang aku rasa sedang berlaku. Tapi kejadian sebenar masih belum diketahui oleh aku. So neh cuma persepsi aku, bukan nya fakta. Jangan tatau beza plak.
Dengar citer ada juga yang dibelasah hingga berdarah ketika dalam tahanan lokap tapi tak pasti samada neh betul ataupun tidak. Dan sekarang facebookers juga sedang berkempen selamatkan mahasiswa dari tahanan polis. Sila baca mesej yang disebarkan di bawah neh ;
Updated ;
Tahun Baru 2012 Tercemar
1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.
2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.
3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan.
Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.
4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.
oleh - Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [via fb]
Gambar2 dari blog milosuam ;

Ameno : Perlu ke polis belasah sampai masuk ICU???