Benda neh memang sahih beb.
Lihat bawah neh. Baca sampai habis okey.
ARAHAN TINDAKAN
PEMERIKSAAN TAHAP 5 (TAHAN, UJI DAN LEPAS) BAGI PRODUK SARDIN DALAM TIN
VERSI 155 GRAM SAHAJA BERJENAMA "1 MALAYSIA" DARI NEGARA CHINA DAN
PEMERIKSAAN TAHAP 4 (SURVEILAN) BAGI SEMUA PRODUK IKAN DALAM TIN DARI
NEGARA CHINA UNTUK DIANALISA PERATUS KANDUNGAN IKAN DAN DISEMAK
PELABELANYA |
|
Salam 1 Malaysia
Tuan/Puan,
Berdasarkan pemantauan Bahagian ini terhadap
produk ikan sardin dalam tin jenama "1 Malaysia" yang dijual di Kedai
Rakyat 1 Malaysia dan pasaraya Mydin, adalah didapati wujud sampel untuk
versi 155 gram yang mengandungi hanya 44.10% ikan sahaja dan tidak
mematuhi Peraturan 161 (2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang
memperuntukkan peratus ikan perlu tidak kurang daripada 55%. Setelah
disiasat, adalah didapati produk ikan sardin jenama "1 Malaysia" ini
adalah diimport dari negara China oleh pengimport Syarikat Teik Senn
(Malaysia) Sdn Bhd daripada Pulau Pinang.
Suhubungan
dengan itu, berkuatkuasa serta merta, semua pengimportan ikan sardin
dalam tin jenama "1 Malaysia" dari negara China versi 155 gram sahaja
khususnya yang diimport oleh Syarikat Teik Senn (Malaysia) Sdn Bhd
adalah dikenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji & Lepas)
untuk dianalisa peratus (%) kandungan ikan dan disemak aspek
pelabelannya.
Di
samping itu, berkuatkuasa serta merta, semua produk ikan dalam tin
(seperti sardin, tuna dan sebagainya) yang diimport dari China sahaja
adalah dikenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 4 (Surveilan) untuk
dianalisa parameter peratus (%) kandungan ikan dan juga disemak aspek
pelabelannya. Tindakan ini hanya melibatkan produk ikan dalam tin
sahaja (seperti sardin, tuna dan lain-lain) dan tidak melibatkan produk
seperti udang, ketam dan sebagainya. Di
samping itu, setiap pensampelan yang dilaksanakan perlu dimaklumkan
kepada Bahagian ini dengan kadar segera melalui format laporan yang
dilampirkan. Laporan berkenaan perlu dikemukakan melalui email kepada En. Shahrul Rizal bin Abd Jalil ([email protected]) dan En. Mohamad Khairulnizam bin Azmatullah ([email protected]).
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kedua-dua pegawai berkenaan di
talian 03-88833567 (Shahrul) dan 03-88833545 (Khairulnizam).
Segala kerjasama yang diberikan pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
|
| Submitted By : ADMINISTRATOR UTAMA FOSIM
29 Nov 2011 |
|
|
|
|
Ismail cakap apa? Fitnah pembangkang? Buletin neh pada 29 nov 2011. Neh fitnah pembangkang ka? Fitnah wak lue. Orang2 dalam kerajaan sendiri aware benda neh larh.. bangang betul. Aku benci giler menteri penipu neh weh.
Nota : Alamat web neh ada gov. Takan neh website tipu plak?
Ameno : Sapa lantik dia jadi menteri? Sungguh bodoh orang itu.