Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Disember 2011

Borang bantuan rm500 tapi sibuk tanya pasal kawasan undi buat apa?

Dari awal lagi aku malas nak cakap pasal isu neh berapi2. Saja tunggu benda yang betul2 boleh dipertikaikan untuk aku masuk line. Bukan apa, bagi aku seme orang dah faham bahawa bantuan neh bantuan on-off. So nak kecoh lebih2 sangat pun buat apa? 

Lebih baik ada dari takde. Inilah pendapat aku. At least kerajaan dah mula belajar untuk rendah diri bagi mengambil ahti rakyat. Dulu sombong nak mampos. Sekarang tahu ko terhegeh2.

Tengok bawah neh jap ;




Aku bukan nak mendengki kerajaan 24 jam sampai apa benda dia buat aku komplen jek. Jangan salah faham. Cuma aku pelik apa point dia sibuk nak siasat orang tue mengundi apa di mana bagai? Motifnya apa motif? 

Nak siasat? Buat research? Buat simpanan data? Atau apa? Benda neh pasal nak bantu rakyat so buat je larh benda2 yang patut. Benda2 yang tak patut diketengahkan dan boleh menimbulkan pertikaian orang ramai tak patut ada. Contohnya sibuk amek tahu orang tue mengundi di mana sekian2. Neh apa kaitan nya dengan bantuan pula? Mana ada kaitan langsung. 

Jangan salah gunakan benda2 begini untuk buat perkara yang salah. Nak research buat cara research. Ikut saluran yang betul. Jangan salah gunakan bantuan neh untuk buat benda lain pula. 

Apa motifnya menyibuk orang undi apa kemana bagai neh ek? Nak sibuk siasat sapa yang dah undi.. sapa yang blom pernah mengundi.. sapa yang boleh dibeli..? Sapa yang tidak boleh dibeli..? Neh tanya je seme neh. Korang yang cari pasal sebab saja bagi orang macam aku speculate bukan2, jadi jangan nak marah bagai plak.

Kesimpulan nya mudah jek. Bila nak bagi bantuan, buat cara yang proper. Buat cara kerajaan malaysia bagi bantuan. Jangan buat cara kerajaan umno yang bagi bantuan.  Bendera parti bagai dan apa2 benda yang related dengan parti tak salah digantung tapi masalahnya jangan over. Memanglah umno dan bn yang menjadi kerajaan di malaysia neh tapi jangan sampai lupa bahawa kami neh rakyat Malaysia.  So focuslah pada bendera malaysia.

Lagi satu, adalah sangat baik andai umno agihkan bantuan seolah2 seperti pemimpin malaysia yang agihkan. Jangan mendominasikan majlis seolah2 macam umno yang bagi, umno punya duit dan umno punya suka. Jangan. Tolong jangan. Pasal kita neh nak mengutamakan kebersihan. Risau ada yang muntah merata2. Bai.

Sumber gambar : sini

Nota : Untuk rekod bukan aku yang tulis note "umpan piliharaya" tue. Aku tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Nota : Jangan over sangat kutuk kerajaan dengan isu neh sampai babitkan benda yang tak perlu. Bukan apa, kang kutuk over2, last2 pr pun bagi bantuan on off baru tahu korang terkedu time tue.. ha ha ha

Ameno : Tengok sandiwara. Best taw.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...