Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Disember 2011

Isu BR1M : Penjelasan Borang dan Email yang palsu.

Wahh..

Rupanya ada banyak borang bantuan palsu diedarkan. Sebelum neh kecoh dengan isu jual borang. La neh edar borang palsu plak. Hairan betul. Lihat bawah neh ;



TV3 tadi kata ia palsu. Yang neh aku sangka baik je dengan tv3. Tapi aku tetap nak timbulkan beberapa persoalan. Aku heran apa susah payah nak edar dan cetak borang2 palsu neh? Tambahan pula ia diedarkan dengan percuma. Kalau dapat bayaran nampaklah juga motifnya. 

Tapi yang neh diedarkan secara percuma. Percuma. Di ulangi percuma. Kos print, kos photostat dan etc tak payah kira ka? Takan buta2 buat provokasi? Bukan senang nak perolehi borang neh. Orang biasa macam aku tak boleh juga nak pandai2 cipta borang neh dan sebarkan. Sebab tue aku pelik sket. Ka ada orang2 kerajaan yang cuba main tipu? Yang neh bukan tuduh tanya je sambil2 buat penaakulan.

Selain dari isu borang neh, isu email di bawah neh pun palsu. TV3 tak lapor pun pasal neh. Even sebelum orang2 umno cakap ia palsu pun aku dah predict benda neh palsu beb. 




Penjelasan LHDN berhubung isu neh ialah ;

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Tuan,
Terima kasih atas maklumat yang dikongsikan.
Pihak kami akan sentiasa berwaspada dan menyemak semua borang yang dikemukakan oleh pemohon yang layak.

Kami juga mohon kerjasama pihak tuan untuk turut sama menghebahkan kepada pemohon yang layak di kawasan tuan untuk mendapatkan borang yang benar.
Kerjasama pihak tuan amat kami hargai.

Sekian. Terima kasih.

Rusidah Abdul Rahim
Pegawai Perhubungan Awam
Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Klang
Telefon: 03-3341 8258 / 03-3361 4633 samb 39005
Faks : 03-3342 4109
E-mel : rusidah@hasil.gov.my / klang@hasil.gov.my


Sebenarnya aku ingat2 lupa benda neh. Tapi selepas berita pasal email neh tersebar aku teringat balik. Salah satu strategi yang najib = umno = bn akan guna pakai ialah elemen simpati. Maksudnya dia akan buat seolah2 dia dan kerajaan difitnah. Seseorang yang difitnah dengan mudah akan mendapat simpati orang ramai. Dsai begitu. TGNA juga begitu. Mereka difitnah dengan hebat dan hasilnya ramai yang simpati pada mereka.

Jadi, inilah salah satu elemen yang akan digunakan pakai oleh umno. Mereka sendiri yang akan buat fitnah terhadap kerajaan dan kita pula yang tatau apa2 menyebarkan fitnah sehingga ia kelihatan di bawa oleh pr dan last2 kita kantoi. Minta sesama kita kerjasama dalam isu neh. Baru2 neh dalam isu amanat dsai pun sama. Aku pun terkena nasib baik ada rakan yang betulkan. Terima kasih pada dia.

Terdapat banyak maklumat2 dan info2 yang perlu tapisan. Kalau kita main sebar tanpa periksa asal usul kita yang kena balik. Harap ada geng2 yang sudi tapis dan periksa setiap kesahihan info yang datang agar kita tidak terperangkap dengan permainan mereka.

Ameno : Dah up dah strategi najib..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...