Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Julai 2011

Isu bersih 2.0 : Nasib student UITM - kena cari pengundi hantu?

Email neh aku terima tanpa aku edit apa2. Dan email neh aku terima semalam. Ini baru satu student yang meluahkan rasa terpendam. Mungkin ramai lagi student yang mempunyai pendapat seperti neh di luar sana. Tapi kebebasan bersuara mereka di sekat melalui akta AUKU. 

Pendapat peribadi aku ialah mahasiswa harus diberikan peluang dan ruang untuk bersuara dan menyokong apa yang dekat di ahti mereka selagi mana ianya tidak melanggar syariat islam. Bukan susah. Cuma jangan melanggar syariat islam je. Dalam erti kata lain jangan menyimpang dari isi Alquran. Tapi BN rasa mereka lagi hebat dari firman Allah swt, nak buat macam mana. Terpaksa lah yang tak berdosa tanggung akibatnya. Baca bawah dan nilaikan sendiri.

Assalamualaikum..

encik amenoworld, saya hanya nak kongsi rasa tak puas hati sebab UiTM tak bagi student join Bersih 2.0. siap hantar-hantar email lagi tu. Kalau program UiTM ade kena-mengena dengan Puteri Umno boleh la pulak. contohnya OPKIM. kalau student tak boleh terlibat dengan politik, kenapa Puteri Umno boleh join aktiviti UiTM?? tak adil kan?
 

sem lepas kawan saya ada cerita, student yang masuk kadet polis universiti ni (suksis kot nama kelab tu), mereka wajib mencari 30 orang untuk mendapatkan nama dan NRIC.. tak tahu lah diorang nak buat ape. buat list pengundi hantu kot.. Hanya Allah yang tahu. cuba bayangkan kalau UiTM ade 200 kadet x 30 mangsa keadaan, dah berapa pengundi hantu boleh lahir?

tadi UiTM hantar email ni.. sabar je lah.

Seluruh Pelajar UiTM
 
LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -
A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

 
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-
“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.
 
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-
“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”
 
Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -
“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.
 
Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan
“Seseorang pegawai tidak boleh –
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”
 
Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

Sekian dimaklumkan.
DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc

Naib Canselor

Benda neh sebenarnya simple je. Yang cetus orang marah pasal wujud ketidakadilan. Contohnya ko larang A makan coklat, so larangan yang sama ko patut buat kat B kan. Bagi contoh lagi mudah ;

1. ko ada 10 anak.
2. 5 anak suka warna merah
3. 5 anak suka warna kuning
4. tapi ko paksa anak2 ko pakai baju kaler biru semua atas alasan "warna terang bahayakan kesihatan"
5. tapi warna merah pun warna yang terang juga. So budak2 neh akan berfikir bila mereka semakin dewasa, mereka lihat ibu-bapa menipu + mendesak.
6. dari situ lah timbul rasa tak puas ahti, marah dan akhirnya melawan.

Faham? Jangan cakap sesuatu, kalau benda tue ko tak mampu buat. Kalau sungguh AUKU untuk sekat mahasiswa berpolitik, maka ko buat betul2. Tak boleh politik pembangkang, politik kerajaan pun jangan. Adil dan saksama. Tapi kalau boleh berpolitik, maka biarlah adil. Mudah. 

Berkenaan mahasiswa yang nak join bersih 2.0, kalau korang tanya pendapat aku, aku akan cakap jangan. Bukan pasal aku memperkecilkan perjuangan dan kemahuan korang. Jangan salah faham. Tetapi aku takmo tgk korang kena buang u. Pendidikan penting. Dengan pendidikan lah kita boleh corak negara kita. Biar kita berkorban sket dengan tidak menghadiri bersih, asalkan suatu masa nanti bila kita dah habis belajar, dah pandai, kita tahu cara mana nak tentang pemerintah yang zalim. 

Emosi harus selaras dengan akal. Jangan biar emosi di depan akal. Kadang2 sebagai manusia normal memang lah susah nak kawal rasa marah. Tak payah pandang sapa2, tgk diri aku neh pun cukup dah. Payah nak kawal rasa marah. Tapi atleast aku bebas dari mana2 kekangan. Korang masih ada batasan dan perlu sentiasa berwaspada. Dengan kerajaan firaun kita tak boleh jangka apa yang mereka akan buat. So jagalah diri sendiri dulu then barulah berusaha untuk jaga masyarakat. Jangan risau, tiada "zahir" pun kat sana, korang tetap boleh terbangkan doa kepada Allah swt.

Isu pengundi hantu aku mengambil sikap tunggu dan siasat. Belum boleh membuat kesimpulan mengenai hal neh sebab hanya berdasarkan kepada statement seseorang tetapi jika benar ada di antara korang yang terlibat [dipaksa] apa kata kumpul bukti dan bagi aku? Insya-Allah bersama-sama kita perangi penipuan dalam sistem pilihanraya malaysia neh.

Ameno : Mahasiswa bukan boneka.

Share this

0 Comment to " Isu bersih 2.0 : Nasib student UITM - kena cari pengundi hantu? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...