Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label UITM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UITM. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mac 2013

Video Mahasiswa UITM Mengamok Tersebar.

UITM.

Harus diingat bukan semua student UITM tue penyokong bn. Yelah mungkin dulu ye. Dulu oke, dulu. Tapi zaman sekarang berbeza dari zaman dulu. Zaman sekarang ;

1. Saja2 menyokong umno untuk dapatkan sesuatu.. **berlakon.

2. Memang tak sokong umno dan memang tak minat nak berlakon.

3. Memang tegar UMNO.

4. Sokong UMNO untuk korek rahsia, maklumat dan etc.

5. Sokong UMNO untuk dapatkan kerja kat agensi kerajaan.. link kan banyak woo..

Sekarang kita perhatikan pula alasan2 di atas. Berapa banyak alasan yang sokong UMNO kerana UMNO itu sendiri? Hanya ada 1 alasan. Berapa ramai plak berlakon sokong UMNO, buat2 sokong ataupun tak sokong UMNO langsung? Ya alasan nya lebih banyak dari yang benar2 sokong UMNO.

Kadang2 bila dok kutuk2 UITM, dok kutuk2 student dia, yang pro pembangkang pun terasa juga. Mereka grade UITM ma. Jangan generalisekan ia. Anak sedara aku pun UITM juga. Tapi bukan UMNO. Itu yang pasti. 

Hehe.

Lihat video bawah neh. Video yang mahasiswa pro bn tak meraikan demokrasi. Tak reti nak hormat perlembagaan. Dan tak faham maksud berdikusi cara aman. Maaf, aku benar2 minta maaf kalau ada orang yang akan ingat individu2 yang merepek dalam video itu jenis sakit mental. Aku tak akan dorong sesiapa letakkan komen negatif terhadap student UITM yang tak sihat akalnya itu, harap maklum, oke?

Dan err.. terima kasih kerana memaparkan akhlak tak cerdik. Senang sket nak sebar kat orang.

KAH KAH KAH

Isnin, 14 Mei 2012

Pengakuan hebat dari student UITM.


Ini orang yang printscreen. Bukan aku. Baca apa yang dia tulis. Baca dan spot satu perkara. Pedulikan yang lain. Cuma spot tang perkataan duit poket tue jek. Sekarang nampak dan jelas tak sapa sebenarnya yang upah sapa ? 

Siapa sebenarnya yang bayar sapa agar perhimpunan tersebut dilihat ramai yang hadir supaya piem boleh muncul di depan tv dan media berangan cakap dia disokong oleh ramai orang muda?

Sebenarnya, macam yang aku dah tulis kat sini, aku sememangnya tak kesah langsung lah dengan apa2 benda aktiviti yang umno nak buat neh. Dia nak taja ka, upah ka, sponsor ka apa ka, apa kaitan dengan aku? Silap2 kalau aku berpeluang untuk join dan dapat bayaran, aku pergi. Aku mesti pergi. Terus terang cakap neh beb. Duit maa. Aku suka. Kalau bab undi tue citer lain oke.

kah kah kah

Tapi dalam kes neh, umno guna duit dia sendiri so dia punya pasal larh. Kalau guna duit kerajaan memang ada point kenapa aku nak melenting. Tapi takde bukti so aku malas nak main melenting. Tunggu ada bukti baru kita melenting.

Itulah aku dah pernah cakap dulu. Jangan suka2 tuduh dan fitnah orang begitu dan begini. Nanti ko sendiri yang kantoi der. Ko dok tuduh2 bersih kena bayar, kena taja, kena upah macam lah kami neh hina dan keji sangat. Sekarang dah terbukti sapa sebenarnya yang suka taja dan sponsor sana sini. 

Bila lue cakap orang kena bayar taja apa seme, mestilah lue benci dan keji gila kan perbuatan taja menaja tue? Tapi apahal lue sendiri amal perbuatan yang lue keji sebelum neh? Nampak tak sikap lue sendiri macam mana?

Aihhh... apa pun tak boleh larh lue neh.. apa pun tak boleh.

kah kah kah

Ameno : Semakin terkantoi.. 

Khamis, 5 Januari 2012

Gempak : Pelajar UITM pun nak berdemo !!!

Peh.

Bila? Besok? Hari neh? Kelmarin? Lusa? Akan datang? Baca bawah neh beb ;



kah kah kah

Benda takde di ada-adakan. Sekadar nak provoke dan mengempakkan suasana supaya jadi kecoh bagai. Menurut info yang aku terima mengatakan bahawa ;

1. Semalam uitm penuh dengan roadblock dan polis sana sini.

2. Ini berlaku sebab ada pelajar bercadang nak berdemo pada malam semalam.

3. Jadi uitm sahaja buat roadblock untuk halang pelajar2 dari meneruskan misi mereka.

4. Jadi pelajar2 uitm yang lain pun jadi menyampah. Mereka juga marah kerana keadaan semalam menyusahkan aktiviti harian mereka. Apahal lak bebudak neh nak berdemo time exam? Menyusahkan orang dowh. Fack lah weh.. fack wa cakap sama lue..

5. Tapi pada hakikatnya, takde satu budak pun yang nak melakukan demo semalam. Takde. Memang takde. Tah dari mana si sahol neh dapat info pun aku tatau. 

6. Menurut anggapan sesetengah pihak, si sahol neh saja nak provoke. Benda takde, dia ada2kan semata2 nak wujudkan persepsi negatif terhadap pelajar2 yang cenderung melakukan demo.

7. Mereka juga menganggap bahawa apa yang dilakukan oleh si sahol semalam adalah salah satu strategi "perang saiko" untuk menghalang pelajar2 daripada menyertai apa2 demo pada masa akan datang. Ini kerana bila pelajar2 sendiri dah alami sendiri.. owhh demo neh susahkan orang ek.. taknak lah aku g berdemo nanti aku susahkan orang lain.. sian depa... takmo demo2 dah. 

8. Automatik si sahol neh dah anggap pelajar2 uitm neh bebal2 belaka beb. Yang sebenarnya demo aman tidak akan menyusahkan mana2 pihak. Dan ia lebih baik jika pdrm itu sendiri mengiring peserta2 demo agar ia berlangsung secara aman. Kerjasama membawa berkat. Apa salahnya? Sedangkan tak silap aku bebudak uitm neh gak yang dibawa ke putrajaya untuk berdemo sokong najib minggu lepas. Elok je polis bantu bagai. Itupun dibuat secara paksa tanpa kerelaan bebudak itu sendiri. Ada sahol marah ka?

kah kah kah

9. Yang sebenarnya, bagi pandangan si sahol neh apa2 demo pro bn okey. Apa2 demo pro mahasiswa dan kecenderungan politik belah lawan not okey. Neh juga mentaliti bebudak uitm serap. Bila berpolitik pro kerajaan okey, demo politik pro lawan not okey walhal apa yang ada pada uitm hari neh hasil cukai wang rakyat tanpa kira politik beb. Heheheh.

Time collect duit taknak pula bias. Time guna perkhidmatan pandai pula bersikap bias? Jangan bagi kami guna itu neh sebab ia disediakan oleh kerajaan? Nevermind. You pun jangan kutip cukai dari i. I pun tak hingin nak guna perkhidmatan u. Ada aku kesah?

kah kah kah

Ameno : Apa pun tak boleh..

Khamis, 7 Julai 2011

Isu bersih 2.0 : Nasib student UITM - kena cari pengundi hantu?

Email neh aku terima tanpa aku edit apa2. Dan email neh aku terima semalam. Ini baru satu student yang meluahkan rasa terpendam. Mungkin ramai lagi student yang mempunyai pendapat seperti neh di luar sana. Tapi kebebasan bersuara mereka di sekat melalui akta AUKU. 

Pendapat peribadi aku ialah mahasiswa harus diberikan peluang dan ruang untuk bersuara dan menyokong apa yang dekat di ahti mereka selagi mana ianya tidak melanggar syariat islam. Bukan susah. Cuma jangan melanggar syariat islam je. Dalam erti kata lain jangan menyimpang dari isi Alquran. Tapi BN rasa mereka lagi hebat dari firman Allah swt, nak buat macam mana. Terpaksa lah yang tak berdosa tanggung akibatnya. Baca bawah dan nilaikan sendiri.

Assalamualaikum..

encik amenoworld, saya hanya nak kongsi rasa tak puas hati sebab UiTM tak bagi student join Bersih 2.0. siap hantar-hantar email lagi tu. Kalau program UiTM ade kena-mengena dengan Puteri Umno boleh la pulak. contohnya OPKIM. kalau student tak boleh terlibat dengan politik, kenapa Puteri Umno boleh join aktiviti UiTM?? tak adil kan?
 

sem lepas kawan saya ada cerita, student yang masuk kadet polis universiti ni (suksis kot nama kelab tu), mereka wajib mencari 30 orang untuk mendapatkan nama dan NRIC.. tak tahu lah diorang nak buat ape. buat list pengundi hantu kot.. Hanya Allah yang tahu. cuba bayangkan kalau UiTM ade 200 kadet x 30 mangsa keadaan, dah berapa pengundi hantu boleh lahir?

tadi UiTM hantar email ni.. sabar je lah.

Seluruh Pelajar UiTM
 
LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -
“A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

 
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-
“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.
 
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-
“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”
 
Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -
“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.
 
Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan
“Seseorang pegawai tidak boleh –
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”
 
Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

Sekian dimaklumkan.
DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc

Naib Canselor

Benda neh sebenarnya simple je. Yang cetus orang marah pasal wujud ketidakadilan. Contohnya ko larang A makan coklat, so larangan yang sama ko patut buat kat B kan. Bagi contoh lagi mudah ;

1. ko ada 10 anak.
2. 5 anak suka warna merah
3. 5 anak suka warna kuning
4. tapi ko paksa anak2 ko pakai baju kaler biru semua atas alasan "warna terang bahayakan kesihatan"
5. tapi warna merah pun warna yang terang juga. So budak2 neh akan berfikir bila mereka semakin dewasa, mereka lihat ibu-bapa menipu + mendesak.
6. dari situ lah timbul rasa tak puas ahti, marah dan akhirnya melawan.

Faham? Jangan cakap sesuatu, kalau benda tue ko tak mampu buat. Kalau sungguh AUKU untuk sekat mahasiswa berpolitik, maka ko buat betul2. Tak boleh politik pembangkang, politik kerajaan pun jangan. Adil dan saksama. Tapi kalau boleh berpolitik, maka biarlah adil. Mudah. 

Berkenaan mahasiswa yang nak join bersih 2.0, kalau korang tanya pendapat aku, aku akan cakap jangan. Bukan pasal aku memperkecilkan perjuangan dan kemahuan korang. Jangan salah faham. Tetapi aku takmo tgk korang kena buang u. Pendidikan penting. Dengan pendidikan lah kita boleh corak negara kita. Biar kita berkorban sket dengan tidak menghadiri bersih, asalkan suatu masa nanti bila kita dah habis belajar, dah pandai, kita tahu cara mana nak tentang pemerintah yang zalim. 

Emosi harus selaras dengan akal. Jangan biar emosi di depan akal. Kadang2 sebagai manusia normal memang lah susah nak kawal rasa marah. Tak payah pandang sapa2, tgk diri aku neh pun cukup dah. Payah nak kawal rasa marah. Tapi atleast aku bebas dari mana2 kekangan. Korang masih ada batasan dan perlu sentiasa berwaspada. Dengan kerajaan firaun kita tak boleh jangka apa yang mereka akan buat. So jagalah diri sendiri dulu then barulah berusaha untuk jaga masyarakat. Jangan risau, tiada "zahir" pun kat sana, korang tetap boleh terbangkan doa kepada Allah swt.

Isu pengundi hantu aku mengambil sikap tunggu dan siasat. Belum boleh membuat kesimpulan mengenai hal neh sebab hanya berdasarkan kepada statement seseorang tetapi jika benar ada di antara korang yang terlibat [dipaksa] apa kata kumpul bukti dan bagi aku? Insya-Allah bersama-sama kita perangi penipuan dalam sistem pilihanraya malaysia neh.

Ameno : Mahasiswa bukan boneka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...