Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 3 Julai 2011

Tiket bas ke kl untuk tiga hari dihentikan ataupun sold out?

Semalam ada member facebooker bagitau yang tiket bas ke kl dihentikan di beberapa negeri. Yang diketahui sahih ialah terengganu. Yang lain2 negeri masih dalam siasatan. Esok aku akan pastikan untuk negeri perak pula. Dorang cakap tiket bas ke kl dihentikan untuk tiga hari bermula pada 7hb julai 2011. Kalau ini berita benar memang aku tak puas ahti. 

Pasal memang aku plan nak g kl naik bas. Mudah dan jimat kos aku. Naik kereta leceh. Naik motor lagi leceh. Penat nak mampos lah jawabnya. Belum sempat demo aku dah mampos kepenatan. Tapi sebenarnya kalau g naik kereta pun bukan jalan selamat beb. Dengar citer dorang akan buat macam2 roadblock sepanjang jalan ke kl. Andai kata korang bagi alasan nak pergi kenduri kahwin kan, so polis akan minta kad kahwin as bukti. Jadi korang nak cakap apa? 

Tak kira lah apa alasan pun korang nak bagi, pendek kata asal boleh polis akan minta alamat dan no telefon rumah untuk pastikan segala bagai alasan korang tue adalah benar [bukan bohong]. Neh andaian member yang mana dia kerja kat balai polis. Tapi bukan sebagai pegawai polis lah kan. Cuma dari cakap2 orang sana dia cakap mungkin perkara macam tue akan berlaku.

Kira leceh arh kalau macam tue. Macam susah je nak masuk kl. Dorang boleh bagi kita berjuta2 tips, tapi tips2 tue hanyalah tipsi semata2. Atas paper tak sama macam atas realiti. Bila deal dengan dunia realiti tak semestinya sama dengan apa yang tertera atas paper. Sebab tue kita sekarang kena share2 maklumat yang kita ada. Mungkin kita kena ikut laluan yang polis tak buat roadblock. Mungkin juga kita kena berlakon. Bila polis tanya kita pasal bersih, kita buat2 lah bangang. Contoh ;

polis : neh nak pergi mana neh?

korang : kl bang.

polis : buat apa g kl

korang : pandai2 lah bagi alasan.

polis : tipu lah, neh nak pergi demo haram bersih kan?

korang : demo haram bersih tue apa bang?

polis : demo haram bersih tatau?

korang : tatau bang.

polis : tatau?

korang : tatau bang, sungguh.

Pada pandangan aku dengan berlakon mengatakan kita tatau apa itu bersih, tak minat politik, tak amek tahu hal politik, tak minat bab negara, tak masuk campur urusan2 macam neh mungkin ada harapan besar bahawa polis takan suspect kita nak sertai demo. Itu je plan yang ada dalam hotak aku. Kira aku nak berlakon sebagai seorang individu yang tak masuk campur urusan negara. Aku rasa taktik neh akan berjaya. Hopefully aku boleh lah masuk kl 9 julai neh. Aku dah siap sedia nak tangkap gambar provokasi beb. Kata nak menang hadiah kan. 

kah kah kah

Tapi ada gak member aku cakap, baik kita berlakon sebagai penyokong merah. Bawa baju merah siap2. Kalau kantoi last2 minit cakap kita nak pergi demo tapi sokong merah ataupun perkasa. Habis citer. Itu taktik dia lah. Taktik aku macam kat atas neh. 

Tapi apa2 pun kuning dah berjaya atasi biru malam neh. Memang mencabar. Jantung aku sampai terkeluar2. Tentangan sengit gila dari kuning meskipun pengadil pilih kasih gila2. Geram betul. Dan minggu depan, giliran kita pula tunjukkan skill kita kat biru [bn] pula. Okeyh. Good luck semua.

Nota : Kepada mahasiswa dan pelajar2, utamakan pelajaran anda. Nak buat macam mana, dah bn ugut macam2 kan. Jangan sedihkan keluarga dan mengabaikan tuntutan ilmu pasal bersih. Walaupun tanpa sokongan anda secara  zahir [kehadiran] tetapi kita semua faham dan sedia tahu bahawa korang memang sokong perjuangan bersih. Okeyh.

Ameno : Orang tersepit dan terdesak memang lah begitu.

Share this

0 Comment to " Tiket bas ke kl untuk tiga hari dihentikan ataupun sold out? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...