Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 April 2011

TV3, Jam Omega dan Wan Azizah Part II

Ini part 1, baca dari mula aku malas nak ulang tulis.

Tv3 hari ini menerusi buletin utama telah menyiarkan berita mengenai jam omega sama seperti semalam. Cuma semalam tajuknya EMOSI tapi hari neh tajuk dia JAM OMEGA. Vitie yang sama cuma jalan cerita di ubah sedikit.

Ini video ulasan nazri terhadap jawapan balas wan azizah yang menafikan lelaki di dalam video terbabit ialah suami nya ;



Nazri cakap nak bawa benda neh ke kabinet sebab wan azizah menafikan yang dsai ialah individu yang dituduh dalam video terbabit. Alasan nazri bersebab. Dia nak tubuhkan siasatan diraja untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video terbabit. Dia siap cakap yang wan azizah cakap "pelakon" tue bukan suami wan azizah. Apa itu pelakon pula? Sepatutnya dalam kes ini ia PELAKU bukannya PELAKON. Heh.

Lagipun wan azizah tak sebut pun pelakon.Wan Azizah cuma cakap lelaki dalam video seks itu bukan suami nya. Heh.

Bagi aku ini memang peluang yang baik buat pakatan rakyat. Sama macam kes liwat II yang dibawa ke mahkamah. Akhirnya kebangangang saifool dan kerajaan terserlah. So untuk isu neh pun, biarlah mereka nak bawa ke RIC pun. Kita tengoklah kebangangang mereka terserlah lagi. 

Di buletin utama tadi, tv3 interview beberapa ahli parlimen. Semua memberikan jawapan yang senada. Semua nak kan suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk siasat video terbabit. Dan semua turut memberikan jawapan yang senada dalam isu jam omega. Ini termasuk geng sekatak. Semua geng katak ada tadi kecuali ibrahim ali.

Mereka mahu dsai dan wan azizah menunjukkan jam tersebut kepada tatapan umum. Bagi aku memang perlu pun wan azizah berbuat demikian. Ini bagi mematikan spekulasi. Bukan kita tuduh dan syak yang bukan-bukan. Tetapi takde salahnya pun jam omega tersebut ditayangkan ke hadapan khalayak. 

Namun ada rakan blogger mempunyai jawapan yang berbeza. Wan azizah mungkin ada sebab yang kukuh kenapa dia simpan jam tersebut. Boleh baca sini.

Tapi bagi aku sendiri, jam omega tersebut patut dipertontonkan kepada rakyat malaysia dengan jaminan kerajaan, pdrm dan mana-mana pihak berkuasa tidak boleh memaksa dsai dan wan azizah serahkan jam tersebut kepada mahkamah dan pdrm atas alasan nak menyiasat. Aku percaya mereka mungkin cuba nak main tipu.

Selepas itu tv3 turut menyiarkan kisah wee chee keong yang kena ugut. Dipercayai ada kaitan dengan kenyataan dia berhubung dengan isu skandal video seks di tv3 semalam. Ini kali kedua [atau lebih] dia menerima ugutan menerusi handphone [sms]. Dia menerima gambar ikan mati. Aku rasa nak tergelak tengok muka dia beria-ria bercerita. Entah2 geng sendiri yang hantar saja nak bagi dia rasa cuak kemudiannya pakatan rakyat pula yang dapat imej buruk. Mana nak tahu kan? Dia siap buat laporan polis lagi. Heh. 

Pelik juga aku kenapa tv3 focus pada isu neh. Isu neh sebenarnya bukanlah breaking news macam isu pegawai kastam yang mati di bangunan sprm. Isu neh sebenarnya dah basi. Malahan isu neh diketengahkan dulu berbanding isu pilihanraya negeri sarawak. Aku heran.

TV3 memperuntukkan 10 minit penuh [aku kira okey] untuk mencipta tanggapan buruk terhadap dsai supaya rakyat benci dsai.
Mungkin sebab tv3 dah takde jalan lain apabila mereka sedikit sebanyak UMNO telah terkesan dengan result di bawah neh ;





Hasil poll ini setakat ini ialah ;
1. 3,167 memilih jawapan no 1.
2. 300 memilih jawapan no 2.
3. 978 memilih jawapan no 3. [juga jawapan aku]
4. 717 memilih jawapan no 4. 

Maksudnya bilangan orang yang tak kesah individu dlam video tersebut samada anwar ataupun tidak lebih ramai berbanding dengan jumlah yang menyakini ia anwar. Pelik. Orang umno tak amek poll neh ke? Aku cabar klik sini untuk sertai survey.

Stastistik poll ini memang boleh dipercayai disebabkan satu pengguna facebook hanya boleh pilih satu2 jawapan pada satu kali. Kalau dia ada dua akaun lain, makna nya dia cuma boleh undi 2 kali dan begitulah seterusnya. Aku undi dua kali dan kedua2 nya aku pilih jawapan no 3.

Aku ada sebab kenapa pilih no 3. Aku mahukan siasatan terperinci di jalankan. Aku bukan hanya mahu buktikan video ini adalah palsu, aku mahu buktikan lebih dari itu. Aku mahukan fakta. Separuh dari kami dah yakin video itu didalangi umno. Tapi siapakah "nama" dan watak utama selain dari datuk t kita kena amek tahu. Kita perlu korek seme jalan citer berkaitan video ini.

Once bila kita dah dapatkan kebenaran dan hakikat, barulah kita tahu siapakah dalang dibalik video ini selain datuk t. Kita mesti amek tahu dan siasat habis habisan hingga ke hujung citer. Jangan bagi mereka sembunyikan waima satu kebenaran pun.

Tengok aje isu liwat II. Mana mereka berani nak mainkan sangat. Pasal semakin lama semakin terserlah kebodohan mereka. Mereka siarkan berita sekerat2 di tv3 pun ramai orang yang tak percaya. Kalau mereka siarkan berita penuh? Dah sah2 mereka kena maki.

So sama gak dengan isu neh.Biarkan jelah nak tubuh RCI. Kita korek kebangangang mereka satu persatu. Kita tengok siapa yang kena.

Ameno : Dengar citer kucing sebelah jiran rumah korang takley beranak pun anwar punya pasey.. betul ke? klik sini.


Share this

8 Responses to " TV3, Jam Omega dan Wan Azizah Part II "

  1. Seandai DS Anwar Ibrahim dan Wan Azizah mampu membuktikan video tersebut fitnah maka ia akan meningkat para penyokong dan memalukan BN.

    Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

    Pemfitnah Tempatnya Di Neraka?

    BalasPadam
  2. Acik,,,, Jawapan kite sama lah... ;-)

    BalasPadam
  3. Wan Azizah cuma menafikan pelaku di dalam video tersebut adalah DSAI, nape Nazri terasa penafian tersebut membawa maksud Wan Azizah menyatakan BN terlibat dalam fitnah tersebut?

    Kes Liwat II dah tamat pastu nak bawa ke mahkamah kes video ni plak.

    mahkamah sivil ada ke akta untuk penahan pelaku zina?

    Mungkin otak Umno "Nak masukkan Anwar ke ISA guna kes liwat tak leh jadi cuba masukkan ke ISA guna kes video seks".

    BalasPadam
  4. malu teman jadi org perak... ade menteri yang wakil negeri teman bangang dan bahlol tahap gaban... lebang lebu yeop...idak le teman nak ngundi puak-puak ni...giler deme ni...bukan nak memakmurkan bumi malaysia ni... ape yang deme pentingkan poket deme ajeee... PRU13 moh kite pakat-pakat ubah yeop yong weiiiiii....getik udah teman nengok gerombolan ni.... rasa loya nak muntah....wekwekwekwekwek....

    BalasPadam
  5. Baik bawak isu rakyat kat parlimen...bongok...

    -KSK-

    BalasPadam
  6. Korang ada baca Kosmo tak, dia banding kan rupa 'Pelaku' dalam video tgh berdiri dan DSAI yang sebenar tengah berdiri. Sah sangat lain sbb hidung Anwar kembang sikit, hidung 'Pelaku' tu kempis dan lebih mancung. Ni ibarat CIA keluar kan video Osama Ben Laden terbaru. Tapi yg di claim oleh pihak CIA adalah Osama Ben Laden tu sebenarnya bukan Osama yg sebenar sbb hidung mamat tu kembang. Entah mamak mana berlakon jadi Osama, rupanaya Malaysia pun dah tiru Amerika.

    BalasPadam
  7. Aku baru tau je jika bersabit zina blh kena ISA jgk.....hahaha..smua jd kelakar....dh blh buat drama kt tv3 kes2 fitnah 3serangkai neh

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...