Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 April 2011

Untuk yang serius : Jana pendapatan online.

Entry neh untuk orang yang serius je. Orang yang main-main boleh baca tapi tak digalakkan register dan join benda alah neh sebab nanti result dia main-main gak. Ble dia dapat result main-main sudah tentulah dia akan mengumpat hasil result yang main-main itu ke seantero internet. So ini yang kita takmo dan kita nak elakkan. 

Bagi mereka yang nak menjana pendapatan menerusi internet, dua sikap neh dia mesti ada. 

1. Serius
2. Tidak ikut-ikutan.

Bab serius aku dah explain kat atas. Bab tidak ikut-ikutan neh aku rasa kita semua tahu. Kita jangan ikut apa yang orang buat. Kalau orang ikut apa yang kita buat takpe. Heh.

Sorry..sorry.. aku main-main je kat atas neh tadi. Hahaha.. Kita jangan ikut apa yang orang nak. Maksudnya, kalau kawan2 korang approach korang then soh korang register sekian-sekian.. korang pun tertonggong-tonggonglah register. Lepas tue satu haram jadah korang tak faham apasal korang kena register benda alah tue. Tak ke kat situ menunjukkan korang suka ikut-ikutan? Ble korang tengok kekawan korang ada earning tapi ko takde earning hah mula lah korang naik geram. Then mesti korang akan mengutuk kawan korang dalam ahti.

So, untuk jana pendapatan dari sini korang kena ada dua sikap di atas. Kalau korang saja-saja nak register sebab aku suruh baik tak payah. Kalau korang nak hadiah macam semalam, klik sini, lantak korang lah. Janji bukan pasal aku yang suruh.

Benda neh agak menarik dan berbeza dari churp-churp. Selain suka buat contest, bagi reward dan hadiah menarik, korang boleh cari pendapatan melalui promosi kempen-kempen yang dilakukan oleh pihak pengiklan melalui media mereka.
Contohnya air-asia sign beriklan dengan pihak mereka, sekian-sekian lepas tue nanti dia akan bagi korang link promosi. Apa yang perlu korang buat ialah amek link tersebut dan promosi guna ;

1. facebook
2. twitter.

Setiap orang yang klik dia bayarlah 0.20 sen [bukan semua kempen]. Tapi yang membuatkan dia berbeza dengan churp-churp ialah ;

1. pakej kempen dia lebih banyak dan meluas.

2. ada contest dan hadiah yang menarik [bukan kempen ya, memang ada contest utk ahli2]

3. ada macam-macam reward.

Tapi satu kekurangan di sini ialah reward dan gift dia selalunya limited. Kiranya macam neh lah, sapa cepat dia dapat. Sapa perasan ada contest dan reward dulu, sertai dulu, dia dapat hadiah dulu lah. Kalau kita jenis seminggu sekali baru nak buka dan check, ucap selamat tinggal jelah. Memang takde harapan nak rebut iphone ke apa2 yang sepatutnya dalam tue.

Dan apa yang menariknya mengenai kempen ini, korang hanya perlu promosi perkara yang korang sendiri tertarik untuk promosi. Kalau korang promosi semua kempen demi duit, lupakan sahaja. Ble korang promosi satu2 benda alah tue atas sebab duit, maka dah takde apa dah yang korang nampak di hadapan korang melainkan ikon duit semata-mata. Dah tue, kalau ada kekurangan ataupun ketidakbagusan dalam product yang korang promosikan tue korang ada nak bagitau kat orang lain? Haramm!!! Jangan harap lhorr.. Sebab korang cuma nampak duit je kan?? Mana sanggup nak kutuk kempen sendiri beb.

Aku promosikan kesemua kempen-kempen di bawah neh sebab aku tertarik. Ada juga beberapa kempen dalam neh yang aku tak suka macam dalam churp-churp so aku memilih untuk tidak mempromosikan ia. Aku diberikan pilihan itu dan aku suka. Tak sama macam advertlets. Dia tak bagi aku pilihan untuk promosikan iklan-iklan yang tertentu. Buat masa sekarang aku agak sakit jiwa memikirkan iklan perempuan berbikini merah tue. Bila nak habis iklan bangang tue hah? Porno betul. Nak spa, ko spa lah, apasal nak tayang gambar berbikini kat orang pula?
Kempen yang aku rasa menarik ialah ;

Kempen selamatkan bumi kita <= neh tak dapat duit  ya
Contest IPAD <= neh dapat hadiah

Tak sama macam churp-churp yang hanya offer duit setiap kali kita promotes link mereka, di sini , yang ini tak terhad kepada duit. Mungkinlah kalau korang nak duit je, jangan join benda alah neh lah. Tapi benda neh lagi best dari churp-churp pasal bukan seme orang nak duit je. Hahaha.. bagi aku lah kan. Bagi korang?Mana aku tahu.. kemahuan lain-lain kan..

Nak register klik sini.

Ameno : Hadiah iphone tue best whorr..

Share this

6 Responses to " Untuk yang serius : Jana pendapatan online. "

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...