Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 April 2011

latest sarawak - BEAT THE CHEATS! – SARAWAK REPORT’S REVOLUTIONARY ELECTION MONITORING SERVICE!

Kini kedengaran berita-berita menjelang musim pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Pada hari Ahad ini, salah seorang pekerja utama PR, yang berpejabat di Kuching, telah dihalang masuk semula ke Sarawak, setelah dia mengambil cuti rehat di tempat kelahirannya di Semenanjung Malaysia.
Wang yang banyak sedang diedar-edarkan secara tunai ke rumah-rumah panjang oleh seorang Menteri senior BN, di samping itu anaknya pula menghulurkan berkotak-kotak beer. Majlis keramaian juga turut diadakan sebagai sebahagian dari aktiviti kelolaan Suruhanjaya Pilihanraya, dan pihak tentera juga dikerah untuk memasuki kawasan pedalaman, kononnya untuk membantu membina kemudahan-kemudahan asas, tetapi sebenarnya bertindak untuk mengugut para pengundi BN!
Salah satu contoh yang buruk telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri George Chan, yang didapati telah mengelirukan orang-orang kampung dengan mengakui bahawa beliau telah berjaya mendapatkan geran-geran tanah yang mereka nanti-nantikan berdekat-dekat lamanya. Sebenarnya, George Chan telah memberikan mereka surat bersyarat – di mana mereka diberitahu bahawa keputusan akhir akan mereka ketahui SELEPAS pilihanraya itu nanti, justeru itu, mereka mesti mengundi BN!
Hentikan penipuan!
Penipuan apa? Apakah maksudnya? Ianya mengingatkan kita bahawa BN kini berada dalam kerisauan dan ketakutan untuk kalah, JIKA mereka TIDAK membuli pengundi, merasuah pengundi dan menyalahgunakan kedudukan mereka dan pengaruh mereka untuk memaksa rakyat untuk mengundi mereka. Apa pun, mungkin ada di kalangan mereka akan kalah kali ini.
Bagi membantu usaha kita menghentikan penipuan, dan mendedahkan siapa mereka kepada umum, kami telah menerbitkan suatu laman pemantauan pilihanraya secara interaktif 24/7 dalam laman Sarawak Report ini. Inilah peluang anda memainkan peranan mengetengahkan kepada umum dan membuktikan perkara-perkara yang terjadi sebagai suatu usaha kita saling ingat-mengingati satu sama lain, agar tidak jatuh ke dalam perangkap BN.
Justeru itu, bawalah kamera atau telefon bimbit anda dan mulakan rakaman dan pengambaran perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda pada musim pilihanraya ini. Selepas itu, muat-naikkan bahan bukti anda itu ke dalam laman ini untuk dikongsikan bersama pengunjung atau pembaca yang lain!
Kami juga dikejutkan dengan suatu kisah di mana tiket penerbangan ditawarkan untuk rakyat Sarawak yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Ianya merupakan suatu taktik kotor BN untuk memperolehi butir-butir pada kad-kad pengenalan – yang kemudiannya memudahkan BN mengundi bagi pihak mereka nanti!
Kami telah memulakannya, kini terpulanglah pada anda. Sila klik di sini(http://election.sarawakreport.org) bagi mendapatkan maklumat lanjut, dan mengambil bahagian dalam kempen memantau pilihanraya kami ini.

Share this

1 Response to " latest sarawak - BEAT THE CHEATS! – SARAWAK REPORT’S REVOLUTIONARY ELECTION MONITORING SERVICE! "

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...