Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 April 2011

Hot : Pegawai kastam mati di bangunan SPRM.

Tengahari tadi aku sempat tengok berita awani tentang isu neh. Awani ada memaparkan bangunan SPRM tempat pegawai kastam tersebut terbunuh [ditolak, dibunuh atau apa, aku tak sure]. Aku tak faham macam mana bangunan tersebut boleh menyebabkan kematian misteri sebanyak dua kali. Kalau sekali mungkin boleh di anggap kebetulan. Tapi ini kali kedua. Dan ini menjejaskan nama baik SPRM. Perlu di ingat aku TIDAK membuat apa-apa kesimpulan di bawah ;

SPRM membunuh pegawai kastam terbabit.
SPRM mempunyai kaitan dengan kematian tersebut.

Cuma SPRM kena bertanggungjawab sketlah. Ini dah kali kedua. Dan sudah tentu orang akan membuat macam-macam spekulasi. Spekulasi orang lain aku takmo ulas, sebab aku takley baca otak orang lain. Spekulasi yang aku buat sendiri je yang aku nak ulas.

Berdasarkan jalan cerita yang aku dapat dari berita awani tadi, kisahnya lebih kurang begini ;

1. Pegawai kastam tersebut antara 62 individu yang ditahan dalam siasatan rasuah.

2. Dia lepaskan 2 hari lepas selepas di ikat jamin.

3. Dia kemudian nya kembali semula ke pejabat SPRM untuk bantu siasatan. Dia datang awal pagi dan telah menunggu beberapa seketika sebelum berhasil menemui pegawai siasatan.

4. Kemudian pegawai sprm keluar sekejap dari bilik untuk ambil file siasatan yang melibatkan kes pegawai kastam terbabit.

5. Sekembalinya semula dia ke pejabat tersebut dia tengok pegawai dah takde.

6. Then dia cari di seluruh lokasi. 

Teettttt...... Sampai sini aku terpaksa cakap aku dah berasa ragu-ragu. Ini adalah SPEKULASI aku semata-mata. 

Sepatutnya pegawai sprm hanya perlu call sahaja pegawai terbabit. Atau mungkin dia takde no telefon kakitangan kastam tue. Tapi boleh sahaja dia beranggapan bahawa pegawai terbabit dah balik kot. Pergi tandas ke apa ke. Ataupun semua itu tidak tertulis di berita bagi memendekkan cerita. Entah aku pun tak pasti. Tapi cerita dia yang beria2 cari di seluruh sprm benar2 mencurigai aku. Mungkin kah pegawai sprm tersebut telah diberitahu sesuatu oleh pegawai kastam terbabit? Maksud aku.. mungkinkah dia bagitau dia di UGUT bunuh oleh mana2 individu? Sebab itulah pegawai sprm beria2 cari dia.

7. Pegawai kastam itu kemudian nya ditemui terbaring di gelangang badminton milik sprm dan dipercayai terjatuh dari tingkat 3. 

Teettt.. aku tak percaya dia terjatuh. Sila tengok gambar bangunan sprm neh ;




SPEKULASI AKU ==> Ada boleh terjatuh ka? Dia dibunuh. Aku yakin dengan SPEKULASI aku. Perghh.. Kenapa dia dibunuh di bangunan SPRM? Siapa yang bunuh dia? Semua tue aku nak tahu. Memang kes ini akan menyedihkan ahti keluarga mangsa. Tak dapat dinafikan tapi orang yang ingin TAHU macam aku tak mungkin duduk diam dan berhenti berkata-kata.

Aku rasa pegawai kastam tersebut sengaja di bunuh di bangunan sprm bagi menekan pihak sprm. Kenapa SPRM? SPRM dah teruk tercemar. Reputasi sprm dah tercalar teruk. Maka orang yang bunuh dia berhajat menekan SPRM habis-habisan. 

Siasatan SPRM mengenai rasuah dan kastam akan terhalang. Ini kerana orang lebih berminat nak tahu kenapa ada individu boleh mati di pejabat sprm. Orang lebih berminat nak tahu benda alah neh. Daripada nak tahu perjalanan kes rasuah yang membabitkan kastam. Telah berkali-kali dibuktikan yang SPRM cuma pandai siasat separuh jalan. 

Kes TBH juga begitu. Orang lebih berminat nak tahu kenapa TBH mati di pejabat sprm. Daripada siasat perjalanan rasuah ronnie liu. TBH di panggil ke pejabat kerana ronnie liu. Ronnie liu entahkan bersih dari rasuah entahkan tidak. Kes dia tergantung macam tue je. Last2 terpaksa ditutup.

Mungkin lah SPRM sekarang neh nak cuba keluar dari persepsi masyarakat yang memandang mereka macam sampah. Tapi sayangnya SPRM masih cuai dan leka. Kalau nak bebas dari persepsi masyarakat, SPRM kena lebih tegas. Pasang cctv di setiap tempat di SPRM. Cakap je terus terang nama pegawai dan pemimpin kerajaan yang menekan SPRM. 

Jangan selindung2 mereka lagi. Kes ini umpama ikan kecik yang dibunuh oleh ikan besar. Memang sama2 ikan. Tapi ikan besar takmo kena jerat jala macam ikan kecik kena. Ikan kecik pula takmo kena jerat sorang2. Mungkin dia dah bersedia mendedahkan nama tapi belum sempat dia berbuat demikian, dia dibunuh atas sebab tertentu. Ini semua ada kemungkinannya. Tapi kebenarannya, Allah swt lebih tahu.

Lagi berita tentangnya di sini ;

http://www.malaysiakini.com/news/160772 < == PDRM klasifikasikan sebagai kematian mengejut. Oiii.. bukan kematian tp pembunuhan mengejut.


Individu yang meninggal itu ialah ;

Ahmad Sarbeni Mohammed, 56 tahun dan berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat jabatan kastam diraja malaysia, selangor.

Mari kita sedekahkan Alfatihah buat arwah dan semoga kebenaran terungkap suatu hari kelak.
Ameno : Siasat habis-habisan. Siasat semua. Siasat rasuah dan siasat siapa yang bunuh dia. Tak mungkin dia tiba2 mati di situ..

Share this

16 Responses to " Hot : Pegawai kastam mati di bangunan SPRM. "

  1. setiap masa ada kes sahaja..ternyata rakyat malaysia tak boleh fokus pada 1 1 kes..hmmm

    Tips supaya blog sentiasa diingati

    Kenangan lahir 80-an

    Ada apa dengan dara

    khalis datang ziarah di sini

    BalasPadam
  2. Macam nak mengalihkan perhatian org je.Pasal kes video dah tak jadi,so alih perhatian la kot.

    Rojak

    BalasPadam
  3. Pusing jangan x pusing.. bagi pembaca berpusing2 lagi.. Ragu2 kat nombor 6 tu, pemikiran singkat.. Setiap orang ada cara masing2, dan ianya spontan.. Kalau dah tahu awal2 orang tu nak bunuh diri, mesti la orang tu jage je kat bilik bg suspek x keluar..

    BalasPadam
  4. Dia nak BUNUH DIRI pun takan BODOH2 NAK BUNUH DIRI KAT SPRM. LAGIPUN dia tak mungkin BUNUH DIRI.. dia dah LEPAS.. BUKAN DISABITKAN KESALAHAN pun.. belum tentu kan?

    BalasPadam
  5. orang baik2 nie, jiran den haa,
    imam kastam selangor nie..
    sah kena bunuh...

    BalasPadam
  6. Wallahualam bissawab..apa-apapun, memang sekarang ni banyak isu berkaitan yang setiap satunya perlu ada Suruhanjaya Khas untuk selesaikan..bila nak settel pun tak tau la..Al Fatihah buat keluarga mangsa..Allah makbulkan doa orang teraniaya

    BalasPadam
  7. mak aih..gile sonang nk tutup kes n lenyapkan watak..kalah drama melayu..huhu..we're living in d world of fool

    BalasPadam
  8. Al Fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga beliau.

    Terlalu hebat drama Kerajaan BN ini. Dah jadi seperti negara2 kafir. Anda heboh, anda mati.....

    Semoga mereka yang menganiaya akan menerima musibah.

    Jack

    BalasPadam
  9. sepet
    aku percaya pakcik nie saksi penting.sprm mmg bingai,x reti buat keje..nie mslh keje x sinchronize la nie..bhg siasatan dgn bhg keselamatan xde SOP la nie..bodoh2..

    BalasPadam
  10. info yg sy dpt dari taikon2 cina yg sering berurusan dgn pihak kastam di pelabuhan klang adalah, arwah ni adalah manusia yg paling clean dalam semua pegawai kastam di situ.x payah cuba nak jolok, mmg x dpt punyer.

    BalasPadam
  11. salam,
    sekadar ingin berkongsi sahaja..sehingga ke jam 3.16pm, jenazah arwah masih berada di HUKM bagi menunggu keputusan bedah siasat..keadaan ini amat mendukacitakan semua pihak(keluarga & sahabat arwah). insyaallah kebenaran akan tersingkap dan kekebalan pihak2 yang terlibat akan hilang..
    persoalan yang timbul daripada dlu pasal SPRM nie :-
    (1) kenapa perlu buat siasatan di dalam bilik tertutup.jika benar telus, tak payah na tutup apa2 pun. siasat di public. kenapa takut jika tak salah.
    (2) bila ada kes SPRM masuk siasat sumanya pegawai2 bawahan (gred 54<<)..sampai ke tahap kerani ponn di siasat..sedangkan kuasa meluluskan terang2 terletak pada tangan top management. kalau pegawai bawahan kata saya bole luluskan, tapi top management ta nak, sama ja..ta lulus juga..sepertimana kes PKFZ, perolehan tersebut nilaiannya jika dibaca menurut Arahan Perbendaharaan serta SPP 5/2007, kuasa melulus tersebut secara automatik jatuh ke Kementerian Kewangan. apesal ta siasat MOF plk?sila baca AP & SPP tersebut di bawah had kuasa perolehan. (www.treasury.gov.my)

    mana hak sebagai rakyat negara demokrasi. hak untuk mengetahui kebenaran sekiranya semua siasatan dijalankan secara tertutup,sulit dan sebagainya..SPRM ta mungkin ta terima rasuah.kalo seorang VIP dituduh melakukan rasuah, hulur RM10k je SPRM da gelap mata..

    BalasPadam
  12. “Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (Surah al-Baqarah: 191) ...mungkin ramai yg terlupa or taktahu...
    Bukankah spekulasi terarah kepada fitnah??

    Semoga Allah lindungi kita semua..

    BalasPadam
  13. ini membabit kes berprofil tinggi tak bayar cukai dan berpuluh puluh lorry yang terlepas.

    BalasPadam
  14. sepet
    aku percaya pakcik nie saksi penting.sprm mmg bingai,x reti buat keje..nie mslh keje x sinchronize la nie..bhg siasatan dgn bhg keselamatan xde SOP la nie..bodoh2..

    BalasPadam
  15. salam,
    sekadar ingin berkongsi sahaja..sehingga ke jam 3.16pm, jenazah arwah masih berada di HUKM bagi menunggu keputusan bedah siasat..keadaan ini amat mendukacitakan semua pihak(keluarga & sahabat arwah). insyaallah kebenaran akan tersingkap dan kekebalan pihak2 yang terlibat akan hilang..
    persoalan yang timbul daripada dlu pasal SPRM nie :-
    (1) kenapa perlu buat siasatan di dalam bilik tertutup.jika benar telus, tak payah na tutup apa2 pun. siasat di public. kenapa takut jika tak salah.
    (2) bila ada kes SPRM masuk siasat sumanya pegawai2 bawahan (gred 54<<)..sampai ke tahap kerani ponn di siasat..sedangkan kuasa meluluskan terang2 terletak pada tangan top management. kalau pegawai bawahan kata saya bole luluskan, tapi top management ta nak, sama ja..ta lulus juga..sepertimana kes PKFZ, perolehan tersebut nilaiannya jika dibaca menurut Arahan Perbendaharaan serta SPP 5/2007, kuasa melulus tersebut secara automatik jatuh ke Kementerian Kewangan. apesal ta siasat MOF plk?sila baca AP & SPP tersebut di bawah had kuasa perolehan. (www.treasury.gov.my)

    mana hak sebagai rakyat negara demokrasi. hak untuk mengetahui kebenaran sekiranya semua siasatan dijalankan secara tertutup,sulit dan sebagainya..SPRM ta mungkin ta terima rasuah.kalo seorang VIP dituduh melakukan rasuah, hulur RM10k je SPRM da gelap mata..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...