Tengahari tadi aku sempat tengok berita awani tentang isu neh. Awani ada memaparkan bangunan SPRM tempat pegawai kastam tersebut terbunuh [ditolak, dibunuh atau apa, aku tak sure]. Aku tak faham macam mana bangunan tersebut boleh menyebabkan kematian misteri sebanyak dua kali. Kalau sekali mungkin boleh di anggap kebetulan. Tapi ini kali kedua. Dan ini menjejaskan nama baik SPRM. Perlu di ingat aku TIDAK membuat apa-apa kesimpulan di bawah ;
SPRM membunuh pegawai kastam terbabit.
SPRM mempunyai kaitan dengan kematian tersebut.
Cuma SPRM kena bertanggungjawab sketlah. Ini dah kali kedua. Dan sudah tentu orang akan membuat macam-macam spekulasi. Spekulasi orang lain aku takmo ulas, sebab aku takley baca otak orang lain. Spekulasi yang aku buat sendiri je yang aku nak ulas.
Berdasarkan jalan cerita yang aku dapat dari berita awani tadi, kisahnya lebih kurang begini ;
1. Pegawai kastam tersebut antara 62 individu yang ditahan dalam siasatan rasuah.
2. Dia lepaskan 2 hari lepas selepas di ikat jamin.
3. Dia kemudian nya kembali semula ke pejabat SPRM untuk bantu siasatan. Dia datang awal pagi dan telah menunggu beberapa seketika sebelum berhasil menemui pegawai siasatan.
4. Kemudian pegawai sprm keluar sekejap dari bilik untuk ambil file siasatan yang melibatkan kes pegawai kastam terbabit.
5. Sekembalinya semula dia ke pejabat tersebut dia tengok pegawai dah takde.
6. Then dia cari di seluruh lokasi.
Teettttt...... Sampai sini aku terpaksa cakap aku dah berasa ragu-ragu. Ini adalah SPEKULASI aku semata-mata.
Sepatutnya pegawai sprm hanya perlu call sahaja pegawai terbabit. Atau mungkin dia takde no telefon kakitangan kastam tue. Tapi boleh sahaja dia beranggapan bahawa pegawai terbabit dah balik kot. Pergi tandas ke apa ke. Ataupun semua itu tidak tertulis di berita bagi memendekkan cerita. Entah aku pun tak pasti. Tapi cerita dia yang beria2 cari di seluruh sprm benar2 mencurigai aku. Mungkin kah pegawai sprm tersebut telah diberitahu sesuatu oleh pegawai kastam terbabit? Maksud aku.. mungkinkah dia bagitau dia di UGUT bunuh oleh mana2 individu? Sebab itulah pegawai sprm beria2 cari dia.
7. Pegawai kastam itu kemudian nya ditemui terbaring di gelangang badminton milik sprm dan dipercayai terjatuh dari tingkat 3.
Teettt.. aku tak percaya dia terjatuh. Sila tengok gambar bangunan sprm neh ;
SPEKULASI AKU ==> Ada boleh terjatuh ka? Dia dibunuh. Aku yakin dengan SPEKULASI aku. Perghh.. Kenapa dia dibunuh di bangunan SPRM? Siapa yang bunuh dia? Semua tue aku nak tahu. Memang kes ini akan menyedihkan ahti keluarga mangsa. Tak dapat dinafikan tapi orang yang ingin TAHU macam aku tak mungkin duduk diam dan berhenti berkata-kata.
Aku rasa pegawai kastam tersebut sengaja di bunuh di bangunan sprm bagi menekan pihak sprm. Kenapa SPRM? SPRM dah teruk tercemar. Reputasi sprm dah tercalar teruk. Maka orang yang bunuh dia berhajat menekan SPRM habis-habisan.
Siasatan SPRM mengenai rasuah dan kastam akan terhalang. Ini kerana orang lebih berminat nak tahu kenapa ada individu boleh mati di pejabat sprm. Orang lebih berminat nak tahu benda alah neh. Daripada nak tahu perjalanan kes rasuah yang membabitkan kastam. Telah berkali-kali dibuktikan yang SPRM cuma pandai siasat separuh jalan.
Kes TBH juga begitu. Orang lebih berminat nak tahu kenapa TBH mati di pejabat sprm. Daripada siasat perjalanan rasuah ronnie liu. TBH di panggil ke pejabat kerana ronnie liu. Ronnie liu entahkan bersih dari rasuah entahkan tidak. Kes dia tergantung macam tue je. Last2 terpaksa ditutup.
Mungkin lah SPRM sekarang neh nak cuba keluar dari persepsi masyarakat yang memandang mereka macam sampah. Tapi sayangnya SPRM masih cuai dan leka. Kalau nak bebas dari persepsi masyarakat, SPRM kena lebih tegas. Pasang cctv di setiap tempat di SPRM. Cakap je terus terang nama pegawai dan pemimpin kerajaan yang menekan SPRM.
Jangan selindung2 mereka lagi. Kes ini umpama ikan kecik yang dibunuh oleh ikan besar. Memang sama2 ikan. Tapi ikan besar takmo kena jerat jala macam ikan kecik kena. Ikan kecik pula takmo kena jerat sorang2. Mungkin dia dah bersedia mendedahkan nama tapi belum sempat dia berbuat demikian, dia dibunuh atas sebab tertentu. Ini semua ada kemungkinannya. Tapi kebenarannya, Allah swt lebih tahu.
Lagi berita tentangnya di sini ;
http://www.malaysiakini.com/news/160771 < == penjelasan SPRM.
http://www.malaysiakini.com/news/160772 < == PDRM klasifikasikan sebagai kematian mengejut. Oiii.. bukan kematian tp pembunuhan mengejut.
http://www.malaysiakini.com/news/160758 < == kenyataan kastam.
Individu yang meninggal itu ialah ;
Ahmad Sarbeni Mohammed, 56 tahun dan berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat jabatan kastam diraja malaysia, selangor.
Mari kita sedekahkan Alfatihah buat arwah dan semoga kebenaran terungkap suatu hari kelak.
Ameno : Siasat habis-habisan. Siasat semua. Siasat rasuah dan siasat siapa yang bunuh dia. Tak mungkin dia tiba2 mati di situ..