Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 April 2011

Layan suami dulu : PERKASA sokong Ibrahim Ali.

Hahahaha.. lawak siot.. confirmlah para isteri muslim semalaysia makin hangin baca benda kat bawah neh ;

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali dengan menegaskan soalan yang dikemukakannya di Parlimen semalam ditujukan kepada wanita Islam sahaja.

Ia berhubung kenyataan ahli parlimen Pasir Mas itu berkaitan isteri perlu utamakan keinginan suami. "Adalah perlu diperiksa dulu di mana kenyataan Datuk Ibrahim itu dikeluarkan," kata setiausaha agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali. 

"Ia disebut dalam Dewan Rakyat ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan. Menteri Datuk Masitah mengenai 'apakah peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mendidik para isteri mengenai tanggungjawab mereka''. 

"Kalau dilihat, soalan YB Pasir Mas itu adalah ditujukan kepada wanita Islam, bukan seluruh wanita di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia berkaitan dengan Islam. Walaupun Datuk Ibrahim secara lansung menyebut keinginan suami dan isteri kena berhenti dari segala urusan lain, itu sebenar menekankan bahawa adalah perlu isteri menjaga kepentingan suami supaya berlaku keharmonian rumahtangga dan begitu juga suami perlu menjaga kepentingan isteri dan ini juga demi keharmonian rumahtangga. 

"Apa pun kenyataan yang Datuk Ibrahim buat dalam Dewan Rakyat itu adalah sesuatu yg dianjurkan oleh Islam. Semua orang Islam tahu hal ini dan tiada siapa di kalangan umat Islam boleh nafikannya," katanya. 

Bagaimanapun, kata Syed Hassan, bagi mereka yg bukan Islam sudah tentu tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh Ibrahim, tetapi sekali lagi ianya tidak ada kena mengena dengan kaum lain. 

"Soalannya ditujukan kepada timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada Jakim. Ini perlu difahami oleh masyarakat bukan Islam.
"Jadi ketua Pertubuhan Bantuan Wanita(WAO), Ivy Josiah perlu lihat dulu kepada siapa kenyataan Datuk Ibrahim itu ditujukan. 

"Tidak nafi peranan WOA sangat mulia demi membantu kaum wanita, tetapi bila menyentuh berkaitan dengan Islam, WOA perlu juga hati-hati supaya tidak menyinggung perasaan orang Islam dalam isu-isu tertentu," katanya lagi. 

Yang pasti, tambahnya, sekali lagi perlu ditegaskan bahawa kenyataan Ibrahim bukan ditujukan kepada wanita yang menganut agama lain. "Dan jangan sesekali memandang keji dengan kenyataan yang betul pada tuntutan Islam. Kami dengan agama kami, kamu dengan agama kamu," tambahnya.


Okey aku nak ulas sket ;

1. Pernah kah perkasa amek peduli stastistik perceraian di malaysia? Kata ustazah mashitah setiap 15 minit satu pasangan bercerai [muslim sahaja] secara purata untuk 5 tahun [tak silap aku].

2. Punca MAJORITI perceraian pula ialah suami curang. Hebat!

3. Kalau dah suami curang.. apsal pula si ibrahim nak salahkan perempuan [isteri] pula?

4. Ini nama nya sendiri buat salah, tp salahkan org lain. Dalam erti kata lain, bila suami berzina = hubungan sulit = isteri yang salah = wanita non islam ko diam, bukan hal ko = wanita islam ko terima, ada faham!! = persepsi perkasa.

5. Hey.. come on lah kalau baru balik kerja takan dan2 nak beromen dengan bini ko? Mesti ko pun letih gak. Nak mandi dan layan anak2 kan?

6. Dan kalau time tue isteri tengah sibuk pun bukan ada apa2 masalah besar pun.

7. So kalau dah tiba waktu malam.. apa je masalahnya? Kan boleh "game over"?

Benda neh simple. Kalau tak reti nak cakap baik ko jangan cakap. Jangan suka2 nak salahkan isteri dalam semua hal. Kalau dibuka topik neh lebih mendalam nanti jadi pergaduhan antara jantina pula. Tapi kenyataan perkasa neh seperti satu dikriminasi pada wanita. Bukanlah isteri tidak tahu tanggungjawab mereka, ttp janganlah suka2 nak putarbelitkan kenyataan. Bila dikatakan isteri kena tinggalkan "apa2 perkara" termasuk atas unta sekalipun tgklah waktu dan situasi juga. 

Kalau dah depan2 orang, korang nak beromen kena layan juga ke? Tak kan? So, kalau dah isteri tengah masak, ko sabarlah sket kot ye pun tak sempat menyempat nak "game over" pun. Sabar pun ada gak dalam islam. Habis tue ko taknak amek pula? Pandai lah korang geng2 PERKASA ikut half-half. Bodoh punya manusia. Angin betul aku. Tapi apsal hah? Heh.


Kenyataan penuh ibrahim ali di sini

Ameno : Perkasa neh berani tunjuk bodoh depan2. Heh.

Share this

2 Responses to " Layan suami dulu : PERKASA sokong Ibrahim Ali. "

  1. Faktor penceraian bukan saja sebab isteri gagal memuaskan si suami tetapi matlamat pernikahan punca utama.

    Kata2 Ibrahim Ali boleh menyebabkan non muslim lihat seolah2 Islam menzalimi wanita.

    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    "Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    BalasPadam
  2. Faktor penceraian bukan saja sebab isteri gagal memuaskan si suami tetapi matlamat pernikahan punca utama.

    Kata2 Ibrahim Ali boleh menyebabkan non muslim lihat seolah2 Islam menzalimi wanita.

    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    "Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...