Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 April 2011

Analisis video seks : Ya atau Tidak ia DSAI??

Terlalu banyak spekulasi dan andaian mengenai video seks ini. Memang dah lama aku mengharapkan agar aku dapat tonton video neh. Aku takmo tonton aksi ranjang yang wujud dalam video ini. Tak penting. Apa yang penting aku nak tengok ya atau tidak dsai berada dalam video yang dicanang-canang oleh pihak kerajaan dalam seminggu dua ini.

Ini ialah video yang diperkatakan bagi mereka yang belum tengok. 


Aku dah tengok lebih dari sekali video ini. Aku dah tengok macam-macam benda dalam video neh. Aku tengok anwar ibrahim. Aku tengok datuk eskay. Aku tengok perempuan cina [yeke pompuan cina? takde rupa cina pun]. 

Aku sempat gak tengok cermin. Aku sempat gak kira berapa kali pintu tandas di tutup/di buka. Aku sempat juga cuba fahamkan remote control apa yang dipegang oleh eskay dan dsai. Aku sempat tengok aircond. Aku sempat perhatikan katil dan jenis tuala/kain yang dipakai dsai dan wanita tersebut.  Aku perhatikan kedudukan suis lampu. Adakah hotel di thailand akan meletakkan suis lampu mereka si sebelah kira atau kanan.

Aku juga perhatikan meja solek. Aku sempat buat analisis yang meja solek, meja tepi dan katil lebih kurang macam satu set. Aku tengok mereka petik remote. Aku taktahu apa benda di hadapan mereka. Adakah tv ataupun lampu? Jika aircond tak mungkin sebab aircond atas katil.

Kalau tv aku percaya. Aku sempat juga tengok baju yang dipegang dsai. Aku tak faham kenapa dsai tak simpan/gantung baju tersebut dalam almari? Adakah hotel tersebut tidak menyediakan almari? Baju dia akan berkedut kerana di lipat berkali2 dan dibubuh macam tue je. 

Apa yang aku leh cakap, ini bukan hotel murah."Dsai" boleh jenguk keluar dari bilik dengan keadaan tidak berbaju.Ini bermaksud ia bukan bilik biasa. Mungkin suite. Tapi perabot dalam bilik dsai tidak kelihatan seperti suite. Almari pun takde.Pintu hotel tidak ditutup. Aku jenguk menerusi cermin dalam video tersebut. Aku tak faham hotel neh hotel apa. Tapi yang pasti ia agak besar. Bukan macam bilik hotel yang kita biasa pergi. Mungkin hotel neh ada dua atau tiga bilik yang lain. Lebih kurang macam suite walaupun hiasan dalaman nya tidak seperti suite.

Aku tahu pintu hotel tue kaler putih. Aku nampak. Aku perhatikan cincin dan jam eskay. Aku taknampak dsai buka jam. Buka baju pun aku tak nampak. Aku taktahu dia buka baju kat mana. Mungkin bahagian itu telah di sunting. 

Aku tengok gambar pelakon dalam video itu memang mirip dsai. Aku cuba untuk kata tidak. Tapi aku taknak tipu diri aku sendiri. Memang aku rasa ianya seiras dsai. Soal perut ialah soal persepsi. Ianya adalah persepsi yang di pupuk untuk mengatakan perut lelaki itu buncit. Walhal aku tak nampak ia sebuncit yang digambarkan.

Namun aku ada sedikit keraguan. Adakah ini bentuk rakaman cctv? Maksud aku, bukan kah cctv sepatutnya di atas, bukan di bawah? Kualiti visual ini tidak seperti kualiti yang dihasilkan cctv. Apatah lagi tiada rakaman suara. Aku agak binggung.

Kebinggungan aku makin bertambah bila aku teringat yang pada hari itu dsai bersama keluarga nya. Jika dia berada di thailand maka ia mengambil masa untuk dia ke sana dan ke mari. Lagipun sepatutnya ada rekod dsai ke thailand pada hari tersebut. Memandangkan datuk eskay yang bayar, maka datuk eskay patut ada dokumen yang mengesahkan dia bayar untuk bilik hotel tersebut pada hari itu.

Dsai juga ada jadual perjalanan. Jadual perjalanan dsai sangat teratur. Sudah tentu individu yang boleh memerangkap dsai atas isu neh tahu pada 21 february dsai tidak majlis bersama rakyat ataupun bertemu dengan mana2 pemimpin. Jika tidak kenapa dia memilih 21 february, hari ketika dsai bersama keluarga?
Apakah pada hari itu, dsai tidak menerima sebarang panggilan telefon? Sudah tentu ada macam2 rekod bagi membuktikan dsai tidak bersalah. Rekod twitter tidak boleh digantung harap sepenuhnya.

Tapi kalau itu sebenarnya dia,  situasi tersebut berlaku di thailand ataupun kuala lumpur? Jika di kuala lumpur, hotel apa yang mempunyai perabot sebegitu rupa? Apakah ada rakaman cctv yang menunjukkan dsai masuk ke ruang hadapan hotel tersebut? Alah tempat check in. Dsai sudah tentu naik hotel untuk ke bilik. Apakah ada rakaman cctv dalam lif yang memaparkan muka dsai? Dan kenapa wujud perkataan thailand di bawah rakaman tersebut?

Lagi satu yang menimbulkan tanda tanya aku ialah kenapa perut datuk eskay kelihatan sangat boroi dalam video ini? Kenapa baru2 ini perutnya tidak seboroi yang terpapar dalam video di atas?

Menonton video ini tidak menyelesaikan masalah. Ia menambahkan persoalan. Ada banyak persoalan yang timbul. Aku masih tak faham. Memang wajah macam wajah dsai. Alasan perut boroi dan jalan kangkang bagi aku bukan isu. Sebab tue aku nak tunggu penafian dari anwar ibrahim. Aku rasa sekarang neh sesiapa cakap apa pun tak guna. Memandangkan yang dituduh ialah dsai, maka layaklah dia menjawab isu ini. 

Sebagai rakyat malaysia, aku, ko dan kita semua ada hak untuk memberikan pandangan atas isu neh. Apatah lagi dsai telah di amanahkan oleh kita untuk menjatuhkan kerajaan barisan nasional. Pandangan aku atas isu neh masih berada di tengah-tengah. Iaitu 50-50. Aku tak pandai tafsir ketulenan video neh. Aku tunggu orang yang pandai tafsir untuk buat analisis.

Kalau disuruh aku tafsir jalan citer, aku memang merasakan ada keraguan. Aku cuba juga mematahkan keraguan dan mempercayai itu ialah dsai. Tetapi aku tak boleh. Ibarat seorang pencuri yang mengatakan dia dituduh pencuri oleh orang lain. Ko rasa aku nak percaya ke cakap orang macam neh? Aku dah cakap banyak kali. Umno terbukti banyak kali suka menfitnah.  Kalau tiba2 umno datang dan mengatakan dsai berzina walaupun dia bawa bukti, aku terpaksa cakap yang aku ttp akan rasa ragu2. Sebab? Umno pun lebih kurang sama dengan apa yang dia cuba bongkarkan. 

Dalam erti kata lain aku tak boleh menolak bulat2 bahawa itu bukan dsai. Dan aku tidak juga mampu menerima bulat2 bahawa itu ialah dsai. Aku berada di landasan was2. Sebab itu penafian dari dsai amatlah diperlukan oleh aku. Aku nak dengar apa kata2 penafian dia. Kalau dia kata, itu bukan dia, Insya-Allah aku percaya. 

Di tv3 tadi, isu mengenai video seks ini telah tersebar. TV3 bukan sahaja memaparkan klip video yang memaparkan dsai, malahan mereka turut mempromosikan laman web pro umno. Tujuan nya ialah agar mereka yang ingin melihat video terbabit akan cari video terbabit di laman2 berikut.
Seperti yang kita tahu, laman2 tersebut sudah tentu akan menanamkan persepsi bahawa dsai adalah pesalah. Dari situ kepercayaan orang islam dan melayu khususnya akan hilang. Kalaupun mereka tak mempercayai itu adalah anwar ibrahim, sejauh mana kepercayaan mereka akan bertahan kalau hari2 di suakan dengan berita yang sama menerusi media?

Penafian dari pemimpin pkr lain adalah tidak perlu buat masa ini. Penafian dari ahli pkr juga tidak relevan. Aku percaya, seluruh penyokong rakyat hanya mahu mendengar penafian dari dsai. Kerana dia pemimpin kami. Dan kami hanya mahu mendengar suara dia.

Updated : Video ini telah di uploaded oleh thepowercam yang baru register youtube semalam.  Dan di upload dari thailand. Kenapa perlu susah payah ke thailand utk upload video ini? Aku binggung. Kata adegan seks itu berlaku di kuala lumpur. Baca sini.

Ameno : Aku terkedu.. tapi terkawal. Walaupun aku 50-50 dalam isu neh, tp aku masih mempercayai dsai bukan seperti apa yang dituduh umno.

Share this

19 Responses to " Analisis video seks : Ya atau Tidak ia DSAI?? "

  1. naissss analisis

    aku punya simple je

    haha

    BalasPadam
  2. ameno.. aku ni, rasa ko dah sedia maklum. LANGSUNG tak sokong PR. tapi ni ada satu advice la.

    ANDAI kata.. ANDAI ok.. dia ni betul2 DSAI.. sebab ko sndri pon dah tenung byk kali.. mmg rasa dia. kau tak payah risau. seriously. kalau anwar terbukti buat bnda ni pon, ape ada hal? dia cuma satu figure dalam PKR. Dia takde, byk kali orang lagi baik boleh replace. perjuangan parti, bukanlah perjuangan peribadi DSAI.

    aku bercakap mcm ni, kerana setakat ni aku masih bebas.. mungkin ko rasa aku pencacai UMNO sebab aku byk tangkis pendapat2 orang PR.. tapi aku bukan camtu. aku suka berfikir secara rasional.

    oleh itu, tak payah serabut. terbukti DSAI pon, ada patut ko kesah? Ko, teruskan perjuangan ko. dont give up. PKR/PAS ada perjuangan sndri. lantaklah sama DSAI pun.

    BalasPadam
  3. orang tapah said..

    Aku setuju dengan AMENO WORLD. akupin 50-50 dan memang nampak REAL macam dsai. Aku juga setuju if anwar cakap sendiri..dan maby boleh bersumpah,cuma puak UMPORNO akan tetap akan menafikan. Dan orang susah nak percaya terus pada orang yg sumpah. AKU CADANG IF ADA MANA2 PAKAR DALAM BIDANG EDITING FILEM..BUAT 1 FILEM YG MENUNJUKAN ORANG YG AMAT SUKAR UTK KITA PERCAYA BUAT ZINA. CTH SPT NIK AZIZ & HARUUSSANI YANG SEDANG BERZINA. YG NAMPAK REAL MACAM DIORANG. THEN AKU PERCAYA..RAKYAT JUGA AKAN YG VIDEO FITNAH BOLEH DIBUAT.

    BalasPadam
  4. brader.. yg tukar muka dalam video bukan kojo sonang. ingat ni gambar statik ke boleh potosop kurang dari setengah jam? filem taraf hollywood pon tak ramai yg buat.

    BalasPadam
  5. Camera trick ..
    yup sama seperti sekilas pandang .. pada awal clip video ni memang nampak mcm Anwar Ibrahim ..
    tapi cuba korang besar kan kepada full screen dan pause .. then korang tekan cursor mouse dari satu minit ke minit .. korang akan dapat lihat ia bukan Anwar ..

    setiap manusia mempunyai 7 wajah yg mirip .. cth mcm Barrack Obama dengan seorang lelaki warga Indonesia tu .. muka dorang sebijik ..

    kembali kepada clip yg pertama .. memang seolah2 Anwar .. tetapi cuba kalau di perlahankan .. korang akan dapat perbezaan yg ketara pada wajah si pelaku ..

    persoalan ..
    1. Anwar bukanlah seorang yg bodoh sehinggakan ingin merakam adegan seks ini ..

    2. CCTV .. ? kenapa dibawah .. dan bukannya diatas .. ?

    3. Kenapa dipersoalkan perlakunya adalah ANwar .. ? kenapa tidak mempersoalkan si perempuan itu .. kalau tangkap perempuan tu sudah confirm kita tau siapakah lelaki itu ..

    4. Pelik . sampaikan ke 2-2 lelaki memegang remote control tu .. dan mengapa sampai harus ada 2 lelaki .. kalau aku xpayah nak bukak2 baju .. ke bertuala ke .. masuk bilik terus terkam .. habis cerita .. tapi dalam klip ni kenapa macam nak "SETTING" sesuatu .. pelikkan ..

    start wayang terus lelaki mirip DSAI tu bertuala ..
    sepatutnya kalau CCTV dari permulaan kita dah dapat tau dari lelaki itu berbaju sehingga bertuala .. ini tidak mcm pelakon bertuala tu mcm menanti2 kan saat ingin melakukan adegan seks pulak .. ermmmmm .. pelikknya ..

    5. Video ini disunting .. ketara sngt suntingan video ini yg hanya ingin menampakkan wajah Anwar dengan perempuan itu sahaja ..

    6. logik akal .. kalau dah tau nak buat seks .. kenpa harus ada orang ketiga .. ? siapakah gerangan orng ketiga itu .. ? pengarah .. ?

    7. Tulisan thailand .. ? dalam tv 3 cakap adegan berlaku di sebuah hotel di ibu kota .. senang la nak cari ni hotel mane .. kan .. ? jadi kenape x cari2 lagi ..

    8. kalau pun ia berlaku di hotel di thailand .. dengan senangnya kita dah boleh cari dekat mana hotel tu disebbkan ada tulisan thai tu .. takkan kerajaan Malaysia terlalu daif sampaikan x dpt kesan hotel ini ..

    ermmm ..
    aku percaya ia ini bukan DSAI ..

    BalasPadam
  6. AKUPUN DAH TENGOK BANYAK KALI VIDEO NI LEPAS BERITA TV3 TU, SEKALI IMBAS MEMANG MUKA DSAI. TAPI BILA DAH TENGOK BYK KALI, MCM2 PERSOALAN DALAM DIRI NI TIMBUL. AKU RASA INI ADALAH PELAKON YG SAMA MACAM KES SEBELUM NI. AKU RASA KERAJAAN BN ADA 'MENYIMPAN' SESEORANG YANG MIRIP DSAI.

    APA-APAPUN, AKU SOKONG DENGAN SAUDARA SHAH, ANDA BERJUANG UNTUK PARTI BAGI MENCARI KEADILAN, BUKAN BERJUANG DEMI PEMIMPIN ANDA INI. SEPERTI PAS, MEREKA BERJUANG DEMI ISLAM. JADI, TERUSKAN PERJUANGAN ANDA. TANPA PEMBANGKANG, SESEBUAH KUASA BESAR AKAN TERUS BERMAHARAJALELA TANPA 'TAKUT'.

    TERUSKAN PERJUANGAN ANDA INI.

    BalasPadam
  7. aku!
    sah!!bkn DSAI..aku xla pkr bab it..tp blajar smpai degree mmg major aku graphic designer.so, aku mmg agk byk aku edit video n gmbr..skill ntuk edit video ni seng giler. dorg tmpl n split video jek..amatur pon reti edit..lg2 video hitam putih..alahai easy..kecacatan dorg adalah kt muka, pasal aku mmg xtgok prot ke hape ke, try pehatikan vid 2 bebetol..(aku rasa yg edit ni kaki wat cite blue yang slalu wat video blue artis hahah)BINGAI umno..duit byk import la pro dari luar...

    BalasPadam
  8. ish...hrm jadah mn la bt video ni, shooting pakai camera murah cikai punya camera 0.000000001 pixel ni. blur ya amat... klu kta cctv pasai pa dok kat bwh org pasang cctv kat bwh ka?... klu spy camera pakaila camera cnggh skek 10 pixel ke atas... bagang btui... bt hitam putih plak seropa zaman tok nadok... sakit kepala ja tgk video ni.

    BalasPadam
  9. assalam sahabat2 semua...

    nak tumpang komen jugaklah...
    semua orang arif dunia dah nak kiamat, fitnah melanda bagai x dapat ditahan2.
    kalaupun betul dsai yang melakukannya, biarlah Allah SWT sahaja yang membalasnya di dunia dan akhirat.

    tapi saya dok musykil, yang datok T ni pun bukan calang2 orang kan? sapa x kenal yang sorang datok dah tan sri tu yang kes dia sampai orang dok sebut lubang golf habis tertutup kat melaka dulu?

    hanya jauhari mengenal manikam. pencuri akan menuduh orang lain mencuri. penzina akan tuduh orang lain berzina. fitnah ni akan terus berleluasa hingga akhir zaman. tunggulah BALA yang akan menimpa...

    mana mufti2 dan orang bijak pandai agama dan raja2 kita ?..orang melayu malaysia dah makin parah bila asyik nak kejar kuasa....

    wassalam....

    sheikh hasmeon al attas
    brunei darussalam

    BalasPadam
  10. http://ultrabosan.blogspot.com/2011/04/detective-conan-dalam-kes-video-seks.html

    BalasPadam
  11. ish...hrm jadah mn la bt video ni, shooting pakai camera murah cikai punya camera 0.000000001 pixel ni. blur ya amat... klu kta cctv pasai pa dok kat bwh org pasang cctv kat bwh ka?... klu spy camera pakaila camera cnggh skek 10 pixel ke atas... bagang btui... bt hitam putih plak seropa zaman tok nadok... sakit kepala ja tgk video ni.

    BalasPadam
  12. AKUPUN DAH TENGOK BANYAK KALI VIDEO NI LEPAS BERITA TV3 TU, SEKALI IMBAS MEMANG MUKA DSAI. TAPI BILA DAH TENGOK BYK KALI, MCM2 PERSOALAN DALAM DIRI NI TIMBUL. AKU RASA INI ADALAH PELAKON YG SAMA MACAM KES SEBELUM NI. AKU RASA KERAJAAN BN ADA 'MENYIMPAN' SESEORANG YANG MIRIP DSAI.

    APA-APAPUN, AKU SOKONG DENGAN SAUDARA SHAH, ANDA BERJUANG UNTUK PARTI BAGI MENCARI KEADILAN, BUKAN BERJUANG DEMI PEMIMPIN ANDA INI. SEPERTI PAS, MEREKA BERJUANG DEMI ISLAM. JADI, TERUSKAN PERJUANGAN ANDA. TANPA PEMBANGKANG, SESEBUAH KUASA BESAR AKAN TERUS BERMAHARAJALELA TANPA 'TAKUT'.

    TERUSKAN PERJUANGAN ANDA INI.

    BalasPadam
  13. ameno.. aku ni, rasa ko dah sedia maklum. LANGSUNG tak sokong PR. tapi ni ada satu advice la.

    ANDAI kata.. ANDAI ok.. dia ni betul2 DSAI.. sebab ko sndri pon dah tenung byk kali.. mmg rasa dia. kau tak payah risau. seriously. kalau anwar terbukti buat bnda ni pon, ape ada hal? dia cuma satu figure dalam PKR. Dia takde, byk kali orang lagi baik boleh replace. perjuangan parti, bukanlah perjuangan peribadi DSAI.

    aku bercakap mcm ni, kerana setakat ni aku masih bebas.. mungkin ko rasa aku pencacai UMNO sebab aku byk tangkis pendapat2 orang PR.. tapi aku bukan camtu. aku suka berfikir secara rasional.

    oleh itu, tak payah serabut. terbukti DSAI pon, ada patut ko kesah? Ko, teruskan perjuangan ko. dont give up. PKR/PAS ada perjuangan sndri. lantaklah sama DSAI pun.

    BalasPadam
  14. Camera trick ..
    yup sama seperti sekilas pandang .. pada awal clip video ni memang nampak mcm Anwar Ibrahim ..
    tapi cuba korang besar kan kepada full screen dan pause .. then korang tekan cursor mouse dari satu minit ke minit .. korang akan dapat lihat ia bukan Anwar ..

    setiap manusia mempunyai 7 wajah yg mirip .. cth mcm Barrack Obama dengan seorang lelaki warga Indonesia tu .. muka dorang sebijik ..

    kembali kepada clip yg pertama .. memang seolah2 Anwar .. tetapi cuba kalau di perlahankan .. korang akan dapat perbezaan yg ketara pada wajah si pelaku ..

    persoalan ..
    1. Anwar bukanlah seorang yg bodoh sehinggakan ingin merakam adegan seks ini ..

    2. CCTV .. ? kenapa dibawah .. dan bukannya diatas .. ?

    3. Kenapa dipersoalkan perlakunya adalah ANwar .. ? kenapa tidak mempersoalkan si perempuan itu .. kalau tangkap perempuan tu sudah confirm kita tau siapakah lelaki itu ..

    4. Pelik . sampaikan ke 2-2 lelaki memegang remote control tu .. dan mengapa sampai harus ada 2 lelaki .. kalau aku xpayah nak bukak2 baju .. ke bertuala ke .. masuk bilik terus terkam .. habis cerita .. tapi dalam klip ni kenapa macam nak "SETTING" sesuatu .. pelikkan ..

    start wayang terus lelaki mirip DSAI tu bertuala ..
    sepatutnya kalau CCTV dari permulaan kita dah dapat tau dari lelaki itu berbaju sehingga bertuala .. ini tidak mcm pelakon bertuala tu mcm menanti2 kan saat ingin melakukan adegan seks pulak .. ermmmmm .. pelikknya ..

    5. Video ini disunting .. ketara sngt suntingan video ini yg hanya ingin menampakkan wajah Anwar dengan perempuan itu sahaja ..

    6. logik akal .. kalau dah tau nak buat seks .. kenpa harus ada orang ketiga .. ? siapakah gerangan orng ketiga itu .. ? pengarah .. ?

    7. Tulisan thailand .. ? dalam tv 3 cakap adegan berlaku di sebuah hotel di ibu kota .. senang la nak cari ni hotel mane .. kan .. ? jadi kenape x cari2 lagi ..

    8. kalau pun ia berlaku di hotel di thailand .. dengan senangnya kita dah boleh cari dekat mana hotel tu disebbkan ada tulisan thai tu .. takkan kerajaan Malaysia terlalu daif sampaikan x dpt kesan hotel ini ..

    ermmm ..
    aku percaya ia ini bukan DSAI ..

    BalasPadam
  15. Jawapannya disini....

    http://www.youtube.com/watch?v=j307n9Ns6iU

    BalasPadam
  16. sokong RAKYAT MALAYSIA & shah.... rasional & fham knpa pentingny pembangkang dlm organisasi politik :) keep it up

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...