Hah.. ingat tak baru-baru neh ada usul mengenai kenaikan kadar insurans di malaysia? Baca sini kalau nak tahu dari awal. Apa yang bagusnya mengenai isu ini ialah bilamana ahli parlimen pembangkang + ahli parlimen kerajaan = menolak usul yang diluluskan oleh bank negara malaysia baru-baru ini. Baca bawah ;
KUALA LUMPUR 10 Mac - Penyokong kerajaan dan pembangkang hari ini 'bersatu' menyelar syarikat-syarikat insurans kerana mengenakan premium yang tidak masuk akal terhadap kenderaan lama berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.
Sambil menyifatkan dua langkah itu sebagai tidak munasabah, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, peraturan baru tersebut telah menyusahkan rakyat terutama penduduk di luar bandar.Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji semula kadar dikenakan itu sejak dua tahun lalu kerana jelas membebankan rakyat ekoran harga premium insurans yang terlalu tinggi.
''Ini isu serius. Oleh itu Kementerian Kewangan dan BNM perlu melihat masalah ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada rakyat di kampung-kampung. Kebanyakan kenderaan mereka adalah kenderaan lama. Peraturan ini langsung tidak munasabah.
''Munasabah ke premium insurans kereta lama lebih tinggi daripada kereta baru. Begitu juga dengan pembelian insurans pihak ketiga, mengapa kadarnya terlalu tinggi?'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Nampaknya syarikat insurans neh buat premium ikut kepala hotak dia. Dah berapa banyak DUIT HARAM syarikat insurans telan pun aku taktahu. Tapi tak semua macam tue aku rasa. Masih ada tokey insurans yang baik aku percaya. Baca lagi bawah neh ;
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula operasi syarikat-syarikat insurans kerana perjalanan perniagaan mereka adalah secara menipu.
''Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Berlaku sahaja kes kemalangan berpuluh tahun baru selesai. Saya minta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau operasi mereka kerana mereka ini adalah penipu paling besar di negara ini," katanya.
Mohamed dalam pada itu turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu syarikat insurans yang baru sebagai alternatif bagi syarikat insurans sedia ada.''Kalau masalah ini tidak selesai, apa kata Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans baru yang boleh menjual insurans dengan harga berpatutan. Namakan sahaja insurans ini, insurans 1Malaysia. Jangan terima lagi syarikat-syarikat insurans yang sedia ada sekarang," ujarnya.
Ingatkan aku je selalu maki syarikat insurans. Rupanya ramai yang sependapat dengan aku syarikat insurans adalah bapak segala penipu kat malaysia neh. Ha Ha Ha..
Daripada buat insurans 1malaysia bek buat simpanan masa hadapan. Yang mana setiap pemilik kerajaan diwajibkan menyimpan setahun sekali dalam bank tertentu kemudiaan nya setelah kereta dah habis dibayar ataupun dijual kepada orang lain, dia ada hak untuk keluarkan simpanan tersebut. Kalau berlaku kemalangan, dia boleh keluarkan simpanan tersebut untuk memperbaiki kenderaan dia. Aku rasa itu lebih baik. Insurans neh aku tetap tak percaya. Boleh ke dalam islam beb? Mana boleh kan..
Baca lagi lanjut bawah neh ;
Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) di dalam perbahasannya juga bersetuju supaya kadar premium insurans pihak ketiga diturunkan bagi meringankan beban rakyat.Beliau memberitahu Dewan Rakyat bagaimana syarikat-syarikat insurans ketika ini memaksa pelanggan membeli polisi insurans kemalangan peribadi sebelum dikeluarkan polisi insurans pihak ketiga walaupun kerajaan tidak membenarkan ia berlaku.Aku fikir syarikat insurans neh dah lama hidup mewah dan senang di atas belas ihsan kita kepada mereka selama ini.. sudah sampai masanya untuk kita kasi lingkup operasi mereka yang mencengkik duit kita tiap-tiap tahun melalui roadtax motor dan kereta.
''Itu belum dikira caj tambahan (loading) yang turut dikenakan kepada pelanggan. Apabila dicampur kedua-duanya dan ditambahkan dengan bayaran premium insurans pihak ketiga sudah tentu harganya tinggi dan membebankan.
''Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini," katanya. Akibatnya beliau berkata, harga premium insurans pihak ketiga yang dahulu dibayar sekitar RM70 sehingga RM80 tetapi sekarang harganya antara RM100 hingga RM200.
''Bank Negara ini butakah, takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Mengapa kerajaan tidak ada penyelesaian sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya.
Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat trak penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk caj tambahan.
Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa Bank Negara dalam mengawal syarikat-syarikat berkenaan.
Meskipun katanya, telah ada arahan supaya syarikat-syarikat insurans tidak boleh memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan namun perkara itu masih berleluasa.
Baca plak kat bawah neh ;
So apa lagi? Jom lah kita sound pemilik syarikat insurans neh.. Ada berani? Masuk sini kalau berani ;
Ameno : Syarikat insurans yang tak jujur patut di SOUND!
aku dah 10 bulan bawak moto takde insurans. protest punya pasal..
BalasPadamsebab insurans company macam sial paksa moto lama pakai 1st party, katanya rugi banyak moto eksiden orang claim. moto aku dah 15 tahun, aku dah bertahun2 bayar RM50 utk insurans moto aku ni (max. NCD). tahun lepas diaorang paksa aku beli 1st party, dekat RM200 !!
sial lah, aku tak penah eksiden. takkan moto lama kena bayar harga insurans macam moto baru ! goverment tolong tampar sket muka2 tokey insurans nih !
baik kurangkan tax dlu..kalo rege keter murah ok kut?...
BalasPadamnama aku joe, aku post kat atas tu. nak taknak aku kena renew gak insurans moto sebulan dua nih. kalo lebih 12 bulan, kena bawak ke puspakom pulak moto buruk aku nih. puspakom bole tahan jauh, mana larat moto ni nak bawak jauh2, pi balik keje bole ler.. :))
BalasPadamJOE
nak wat cmna dh syarat nk peridup r/tax kna buat insurans dlu....
BalasPadamnama sa syam.. ok klu korg nk taw,hrga insuran naik d sbb kn arahan.xpasti dr pd HQ inrance @ pn bank negara.so bnda ni bg sa bkn kslhan dr pihak insuran coz syrkt insuran d bwh bank negara.so klu da pa² p'ubahan dlm hrga mahupn tuntuan e2 kna tny pd pihak yg bkaitan. bg pdapat sa la,k'naikkn bg sume kenderaan yg lbh dr 10 taun nie d sbb kn dr pemansuhan phapusan kenderaan lama yg d cadangkn ole phak ttentu.klu korg perasan la ,knaikn hrga insuran naik slpas hbs tmpoh sbsidi RM625 yg kerajaan bg n slpas p'batalan p'hapusan keta lama.
BalasPadamso pd saya la,bkn sume syrikat insuran sgaja naik kn hrga insuran k
kalau beli insurance nyawa, kita dpt balik duit kalau x berlaku apa2 kat kita. jadi dia bertindak sebagai saving gak. Tp insurance motor vehicle, cuma dpt Ncd, byr kurang je. Kalau dpt balik kan bgs duit yg dilaburkan tok insurance tu.
BalasPadamBagi isu kederaan lama dinaikkan harga insurance sebenrnya x ptt langsung. Bukankah pengguna byr dr keta tu masih baru hingga dia dah buruk. Bepuluh tahun dah byr, tiba2 bila buruk nak naikkan harga. Septtnya kurangkan lg ada la...
Kmi sebagai pengguna faham kalau keta buruk selalu berlaku kemalangan. Tp, yg aku tgk keta lawa dan baru macam mana pon kalau nak accident, berlaku jugak. Jangan nak kata la kereta lama je yg selalu accident. Sangat2 x munasabah.
Lagi 1, kereta lama ni selalunya untk perjalanan dekat2 je. Aku pon takut nak drive keta buruk p jauh2. Jadi, confirm la probability kemalangan tu dikurangkan lagi.
habis tuu apa yg patut kita buat...kalau motosikal bleh laaa tak bayar road tax n insurans...tp kalau macam aku pakai kete buruk camner nak drive kereta time ada roadblock...nak dibayar roadtax kete aku harga lebih kureng RM600..tu pun tahun lepas..aku dengar kawan aku mengeluh..dulu dia bayar insurans wira dia seratus lebih jer...tp baru2 ni dia bayar lebih kurang 3ratus lebih..aku camner...dulu 600 ...skarang ni seribu lebih laaaa...aku sadai dulu kereta burukku...
BalasPadamNi nak kene protes ni...
BalasPadamDari dulu aku heran habis aku bayar kete 9 tahun..mana pegi duit aku.. banyak tu..
nape tak pulangkan selepas 9 tahun.. atau pulangkan bila nak beli kete baru...
company insurans ni mmg melampau, nak bagi payung lepas renew pun dah xde, pe la sangat rege payung tu nak dibandingkan ngan depa p sronok2 buat trip p overseas tiap2 tahun... bangga lak tu tunjuk gambar2 siap ngan bwk banner company skali p overseas tu.. hampesss......
BalasPadam